WAN NORDIN WAN YAACOB | 13 September 2015.
SHAH ALAM: Kerajaan Umno BN harus mengotakan janji mereka untuk menyiapkan rumah generasi kedua selepas maklumat menyatakan bahawa RM300 juta telah disuntik untuk menyelesaikan projek sakit di beberapa gugusan Felda.
Menurut Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka Bandar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Roslan Md Esa kerajaan telah menjanjikan 20,000 unit rumah dalam projek perumahan generasi kedua Felda, tetapi hingga kini hanya 8,500 unit sahaja dibuat.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataan mahu menjadikan Felda kubu UmnoBN.
Namun dalam masa yang sama tambahnya, Najib gagal memastikan kebajikan peneroka terbela.
Selain tidak mengotakan janji untuk menyesaikan isu perumahan generasi kedua, kerajaan pimpinan Najib juga gagal memastikan harga komoditi sawit turun mendadak yang menyebabkan terjejasnya pendapatan peneroka.
Namun dalam masa yang sama peneroka melihat bahawa harga minyak masak di pasaran tidak pernah turun.
Menurut beliau, harga komoditi sawit jatuh menjunam sehingga RM250 setan dan selepas ditolak dengan belanja upah racun, baja serta kos barangan yang tinggi, peneroka Felda hanya menikmati sekitar kurang RM200 untuk satu tan hasil sawit mentah.
"Kita melihat kehidupan pemimpin mewah ketika rakyat keresahan khasnya mereka yang bergelar peneroka Felda dan Felcra. Dalam masa yang sama rakyat digula-gulakan untuk terus menyokong Umno BN walaupun parti itu sudah tidak memperdulikan janji untuk membela rakyat," katanya yang ditemui di Kongres Rakyat.
Baginya, pembelaan untuk generasi kedua dilihat hanya atas berkepentingan politik sempit Umno BN.
Kata beliau, buktinya janji pilihan raya masih belum tertunai dan kerajaan tidak dilihat kreatif dan inovasi dalam membela hak-hak peneroka dan generasi kedua Felda ini.
Apa yang menyedihkan lagi, kata beliau kehadiran Tan Sri Isa Samad ke dalam Felda sangat mengharubirukan dan ini memangsakan peneroka dan generasinya dengan saham FGV yang semakin susut harganya.
"Industri komoditi sawit kini berdepan dengan situasi yang sukar terutamanya kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) serta minyak mentah dunia sejak pertengahan tahun lalu dan sehingga kini masih belum menampakkan tanda-tanda pemulihan.
"Situasi ini mencemaskan peneroka, namun kerajaan tidakpun berbuat apa. Mana perginya laungan keramat kononnya rakyat didahulukan?" soal beliau lagi. - HARAKAHDAILY 13/9/2015
Rumah generasi kedua, sawit belenggu warga Felda
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37366-rumah-generasi-kedua-sawit-belenggu-warga-felda
~Hijau
No comments:
Post a Comment