Saturday 12 September 2015

Sabah besar tapi dilayan macam sebuah kampung

MUHAMMAD FAIZAL | 12 September 2015.

SHAH ALAM: Perwakilan Sabah, Nemrone Loveh menggesa agar rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya nanti agar negeri itu tidak lagi ketinggalan dalam sektor pembangunan.

Beliau berkata, Sabah merupakan satu negeri yang besar tetapi layanan yang diterima adalah seperti layanan sebuah kampung.

"Saya cemburu dengan semenanjung bila lihat pembangunan yang ada di sini, terlalu jauh bezanya dengan Sabah.

"Kita telah lama merdeka, namun realitinya masih ada penduduk kampung di kawasan pedalaman masih belum dapat elektrik, kenapa ini berlaku," ucapnya pada sesi perbahasan Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Menurut beliau lagi, ketidakadilan sentiasa wujud dalam pentadbiran kerajaan sekarang apabila sektor ekonomi hanya tertumpu di Semenanjung tanpa membabitkan Sabah.

"Sampai bila rakyat Sabah ingin duduk dalam kemiskinan, tekanan hidup cukup ketara di kawasan-kawasan kampung.

"Mereka di pedalaman bukan sahaja miskin dari segi harta tetapi juga dari pengetahuan, kita mahukan perubahan dilakukan segera untuk mereka keluar dalam kelompok ini," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Dihantar oleh: jitpns

Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment