Sunday, 6 September 2015

PKR jumpa Ku Li dahulu sebelum PAS

SHAH ALAM - "Rombongan yang mula-mula jumpa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bukan kita (Pas), PKR jumpa dahulu.

"Mereka ajak Ku Li sertai PR. Kemudian DAP pula ajak," demikian penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjawab persoalan peserta di Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden Pas di Dewan Tok Guru, Rusila semalam mengenai isu Pas meminta Ku Li menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang pada PRU13 lalu.
Namun, Abdul Hadi mendakwa, Ku Li sama sekali tidak melayan permintaan parti tersebut, justeru Pas diminta oleh rakan PR agar memujuk Ku Li bagi menyertai pakatan itu.
"Ku Li tidak menolak menyertai kedua-dua parti itu. Rakan kita (PKR, DAP) datang jumpa kita (Pas) suruh Pas pujuk... Kitapun pujuklah masuk Pas, tetapi beliau (Ku Li) tak masuk Pas jugak.
"Itulah ceritanya yang berlaku, orang lain pujuk dahulu bukan kita, orang yang bising itu kita kena fahamlah, tetapi inilah hakikat yang sebenar," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di sebuah forum mendakwa, Pas pernah menolak cadangan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU13 sebaliknya menamakan Ku Li sebagai pilihan mereka.
"Sehingga sebulan sebelum PRU13, Pas masih menolak pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri kerajaan PR," ujarnya lagi.
~Hijau

No comments:

Post a comment