Thursday 10 September 2015

PAS SELANGOR LARANG AHLI SERTAI HIMPUNAN BAJU MERAH

HARAKAHDAILY | 10 September 2015.

KUALA LUMPUR: PAS Selangor melarang mana-mana ahlinya dari hadir atau terlibat dengan Himpunan Baju Merah yang dijadualkan di ibu negara pada 16 September ini.

"Kita menentang sebarang himpunan berbau perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan kaum," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman kepada Harakahdaily.

Tegasnya, ahli PAS di Selangor adalah dilarang untuk hadir atau terlibat dengan apa cara sekalipun.

"Kita tidak bersetuju dan tidak berkompromi dalam hal perkauman kerana asas perjuangan PAS bukan perkauman," ujarnya yangb juga Adun Paya Jaras.

Sehubungan itu, PAS negeri meminta agar pasukan keselamatan memantau Himpunan Baju Merah, sebagaimana mereka memantau himpunan Bersih dahulu.

Beliau berkata, sebarang bentuk perhimpunan perkauman harus dibanteras dengan segera. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Dihantar oleh: Admin

Langganilah https://telegram.me/DPPMbot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

No comments:

Post a Comment