Thursday, 17 September 2015

MESEJ KONTRAS DARI KONGRES RAKYAT DAN PELANCARAN "AMANAH"

Kongres Rakyat yang berlangsung 12hb September 2015 yang lalu disifatkan oleh media sebagai benar benar kongres milik rakyat.

Kehadiran dari seluruh pelusuk tanahair sehingga melimpah keluar bukan sahaja dewan utama. Malah keluar bangunan. Ketiadaan ruang memaksa penganjur dengan keizinan semua perwakilan dan tetamu kenamaan jemputan membenarkan supaya pentas utama dipenuhkan juga dengan peserta.

Pemimpin tertinggi PAS seperti YB Pesuruhjaya PAS Selangor , Dato' Ir Hj Iskandar Samad dilihat mengutamakan rakyat dengan sanggup duduk ditangga bersama sama mengikuti Kongres melalui skrin besar diluar dewan utama.

Ia bukan acara mewah, yang bagai tidak bimbangkan wang belanja, yang gilang gemilang dibuat di tempat yang mewah dan berprestij.

Akan tetapi ia adalah pentas rakyat. Sederhana tapi sangat meriah.

Ia berbeza dengan pelancaran berprestij AMANAH yang diulas oleh kolumnis ternama, Jocelyn Tan di dalam surat khabar perdana berbahasa Inggeris, The Star 17hb September 2015 seperti berikut,

"Perkara yang paling menarik perhatian wakil wakil media yg membuat liputan pelancaran PAN (AMANAH) adalah "parti baru" ini sangat mewah. Ia satu majlis yang besar besaran dan menjadi perbualan ramai di kalangan media bahawa pelancaran PAN ditaja oleh 'abang besarnya' DAP, sekalipun tiada siapa yang sanggup mengesahkan atau menafikannya"

Saya dimaklumkan keseluruhan kemudahan utama Kongres Rakyat diberikan percuma oleh Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh YAB Azmin Ali.

Beliau seorang pemimpin PKR yang bijak dan faham erti kerjasama antara PAS dan PKR adalah menjaga hubungan diplomasi dengan menghormati pendirian parti rakan kongsi. Tidak dilihat mendokong secara keterlaluan apa yang menjadi perosak kepada parti rakan. Tahu jaga hati kawan.

Ini berbeza dengan sesetengah gaya pimpinan PKR negeri. Mahu kerusi, mahu guna jentera PAS, tapi tanpa segan silu aktif mendokong kerja kerja pihak yang cuba merosakkan PAS.

Berhubung pelancaran PAN, sekali lagi kolumnis The Star, Jocelyn Tan seakan mengiyakan pandangan ramai bahawa PAN sebenarnya menjadi alat kepada DAP untuk mencapai agenda politik mereka memecahkan undi orang orang Islam kepada PAS dan melemahkan sebarang tuntutan yang berkait hukum hukum Islam seperti ulasan beliau seperti berikut:

"Parti ini (AMANAH) bertujuan menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Orang orang parti AMANAH adalah orang melayu dari jenis yang disukai oleh pemimpin pemimpin DAP- mereka tidak begitu menekankan agama dan sanggup mengikut kemahuan DAP"

Jocelyn Tan, The STAR. 17 September 2015.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
18hb September 2015
~Hijau

No comments:

Post a Comment