Thursday, 24 September 2015

Insiden Mina: Dewan Pemuda Pas rakam ucapan takziah

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang meninggal dunia akibat rempuhan di Mina hari ini.

Ketua Penerangannya, ‎Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berharap satu siasatan segera dapat dijalankan oleh pihak berwajib Arab Saudi.

"Bahkan jika dikaitkan dengan insiden kejatuhan kren tempoh hari, tahun ini boleh dikatakan merupakan tahun tragedi bagi jemaah yang menunaikan haji di Tanah Suci.

"Pemuda Pas menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan jemaah haji di masa hadapan. Post mortem secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut," ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina]

Insiden yang mengorbankan ‎lebih 400 jemaah dan ratusan yang cedera itu bagaimanapun tidak membabitkan jemaah dari Malaysia.
~Hijau

No comments:

Post a comment