Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menerima dengan begitu sedih berita kembalinya ke rahmatuLlah mantan Pengarah PPP untuk sesi 2009 - 2011, Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. Beliau yang juga bekas Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah seorang pakar rujuk utama PPP dalam bidang sains politik.
Semasa beliau menjawat jawatan Pengarah PPP, beliau telah menggariskan satu halatuju politik penting bagi PAS, iaitu dengan memberi perhatian kepada negeri Kelantan sebagai pengkalan kekuatan PAS dan tidak mengabaikan undi pengundi-pengundi Melayu sebagai teras kestabilan politik Malaysia. Beliau juga banyak menulis artikel dan buku semasa menjawat jawatan Pengarah PPP tersebut.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PAS khususnya PPP. Saya percaya perasaan yang sama dirasai oleh ramai murid-murid beliau yang sebahagiannya menjadi ahli akademik dan ahli politik yang hebat dalam negara ini. PPP mengucapkan takziah kepada keluarga Haji Wan Abdul Rahman, dan mengucapkan terima kasih bagi pihak PAS atas sumbangan beliau selama ini.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
11 September 2015
27 Zulkaedah 1436
~Hijau
No comments:
Post a Comment