Tuesday, 8 September 2015
Melayu perlu ambil kira kaum lain - Presiden PAS
KAM | 08 September 2015.
KUALA TERENGGANU: PAS sentiasa konsisten dengan dasar perjuangan dan menegaskan hanya dengan Islam boleh menyatukan Melayu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan penyatuan Melayu mestilah dengan Islam agar kaum lain tidak terabai dalam masyarakat majmuk.
"Pertama, yang menyatukan Melayu mestilah dengan Islam. Kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain. Jangan abaikan kaum lain kerana kaum lain juga adalah mangsa penjajahan.
"Perang dunia pertama dan kedua, barang kali lebih 60 peratus anak jajahan menjadi mangsa korban perang dunia. Penjajah selamat dan yang matinya kita, ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-13 berhenti rehat, hari ini.
Dengan sebab itu, ujar beliau memang tidak dinafikan majoriti rakyat adalah Melayu Islam.
"Dalam masa yang kaum lain adalah sahabat kita dalam masyarkat majmuk," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya jika berlaku perpecahan semua kaum boleh menjadi lemah sama ada Melayu, Cina dan India.
"Berpecah semua lemah, Cina pun lemah, lndia pun lemah jika berpecah. Apa yang pentingnya, yang menyatukan Melayu ialah Islam dan bukan semangat kebangsaan," tegasnya. - HARAKAHDAILY 8/9/2015
Dihantar oleh: jitpns
Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment