Saturday, 3 October 2015

SUMBANGAN BUAT MANGSA KEBAKARAN KG SIMUNUL, SABAH

Bismillah…
Assalamualaikum wbt…

SUMBANGAN BUAT MANGSA KEBAKARAN KG SIMUNUL, SABAH

Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan simpati dan berdukacita atas insiden kebakaran yang menimpa penduduk Kampung Simunul, Semporna, Sabah. Takziah diucapkan kepada semua mangsa insiden.

Sebagai tanda simpati, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat akan melancarkan kutipan derma untuk disalurkan kepada keluarga mangsa bermula pada 4 – 11 Oktober 2015 melalui akaun Maybank (Tabung Rakyat Prihatin : 564025400414). Penyerahan sumbangan kepada wakil penduduk akan disampaikan oleh pihak kami antara 13 – 15 Oktober 2015.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru seluruh rakyat Malaysia berusaha meringankan beban mangsa kebakaran di kalangan penduduk Kampung Simunul yang diuji dengan musibah kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Sumbangan yang dihulurkan oleh semua rakyat Malaysia diucapkan jutaan terima kasih dan didoakan agar mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

"Mempersiap Generasi Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahad, 4 Oktober 2015 | 20 Zulhijjah 1436H
~Hijau

Friday, 2 October 2015

Berita Web PAS Hari Ini, 1 Oktober 2015 


✳ PAS PUSAT
1⃣ KENYATAAN NAIB PRESIDEN PAS
"Akta 355: PAS bawa usul persendirian kali ke-3"
Klik : http://www.pas.org.my/arkib/naib-presiden-2/6446-akta-355-pas-bawa-usul-persendirian-kali-ke-3

2⃣"Himpunan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di Masjid Jamek esok"
http://pas.org.my/artikel-umum/6447-himpunan-selamatkan-masjid-al-aqsa-di-masjid-jamek-esok

✳ DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
1⃣ "Harga Minyak Dunia turun. Harga Minyak Malaysia Naik"
http://www.pas.org.my/artikel-umum/6440-harga-minyak-dunia-turun-harga-minyak-malaysia-naik

2⃣ "Tinta Ulamak ( Siri 8) Amanah Menjaga Bumi Allah SWT"
Klik : http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/6441-tinta-ulamak-siri-8-amanah-menjaga-bumi-allah-swt

✳ PAS PULAU PINANG
1⃣ "Pulau Pinang Didakwa Hentikan Sekolah Agama Rakyat Milik Ahli Pas?"
Klik : http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/6439-pulau-pinag-didakwa-hentikan-sekolah-agama-rakyat-milik-ahli-pas

2⃣ Kenyataan Media : "Isu Cadangan Supaya Jawatan YDP MAINPP Diserahkan Kepada PKR"
Klik : http://www.pas.org.my/dewan-pemuda-pas-p-pinang/6437-kenyataan-media-isu-cadangan-supaya-jawatan-ydp-mainpp-diserahkan-kepada-pkr

✳ PAS KELANTAN
1⃣ "Pendukung PAS jangan sekadar berpeluk tubuh"
Klik : http://www.pas.org.my/artikel-berita-kel/6442-pendukung-pas-jangan-sekadar-berpeluk-tubuh

2⃣ "PAS Kubang Kerian kekal istiqamah"
Klik : http://www.pas.org.my/artikel-berita-kel/6445-pas-kubang-kerian-kekal-istiqamah

3⃣ "PAS Kota Bharu tetap utuh tanpa YDP"
Klik : http://www.pas.org.my/artikel-berita-kel/6443-pas-kota-bharu-tetap-utuh-tanpa-ydp

4⃣ "Kelantan mahu migrasi projek air patuhi syariah"
Klik : http://www.pas.org.my/mpadun-kelantan/6444-kelantan-mahu-migrasi-projek-air-patuhi-syariah

๐Ÿ’ป http://www.pas.org.my - Centralized PAS Portal (CPP)

Dihantar oleh: Webmaster

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Wednesday, 30 September 2015

Minta Penjelasan Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Hentikan Bantuan Sekolah Agama Rakyat Milik Ahli PAS?

KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Minta Penjelasan Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Hentikan Bantuan Sekolah Agama Rakyat Milik Ahli PAS?

1. Dewan Ulamak PAS Pusat ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.

2. Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik.

3. Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik.

4. Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Khamis 17 Zulhijjah 1436 H / 1 hb Oktober 2015

Layari website DUPP
http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/6439-pulau-pinag-didakwa-hentikan-sekolah-agama-rakyat-milik-ahli-pas

Like & share Fb DUPP
https://www.facebook.com/dewanulamakpas?ref=hl

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan PantasDewan Ulamak PAS Pusat

Dihantar oleh: Nazmi

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Harga Minyak Dunia turun. Harga Minyak Malaysia Naik.

Ketika kerajaan memulakan perlaksanaan GST pada bulan April 2015 yang lalu banyak yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Antara lain harga barangan diberitahu akan menjadi lebih rendah. Bahawa dengan hasil cukai yang bertambah, kerajaan akan punya lebih wang untuk memberi berbagai manfaat tambahan kepada rakyat.

Malangnya semua itu tidak benar. Harga barangan pengguna naik dengan banyak meningkatkan kos hidup. Tinjauan yang pernah dibuat oleh Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA) mengesahkan itu.

Wang yang dikatakan akan bertambah seolah olah tidak memberi manfaat dan tenggelam dalam skandal 1MDB yang begitu besar melibatkan pinjaman 42 Billion Ringgit yang mencurigakan masyarakat antarabangsa dan segenap lapisan rakyat Malaysia.

Bank Negara Malaysia tanpa berselindung mengaitkan masalah ekonomi negara dengan isu 1 MDB.

Kejatuhan nilai matawang ringgit yang kini jatuh ke paras terburuk RM4.44 untuk setiap Dollar Amerika mengurangkan kuasa beli wang ringgit.

Rakyat semakin kekurangan wang. Tapi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mudah sahaja dapat wang. 'Ada pihak' yang sudi menderma RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau.

Bila ada pemimpin peminpin kanan UMNO yang mempertahankan derma ini sebagai 'biasa', kita terperanjat. Adakah nilai 'derma' berbillion masuk ke akaun pemimpin pemimpin UMNO sudah begitu banyak kali berlaku sehingga ia tidak dianggap luar biasa oleh pemimpin pemimpin UMNO.

Dalam keadaan harga minyak mentah dunia merosot dengan banyak menjadikan harga petrol dan diesel menjadi lebih murah ditempat lain, mulai esok, harga petrol dan diesel di Malaysia naik lagi 10 sen setiap liter.

Kerajaan dijadualkan membentang Belanjawan 2016 pada bulan ini, Oktober. Mungkin boleh jadi satu silap mata sedang dirancang. Naikkan harga minyak hari ini, kemudian diatur 'berita gembira' untuk rakyat, ole ole segera dalam belanjawan nanti.

Sampai bila rakyat terus sanggup terpedaya dengan permainan ambil dengan banyak hasil dari rakyat dan sumber asli negara dan kemudian pulangkan kembali cuma sedikit bagi menutup kesalahan penyelewengan dan ketidakcekapan.

Rakyat mengecam kenaikan harga bahanapi asas ini, Petrol dan Diesel. Kerana disebalik pelbagai jaminan yang pernah dibuat oleh kerajaan, tindak balas rantaian terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pengguna tetap akan berlaku dari bahan makanan asas hinggalah pengangkutan awam.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
1hb Oktober 2015

Dihantar oleh: jitpns

Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

INFORMASI & BERITA TERKINI - BADAN PERHUBUNGAN PAS SABAH

Ingin mendapatkan maklumat & informasi yg terkini dari sumbeer rasmi PAS serta pimpinan dari masa ke semasa?

Ingin tahu aktiviti dan program PAS Sabah , dewan dewan ,kawasan dan pimpinan negeri ?

Jom sertai telegram link yang tertera di bawah

https://telegram.me/PASSabahBot


Telegram  PAS SABAH Bot untuk info terkini.

Applikasi diurus selia oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri  Sabah

SEBARKAN KEPADA SEMUA

Dihantar oleh: jitpns

Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Penduduk Pulau Ketam Menyambut Pesta Tanglung Dan Kuih Bulan


YB (Dr) Halimah mengedarkan kuih bulan dan mask

(Klang, 29 hari bulan), ADUN Selat Klang YB (Dr) Halimah hadir ke Pulau Ketam pada 27 Oktober, menyambut Pesta Tanglung Dan Kuih Bulan bersama penduduk Pulau, ini telah menunjukkan semangat perpaduan.

Ketua masyarakat Pulau ketam Chia Keng Lee menyatakan bahawa pada hari tersebut, YB (Dr) Halimah juga membawa 800 kuih bulan dan mask serta mengedarkannya kepada penduduk Pulau.

Beliau menyatakan bahawa Pesta Tanglung dan Kuih Bulan ini bermula dari 9.30 pagi, termasuklah aktiviti kanak-kanak dan juga pertandingan badminton. Pada malam pula, YB (Dr) Halimah bersama penduduk (termasuklah 100 orang murid) menyertai perarakan pesta tanglung dan kuih bulan di Pulau. Suasana amat meriah.

Beliau memberitahu wartawan bahawa, YB (Dr) Halimah juga menderma RM1000 kepada Persatuan Catur Pulau Ketam untuk kegunaan menceriakan Bangunan Persatuan.

Selain itu, AJK Pesta Tanglung dan Kuih Bulan Bagan Teochew memperolehi RM500, sebagai perbelanjaan bagi menyambut Pesta Tanglung dan Kuih Bulan.

Dihantar oleh: Mohd Prasad bin Hanif, Ketua Penerangan

Langganilah https://telegram.me/PASSelangorBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Himpunan bantah pencerobohan al aqsa

.
~Hijau

ISU CADANGAN SUPAYA JAWATAN YDP MAINPP DISERAHKAN KEPADA PKR

[KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG]

ISU CADANGAN SUPAYA JAWATAN YDP MAINPP DISERAHKAN KEPADA PKR.

1. Jawatan Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ahli-ahli MAINPP adalah dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (DYMM YDPA). Walaupun pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama YDP MAINPP dan ahli-ahli MAINPP, namun ianya perlu tertakluk kepada kuasa prerogatif DYMM YDPA untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan oleh MMK Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, DPPN P.Pinang menasihatkan supaya semua pihak menghormati kuasa prerogatif DYMM YDPA selaku ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang.

2. Kami menghormati cadangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) supaya jawatan YDP MAINPP yang ketika ini disandang oleh wakil PAS agar dikosongkan. Walau bagaimanapun, cadangan AMKPP ini agak mengelirukan apabila dilihat berbeza dengan kenyataan Presiden PKR sendiri sebelum ini yang menyatakan bahawa PKR masih meneruskan kerjasama dengan PAS, termasuk di Pulau Pinang.

3. Kami tetap komited utk bangunkan negeri & rakyat samada diberi kuasa pemerintahan atau tidak, kerana membangunkan bumi ini adalah amanah daripada Allah SWT kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah. Jawatan dalam kerajaan adalah amanah daripada Allah SWT dan rakyat, bukannya tempat untuk melunaskan kehendak politik kepartian semata-mata. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut perlu membangunkan institusi MAINPP dan Islam di negeri Pulau Pinang mengikut acuan pembangunan Allah SWT, bukan mengikut acuan nafsu manusia.

4. Oleh yang demikian, kami memberi kepercayaan tinggi & keyakinan penuh kepada kebijaksanaan DYMM YDPA selaku ketua agama Islam di negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan memilih individu yang layak bagi membangunkan Islam di negeri ini, khususnya untuk mengetuai institusi MAINPP.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

30 Sept 2015

Dihantar oleh: IzwanDPPM

Langganilah https://telegram.me/DPPMbot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

"Tiada siapa berhak desak PAS keluar Kerajaan Selangor"

✳ KENYATAAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR

"Tiada siapa berhak desak PAS keluar Kerajaan Selangor"

Klik kenyataan penuh ➡ http://www.pas.org.my/kenyataan-pesuruhjaya-pas-selangor/6433-tiada-siapa-berhak-desak-pas-keluar-kerajaan-selangor

Dihantar oleh: Webmaster

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

"Ringgit jatuh: Apakah negara ada Menteri Kewangan?

✳ KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

"Ringgit jatuh: Apakah negara ada Menteri Kewangan?"

Tukaran nilai Ringgit pada 29 September 2015:

USD1: RM4.459
SG1: RM3.121

Ringgit terus jatuh dan kini mendekati paras yang amat memeranjatkan pelajar-pelajar di luar negara serta golongan peniaga iaitu RM4.5 kepada USD1 - ramai tertanya-tanya apakah Malaysia mempunyai Menteri Kewangan?

Ketika peniaga Tukaran Mungkir Kredit (CDS) meletakkan negara di 'status rendah' – tiada kedengaran komentar membalas daripada Menteri Kewangan.

Ketika Ringgit mencecah RM4.45 semalam, Menteri Kewangan dan kementerian tidak memberikan sebarang reaksi.

Hanya kedengaran suara solo Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mencadangkan agar negara mengukuhkan kedudukan domestik bagi menghadapi cabaran kemelut nilai ringgit dan harga komoditi hari ini.

Namun, PAS bimbang. PAS bimbang sudah tidak wujud kerjasama antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara ekoran siasatan Bank Negara terhadap 1MDB dan juga kenyataan Zeti pada 21 September yang berbunyi: "Kita tidak perlu lagi apa-apa skandal. Kita tidak perlu ketidakstabilan politik. Apabila mereka menyelesaikan semua isu berkaitan dengan 1MDB, maka kita akan dapat melihat pemulihan kepada nilai Ringgit."

Rakyat mempunyai keyakinan terhadap Gabernor Bank Negara. Namun, beliau hanya boleh berfungsi sepenuhnya sekiranya beliau mendapat kerjasama penuh seorang Menteri Kewangan yang dapat fokus kepada tugasnya tanpa risau apa-apa skandal yang akan timbul kerana cuba menutup masalah di 1MDB.

PAS terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan. PM patut tumpu sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah 1MDB. Tempoh 6 bulan yang diberi PM pada ahli-ahli Umno pada 14 Jun 2015, kini hanya tinggal 3 bulan sahaja.

Anggaplah ini pengorbanan untuk meringankan aniaya kepada seluruh warga Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
30 September 2015

๐Ÿ’ป Sumber : http://pas.org.my/arkib/timbpresiden/6432-ringgit-jatuh-apakah-negara-ada-menteri-kewangan

Dihantar oleh: Webmaster

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Ahli ARC dikerah hadir Fastaqim


~Hijau

Al-Aqsa tensions trigger clashes across West Bank

TERKINI DUNIA ISLAM

Clashes have consumed large parts of the West Bank as Israel places strict age restrictions on the al-Aqsa Mosque.

Clashes have erupted across the occupied West Bank, including East Jerusalem, as a result of ongoing confrontations between Palestinians and Israeli forces at the al-Aqsa Mosque compound. 

Along with other Knesset members from the Arab Joint List coalition, Jamal Zahalka was present at the al-Aqsa compound on Tuesday to protest recent visits to the holy place by Jewish organisations and entry restrictions on Palestinian worshippers.  

"We have no problem with Jewish visitors. We have a problem with groups that come to provoke Palestinians," Zahalka told Al Jazeera, referring to right-wing organisations and settler groups. 

http://www.aljazeera.com/news/2015/09/al-aqsa-tensions-trigger-clashes-west-bank-150929130038368.html

Dihantar oleh: Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Friday, 25 September 2015

PAS komited menentang ketidakadilan BN

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS

"PAS komited menentang ketidakadilan BN"

SELARAS dengan resolusi Kongres Rakyat yang didukung oleh 200 badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik, PAS komited menentang ketidakadilan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

PAS juga sedang melaksanakan pelan tindakan bagi merealisasikan tema Kongres Rakyat iaitu Membina Malaysia Sejahtera.

Sehubungan dengan itu, PAS menegaskan:

i - bahawa PAS mengekalkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR.

ii - PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri, walau bagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini.

iii - PAS akan menumpukan usaha ke arah pemerkasaan parti dan melebarkan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS di seluruh negara.

DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
22/9/2015

Sumber : http://pas.org.my/arkib/su-agung/6377-pas-komited-menentang-ketidakadilan-bn

Dihantar oleh: Webmaster

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Thursday, 24 September 2015

Insiden Mina: Dewan Pemuda Pas rakam ucapan takziah

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang meninggal dunia akibat rempuhan di Mina hari ini.

Ketua Penerangannya, ‎Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berharap satu siasatan segera dapat dijalankan oleh pihak berwajib Arab Saudi.

"Bahkan jika dikaitkan dengan insiden kejatuhan kren tempoh hari, tahun ini boleh dikatakan merupakan tahun tragedi bagi jemaah yang menunaikan haji di Tanah Suci.

"Pemuda Pas menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan jemaah haji di masa hadapan. Post mortem secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut," ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina]

Insiden yang mengorbankan ‎lebih 400 jemaah dan ratusan yang cedera itu bagaimanapun tidak membabitkan jemaah dari Malaysia.
~Hijau

Wednesday, 23 September 2015

PERUTUSAN AIDIL ADHA PRESIDEN PAS

Ini perutusan eidul adha Presiden :-


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :

ูˆَุงู„ْุจُุฏْู†َ ุฌَุนَู„ْู†َุงู‡َุง ู„َูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุดَุนَุงุฆِุฑِ ุงู„ู„َّู‡ِ ู„َูƒُู…ْ ูِูŠู‡َุง ุฎَูŠْุฑٌ ۖ ูَุงุฐْูƒُุฑُูˆุง ุงุณْู…َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุนَู„َูŠْู‡َุง ุตَูˆَุงูَّ ۖ ูَุฅِุฐَุง ูˆَุฌَุจَุชْ ุฌُู†ُูˆุจُู‡َุง ูَูƒُู„ُูˆุง ู…ِู†ْู‡َุง ูˆَุฃَุทْุนِู…ُูˆุง ุงู„ْู‚َุงู†ِุนَ ูˆَุงู„ْู…ُุนْุชَุฑَّ ۚ ูƒَุฐَٰู„ِูƒَ ุณَุฎَّุฑْู†َุงู‡َุง ู„َูƒُู…ْ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุดْูƒُุฑُูˆู†َ

"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur."

(Surat Al-Hajj, ayat 36)

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh ummat Islam, khususnya buat para pendokong dan penyokong PAS. Marilah bersama kita beringat, bahawa hari raya bagi ummat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada ummat Islam.

Kita sudah pun meraikan Aidil Fitri bersempena dengan ibadah puasa Ramadan yang besar hikmat dan fadilatnya, serta peristiwa Nuzul Quran dan lembaran sejarah yang besar seperti Badar dan lain-lain yang memberi kemenangan kepada ummat Islam.

Kini pula kita meraikan hari Aidil Adha yang berkait dengan ibadah haji dan perisytiharan Al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang perkara yang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.

Peristiwa ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang berbai'ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan adil.

Marilah kita hayati Aidil Adha kali ini dengan mengambil iktibar daripada petunjuk di atas, demi kemenangan dunia dan akhirat.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"


ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
09 Zulhijjah 1436H / 23 September 2015M
~Hijau

Tuesday, 22 September 2015

Selamatkan Aqsa

KENYATAAN PRESIDEN PAS

Selamatkan Aqsa

Berita terkini melaporkan, bahawa kumpulan pelampau Zionis Yahudi menceroboh Masjid Aqsa dengan sokongan polis dan tentera negara haram Israel. Pertempuran sengit berlaku dengan pemuda dan penduduk sekitar yang terus bertahan di dalam Masjid Aqsa dan kelilingnya, termasuk yang tua, pemuda, wanita dan kanak-kanak dengan bersenjatakan batu-batu sahaja, berkubukan dinding masjid dan tiang-tiangnya. Mereka berdepan dengan pihak Zionis Israel yang bersenjata canggih segala jenisnya, bukan sahaja gas pemedih mata, bahkan sehingga menggunakan peluru hidup. Pihak Zionis Israel bergerak dibelakang kenderaan berperisai dan dilindungi helikopter canggih. Mereka yang mempertahankan masjid suci itu tidak berganjak, walaupun sudah ada yang gugur syahid, ramai yang cedera dan ditahan.

Bagi ummat Islam, Masjid Aqsa adalah salah satu daripada tiga masjid yang dimuliakan. Di sinilah berlakunya Israk Rasulullah SAW dan bermulanya Mikraj ke angkasa lepas, menjadi tetamu Allah dalam peristiwa yang terkenal itu. Allah memuliakan masjid ini juga dengan menjadikannya kiblat pertama bagi ummat Nabi Muhammad SAW sebelum beralih kepada Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS. Ummat Islam menyebutnya dengan "Ibrahim" adapun orang Kristian Barat dengan "Abraham" manakala pengikut kepercayaan agama penyembah berhala pula menyebutnya dengan "Brahma". Namun penganut Islam tetap berpegang kepada firman Allah SWT:

ู…َุง ูƒَุงู†َ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠู…ُ ูŠَู‡ُูˆุฏِูŠًّุง ูˆَู„َุง ู†َุตْุฑَุงู†ِูŠًّุง ูˆَู„َูƒِู†ْ ูƒَุงู†َ ุญَู†ِูŠูًุง ู…ُุณْู„ِู…ًุง ูˆَู…َุง ูƒَุงู†َ ู…ِู†َ ุงู„ْู…ُุดْุฑِูƒِูŠู†َ

"Bukanlah Ibrahim itu penganut agama Yahudi dan agama Nasrani (Kristian). Dia sebenarnya menganut agama Hanif (Mengesakan Allah tanpa syirik), Dia seorang Muslim. Bukannya seorang musyrikin(penyembah berhala dan lain-lain, selain Allah)." (Surah Ali-Imran, ayat 67)

Kenyataan lanjut, klik --> http://pas.org.my/kenyataan-berita/6372-selamatkan-aqsa

Dihantar oleh: Webmaster

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Friday, 18 September 2015

Tiada Tahalluf Dengan Orang Yang Khianat - TGHH

TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG ORANG YANG KHIANAT

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan jawapan yang jelas bila menyebut "tiada tahalluf siyasi dengan orang orang yang khianat".

Lagipun kandungan lafaz baiah yg telah diikrarkan secara sukarela oleh pemimpin pemimpin yg khianat yang telah diamanahkan mewakili PAS dalam pilihanraya adalah jelas menyebut mereka "dilaknat oleh Allah dan sekelian makhluk yang melaknat".

Mereka boleh menjadi calon PAS kerana adanya watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh PAS. Bukannya pihak lain.

Mereka menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka yang merupakan perjanjian besar mereka dengan Allah SWT dalam memperjuangkan Islam yang sudah diletakkan syarat selagi tidak melanggar syariat.

Tiada hujah nyata tentang mana mana pelanggaran syariat yang menyokong pelanggaran baiah. Alasan mereka semata mata kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden dalam banyak perkara.

Ini adalah alasan semata mata kerana kumpulan mereka kecewa tidak sampai fantasi mereka untuk menguasai PAS melalui muktamar agong dan keputusan pemilihan di peringkat akar umbi.

Masalahnya yang bersetuju dengan Presiden PAS sebanyak 80%, mereka cuma 20%.

Mereka tidak menghormati keputusan demokratik didalam mesyuarat dan muktamar. Ini bercanggah dengan syariat.

Mereka mengambil mudah dalam soal hukum hukum agama. Menganggap perjanjian dan baiah boleh dilanggar hanya dengan nilai kaffarah. Meremehkan institusi mahkamah syariah sebagai pihak berkuasa yang memutuskan soal talak.

Dalam banyak isu berkait prinsip dan dasar Islam, mereka jelas membelakangkan hukum dan perjuangan Islam dengan mengutamakan restu pihak yang keras permusuhannya dengan Islam. Mereka malah mengumumkan akan mengundi menentang hudud jika itu pendirian rakan rakan mereka.

Jika mereka "dilaknat oleh Allah SWT dan semua makhluk yang melaknat", di mana wajarnya PAS bertahaluf siyasi pula dengan mereka ini?

Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan orang orang yang khianat), seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan.

Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
Ketua Penerangan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Negeri Terengganu
Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu

17hb September 2015
~Hijau

Thursday, 17 September 2015

SAYA tidak pernah mengalami situasi krisis begini

SAYA tidak pernah mengalami situasi krisis begini, walaupun saya sempat bertentang mata dengan Allahyarham Tuan Guru Haji Yusof Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dan kini Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan berkesempatan menatap Harakah zaman keluaran tulisan jawi, mungkin masa itu saya remaja lagi, tidak ambil tahu sangat pasal krisis kepimpinan.

Apabila saya membaca tulisan Subky Latif saya dapati ada juga berlaku krisis namun itu semua berlaku ketika zaman yang saya tidak ambil tahu pasal kepimpinan, tahunya menampal poster, pasang bendera, panjat tiang letrik, pokok kelapa, dengar ceramah dan merutini kerja-kerja bertaraf kuli.

Sepanjang menyelusuri zaman tersebut saya melihat secara zahir keikhlasan para 'amilin PAS, bertungkus lumus bekerja tanpa balasan dunia, namun apa yang di dalam hati mereka, hanya Allah yang mengetahui. Mereka sanggup korbankan harta, tenaga dan masa demi perjuangan, malahan ada yang terkorban daripada kelangsungan rakusan kebencian hati Umno kepada PAS.

Semua ahli PAS jika ditanya, kenapa berada di dalam PAS, jawapannya hanya "kerana Islam", saya dewasa di dalam era kepimpinan ulama, teruja dihayun gelombang Tarbiyyah ketika usia belasan tahun dan ketika berlakunya 'Fenomena Haji Hadi'.

Ahli PAS itu mahunya hanya Islam, mahunya hanya dipimpin oleh ulama, kerana ulama itu pewaris Nabi. Kita sudah ketiadaan Nabi, maka mahunya ahli PAS, biarlah PAS ini dipimpin oleh waris-Nya iaitu ulama, tetapi bukan pula menolak yang bukan ulama, dari dulu pun, PAS dibangunkan bersama oleh golongan bukan ulama, sama ada golongan profesional hinggalah golongan penganggur sekalipun.

Yang ahli PAS mahu, kalau dia bukan ulama, biarlah dia golongan yang mencintai ulama. 'Kalau kamu tidak boleh menjadi ulama, jadilah orang yang belajar dengan ulama atau jadilah orang yang membantu ulama atau jadilah orang yang cinta pada ulama dan jangan kamu jadi golongan kelima', inilah pesan para ulama.

Jika mahu pisahkan Islam dan ulama dari PAS, seperti pisahkan nyawa dari badan, samalah juga sepertinya tidak boleh berpisah aqidah dan amalan, orang boleh berhujah macam-macam untuk keluar dari PAS, tetapi 'ahli tegar' PAS tak mungkin dipengaruhi, sebab mereka melihat Islam itu bukan sahaja dari sudut aqidah, tetapi juga amal, orang tidak nampak aqidah tetapi orang akan nampak terjemahannya iaitu amal.

Amal itu akan dinilai, sebab itu bukalah parti apapun, amal itulah akan menjadi panduan dan hujah, amalan pula bukannya boleh dijadikan lakonan, kalau berlakon pun tidak tahan lama, macam golongan munafik zaman Nabi, lama-lama zahir juga lakonannya.

Kita boleh buka parti lain, tetapi tidak boleh buka pintu syurga, semua parti tidak mampu membukanya termasuklah PAS, kerana itu milik Allah. Allah Ta'ala meletakkan syarat untuk orang yang mahu memasukinya iaitu "orang-orang yang beriman dan beramal soleh".

Bagi ahli PAS, kerja dalam parti itu adalah amal soleh, maka amal soleh itu mesti bertepatan dengan aqidah dan hukum syarak. Oleh sebab itu kalau berlaku krisis dalam PAS, isunya mesti agama, antaranya isu hudud. Matlamat perjuangan PAS ialah menang dengan redha Allah, walaupun ada orang perli 'PAS tidak mahu menang, tapi hendak redha Allah sahaja', ada juga sebut 'lebih baik PAS tidak masuk politik, duduk di masjid sahaja untuk cari redha Allah.

PAS mahu menang dengan keredhaan Allah sebab itu di sepanjang jalan perjuangan kita kena pelihara aqidah dan pelihara amalan, Istiqamah dengan hukum syarak, kerana mati bila-bila sahaja, mungkin belum sempat menang kita mati dulu, kerana itu kena sabar dalam mempertahankan agama, tidak mengapa walaupun orang benci, sebab Allah hanya redha pada Islam. Maka kita mesti berada diatas jalan Islam meskipun orang benci kepada kita, sebab Islam itu tempat jatuhnya redha Allah.

Orang PAS sabar menunggu kemenangan bersama keyakinan bahawa 'Islam pasti menang', walaupun ada orang tidak suka kalimah ni, katanya kalimah ini adalah kalimah yang melambatkan kemenangan ditengah masyarakat majmuk sehingga ada yang menebas jalan pintas meskipun terpaksa "orait" kepada golongan yang tidak melihat hukum Islam itu sebagai hukum yang sangat adil.

Islam itu sifatnya sentiasa berkembang, cepat atau lambat bergantung kepada kesuburan tanahnya, kalau tanahnya subur dengan pusat pengajian, majlis ilmu dan ramainya ulama, maka cepatlah kelopaknya berkembang, kalau kurang subur maka lambat lah kembangnya, tetapi berkembang juga. Nak paksa kelopaknya terbuka sendiri tidak boleh, ia mesti melalui proses semaian, pembajaan dan penjagaan, suburkan tanah itu dengan ilmu, maka kelopaknya akan cepat berkembang. Lalu bagaimana mahu pisahkan Islam dan ulama'? Jawapannya, pastinya tidak boleh, sebab ulama itu penyubur kepada benih-benih Islam dan PAS itu berkembang dengan kesuburan Islam, iaitu tempat kuatnya majlis ilmu dan ramai ulamanya, maka di situlah 'kuatnya PAS'.

Umno sudah mencuba menghapuskan PAS sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak pernah berjaya langsung, malahan semakin lama semakin berkembang. Sebabnya sejarah telah membuktikan Islam itu sifatnya menjadi subur di tengah carut marut musuh. Ahli PAS pasti mati, tetapi Islam tetap hidup sebab yang kuat itu Islam, bukannya PAS. PAS hanya menumpang kekuatan Islam, jika PAS tetap berpegang dengan Islam, maka PAS akan terus kukuh, walau dibelasah setara mana sekalipun. Yang memukul keletihan, yang dipukul tidak mati-mati, itulah sifatnya Islam. – Ust Rosli Jabar. HARAKAHDAILY 17
~Hijau

MESEJ KONTRAS DARI KONGRES RAKYAT DAN PELANCARAN "AMANAH"

Kongres Rakyat yang berlangsung 12hb September 2015 yang lalu disifatkan oleh media sebagai benar benar kongres milik rakyat.

Kehadiran dari seluruh pelusuk tanahair sehingga melimpah keluar bukan sahaja dewan utama. Malah keluar bangunan. Ketiadaan ruang memaksa penganjur dengan keizinan semua perwakilan dan tetamu kenamaan jemputan membenarkan supaya pentas utama dipenuhkan juga dengan peserta.

Pemimpin tertinggi PAS seperti YB Pesuruhjaya PAS Selangor , Dato' Ir Hj Iskandar Samad dilihat mengutamakan rakyat dengan sanggup duduk ditangga bersama sama mengikuti Kongres melalui skrin besar diluar dewan utama.

Ia bukan acara mewah, yang bagai tidak bimbangkan wang belanja, yang gilang gemilang dibuat di tempat yang mewah dan berprestij.

Akan tetapi ia adalah pentas rakyat. Sederhana tapi sangat meriah.

Ia berbeza dengan pelancaran berprestij AMANAH yang diulas oleh kolumnis ternama, Jocelyn Tan di dalam surat khabar perdana berbahasa Inggeris, The Star 17hb September 2015 seperti berikut,

"Perkara yang paling menarik perhatian wakil wakil media yg membuat liputan pelancaran PAN (AMANAH) adalah "parti baru" ini sangat mewah. Ia satu majlis yang besar besaran dan menjadi perbualan ramai di kalangan media bahawa pelancaran PAN ditaja oleh 'abang besarnya' DAP, sekalipun tiada siapa yang sanggup mengesahkan atau menafikannya"

Saya dimaklumkan keseluruhan kemudahan utama Kongres Rakyat diberikan percuma oleh Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh YAB Azmin Ali.

Beliau seorang pemimpin PKR yang bijak dan faham erti kerjasama antara PAS dan PKR adalah menjaga hubungan diplomasi dengan menghormati pendirian parti rakan kongsi. Tidak dilihat mendokong secara keterlaluan apa yang menjadi perosak kepada parti rakan. Tahu jaga hati kawan.

Ini berbeza dengan sesetengah gaya pimpinan PKR negeri. Mahu kerusi, mahu guna jentera PAS, tapi tanpa segan silu aktif mendokong kerja kerja pihak yang cuba merosakkan PAS.

Berhubung pelancaran PAN, sekali lagi kolumnis The Star, Jocelyn Tan seakan mengiyakan pandangan ramai bahawa PAN sebenarnya menjadi alat kepada DAP untuk mencapai agenda politik mereka memecahkan undi orang orang Islam kepada PAS dan melemahkan sebarang tuntutan yang berkait hukum hukum Islam seperti ulasan beliau seperti berikut:

"Parti ini (AMANAH) bertujuan menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Orang orang parti AMANAH adalah orang melayu dari jenis yang disukai oleh pemimpin pemimpin DAP- mereka tidak begitu menekankan agama dan sanggup mengikut kemahuan DAP"

Jocelyn Tan, The STAR. 17 September 2015.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
18hb September 2015
~Hijau

Wednesday, 16 September 2015

Jom LIKE Profesional Istiqamah!


Menyambut saranan pimpinan agar ahli terus proaktif dalam menyumbang kepada PAS, kami sekumpulan profesional PAS telah membina laman facebook khusus dalam menggembeling tenaga dan masa para profesional PAS dalam mengoptimumkan gerak kerja kami.

Mohon ikuti kami di http://m.facebook.com/profesionalistiqamah

Kami juga menyarankan semua profesional samada ahli atau penyokong PAS agar dapat bersama dengan kempen profesionalistiqamah dengan menukar gambar profil facebook dan media sosial lain.

#profesionalistiqamah

Tuesday, 15 September 2015

PERUTUSAN HARI MALAYSIA PRESIDEN PAS

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„ู†َّุงุณُ ุฅِู†َّุง ุฎَู„َู‚ْู†َุงูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุฐَูƒَุฑٍ ูˆَุฃُู†ْุซَู‰ٰ ูˆَุฌَุนَู„ْู†َุงูƒُู…ْ ุดُุนُูˆุจًุง ูˆَู‚َุจَุงุฆِู„َ ู„ِุชَุนَุงุฑَูُูˆุง ۚ ุฅِู†َّ ุฃَูƒْุฑَู…َูƒُู…ْ ุนِู†ْุฏَ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَุชْู‚َุงูƒُู…ْ ۚ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนَู„ِูŠู…ٌ ุฎَุจِูŠุฑٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

(Surat Al-Hujurat, ayat 13)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini bagi menucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini, bersempena dengan penubuhan sebuah negara hasil gabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu hinggalah terbentuk dengan nama Malaysia pada 16 September 1963.

Perlu difahami, kita semua adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara yang wujudnya kepelbagaian etnik yang berasal daripada berbagai bangsa dan datang dari pelbagai negara. Ditambah pula dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sekian lamanya.

Adalah menjadi naluri buat manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad atau akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan. Tidak ada orang yang waras akalnya mahu hidup di bawah belenggu penjajahan, apatah lagi lagi dikawal minda dan tindakannya.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin menegaskan, sebagai pendokong dan penyokong kepada perjuangan Islam pastinya akan menentang segala bentuk penjajahan sama ada berbentuk sekularisme, liberalisme dan sebarang ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam.

PAS sangat menghargai peranan yang telah pun dimainkan oleh semua pihak dan tokoh terdahulu seperti Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lain lagi, yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.

Mereka yang terdahulu, telah pun meletakkan asas negara kita, walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak setuju kerana kelemahannya yang tersendiri. Namun, segala kelemahan orang lalu yang telah meninggal dunia ini tidak wajar untuk dibalas dengan kata nista, yang wajar kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon kepada Allah SWT agar mereka dikurniakan keampunan.

Perlu difahami semua, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala. Sebarang kelemahan atau kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara pula perlulah diperbaiki oleh kita yang masih dipinjamkan nyawa ini dan pastinya ia juga menjadi tanggungjawab generasi akan datang. Kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud di Malaysia ini, pastinya mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara yang benar-benar menitikberatkan perihal kebajikan rakyatnya.

Pada saat ini, kita sedang menyaksikan betapa kerajaan UMNO-BN yang ada ini sudah diberi peluang memerintah lebih 50 tahun, namun ia sangat parah apabila kerajaan UMNO-BN ini kian membawa negara kepada virus yang membebankan rakyat melalui kenaikan kos hidup yang kian meningkat, kadar mata wang yang merundum jatuh, penyelewengan wang di institusi-institusi tertentu kian parah, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan berpaksikan Islam kian dipinggirkan dan 1001 lagi kerosakkan yang berlaku, maka tentulah menjadi tanggungjawab buat kita semua untuk melakukan perubahan dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.

PAS juga pastinya akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum yang ada dengan berasaskan Islam yang sebenar-benarnya menerusi Al-Quran dan As-Sunnah, bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan Malaysia itu sendiri.

Justeru, PAS menggesa kepada semua rakyat Malaysia untuk meyakini jalan yang benar-benar menyelamatkan kita semua sama ada di dunia mahupun akhirat pastinya adalah dengan bersama Islam.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
02 Zulhijjah 1436 H / 16 September 2015 M

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/37426-perutusan-hari-malaysia-presiden-pas
~Hijau

Sunday, 13 September 2015

Rumah generasi kedua, sawit belenggu warga Felda

WAN NORDIN WAN YAACOB | 13 September 2015.


SHAH ALAM: Kerajaan Umno BN harus mengotakan janji mereka untuk menyiapkan rumah generasi kedua selepas maklumat menyatakan bahawa RM300 juta telah disuntik untuk menyelesaikan projek sakit di beberapa gugusan Felda.

Menurut Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka Bandar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Roslan Md Esa kerajaan telah menjanjikan 20,000 unit rumah dalam projek perumahan generasi kedua Felda, tetapi hingga kini hanya 8,500 unit sahaja dibuat.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataan mahu menjadikan Felda kubu UmnoBN.

Namun dalam masa yang sama tambahnya, Najib gagal memastikan kebajikan peneroka terbela.

Selain tidak mengotakan janji untuk menyesaikan isu perumahan generasi kedua, kerajaan pimpinan Najib juga gagal memastikan harga  komoditi sawit  turun mendadak yang menyebabkan terjejasnya pendapatan peneroka.

Namun dalam masa yang sama peneroka melihat bahawa harga minyak masak di pasaran tidak pernah turun.

Menurut beliau, harga komoditi sawit jatuh menjunam sehingga RM250 setan dan selepas ditolak dengan belanja upah racun, baja serta kos barangan yang tinggi, peneroka Felda hanya menikmati sekitar kurang RM200 untuk satu tan hasil sawit mentah.

"Kita melihat kehidupan pemimpin mewah ketika rakyat keresahan khasnya mereka yang bergelar peneroka Felda dan Felcra. Dalam masa yang sama rakyat digula-gulakan untuk terus menyokong Umno BN walaupun parti itu sudah tidak memperdulikan janji untuk membela rakyat," katanya yang ditemui di Kongres Rakyat.

Baginya, pembelaan untuk generasi kedua dilihat hanya atas berkepentingan politik sempit Umno BN.

Kata beliau, buktinya janji pilihan raya masih belum tertunai dan kerajaan tidak dilihat kreatif dan inovasi dalam membela hak-hak peneroka dan generasi kedua Felda ini.

Apa yang menyedihkan lagi, kata beliau kehadiran Tan Sri Isa Samad ke dalam Felda sangat mengharubirukan dan ini memangsakan peneroka dan generasinya dengan saham FGV yang semakin susut harganya.

"Industri komoditi sawit kini berdepan dengan situasi yang sukar terutamanya kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) serta minyak mentah dunia sejak pertengahan tahun lalu dan sehingga kini masih belum menampakkan tanda-tanda pemulihan.

"Situasi ini mencemaskan peneroka, namun kerajaan tidakpun berbuat apa. Mana perginya laungan keramat kononnya rakyat didahulukan?" soal beliau lagi. - HARAKAHDAILY 13/9/2015

Rumah generasi kedua, sawit belenggu warga Felda
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37366-rumah-generasi-kedua-sawit-belenggu-warga-felda

~Hijau

Munaqashah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Selangor

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Selangor : 6000 permohonan ahli baru PAS diserahkan kepada Tuan Guru Presiden oleh Pesuruhjaya PAS Selangor.
~Hijau

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah. Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Selangor telah diadakan dengan jayanya hari ini, Ahad, 13 Sept 2015 bermula pukul 8.30 am bertempat di Dewan Sivik MBPJ.

Munaqasyah pada kali ini menyaksikan kehadiran melebihi 1,700 orang dari seluruh negeri Selangor.

Yang amat menggembirakan adalah penglibatan muslimat yang mencecah hampir 40% daripada jumlah keseluruhan kehadiran. Ini bukan sahaja merupakan indikasi bertukarnya pola sokongan tetapi juga menggambarkan kekuatan pergerakan dan penglibatan wanita di dalam PAS.

Ucapan alu-aluan YB Dato Iskandar Abdul Samad menyentuh sumbangan PAS Selangor khususnya kepada Islam di Negeri Selangor.

Selain itu, tiga kertas kerja yang menyentuh perkara semasa dibentangkan:
๐Ÿ”นKertas 1 - Istiqamah Hingga Kemenangan : Asas dan Tindakan Politik dibentangkan oleh Yb. Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS

๐Ÿ”น Kertas 2 - Istiqamah Hingga Kemenangan : Memahami Konsep Tahaaluf Siasi dibentangkan oleh Ybhg. Dato' Dr. Nik Mohd Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS.

๐Ÿ”น Kertas 3 - Istiqamah Hingga Kemenangan :
Peraturan dan Arahan dibentangkan oleh YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan PAS Pusat

Di dalam program ini juga, beberapa kempen yang signifikan dilancarkan.

Logo dan Motto PAS Selangor dilancarkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Motto PAS Selangor bagi penggal ini adalah "Bakti Untuk Semua". Ia merupakan penyatu agenda agar semua PAS Kawasan di Selangor memfokuskan gerak kerja terhadap bakti dan khidmat kepada rakyat Negeri Selangor, tanpa mengira agama dan bangsa.


YB Dato' Iskandar Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor menyerahkan Borang Ahli Baru kepada YB Datuk Seri Presiden. Seramai 6,000 orang telah menyertai PAS sejak kempen menambah ahli dilancarkan 3 minggu yang lalu.

Kempen 3B (Baca, Beli dan Beri) dilancarkan sebagai inisiatif penerangan untuk memastikan informasi dan maklumat yang padat dan jitu sampai ke akar umbi.

Sekitar pukul 12.30 tengahari, Dialog bersama Pimpinan diadakan dengan kehadiran:

YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden
YB Dato Iskandar Abd Samad
Ybhg Dato Dr Nik Zawawi Salleh
YB Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
Ybhg Hj Mustafa Ali
YB Khairudin Aman Razali At-Takiri

Sebelum bersurai, seluruh ahli yang hadir mengambil Ikrar dan Baiah untuk berjuang, berkorban dan beristiqamah sehingga kemenangan.

Majlis bersurai pada pukul 2.15pm.

Program ini berjaya dengan sokongan dan dokongan Dewan-dewan, PAS Kawasan, dan seluruh unit-unit petugas. Hanya Allah swt mampu membalas.

Dihantar oleh: Ketua Penerangan Selangor

Langganilah https://telegram.me/PASSelangorBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Saturday, 12 September 2015

Sabah besar tapi dilayan macam sebuah kampung

MUHAMMAD FAIZAL | 12 September 2015.

SHAH ALAM: Perwakilan Sabah, Nemrone Loveh menggesa agar rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya nanti agar negeri itu tidak lagi ketinggalan dalam sektor pembangunan.

Beliau berkata, Sabah merupakan satu negeri yang besar tetapi layanan yang diterima adalah seperti layanan sebuah kampung.

"Saya cemburu dengan semenanjung bila lihat pembangunan yang ada di sini, terlalu jauh bezanya dengan Sabah.

"Kita telah lama merdeka, namun realitinya masih ada penduduk kampung di kawasan pedalaman masih belum dapat elektrik, kenapa ini berlaku," ucapnya pada sesi perbahasan Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Menurut beliau lagi, ketidakadilan sentiasa wujud dalam pentadbiran kerajaan sekarang apabila sektor ekonomi hanya tertumpu di Semenanjung tanpa membabitkan Sabah.

"Sampai bila rakyat Sabah ingin duduk dalam kemiskinan, tekanan hidup cukup ketara di kawasan-kawasan kampung.

"Mereka di pedalaman bukan sahaja miskin dari segi harta tetapi juga dari pengetahuan, kita mahukan perubahan dilakukan segera untuk mereka keluar dalam kelompok ini," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 12/9/2015

Dihantar oleh: jitpns

Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

DEKLERASI RAKYAT SHAH ALAM

Kongres Rakyat bertemakan MEMBINA MALAYSIA SEJAHTERA dengan ini mengisytiharkan:

1- Bersatu untuk membentuk sebuah Malaysia yang makmur dalam kerangka integrasi nasional dan bersama-sama menggembelingkan tenaga bagi menangani krisis yang sedang melanda negara.

2- Bertindak menyedarkan rakyat ke arah mengembalikan semula tunjang-tunjang sistem ketatanegaraan yang adil dan saksama melalui kerangka Perlembagaan Persekutuan dan mengkaji semula semua undang-undang yang memeras rakyat.

3- Bertindak mewujudkan amalan politik yang tulus dan telus seterusnya mengawal kegiatan politik dan perilaku ahli-ahli politik agar tidak menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

4- Menjadikan agenda pendidikan sebagai wahana terpenting ke arah memupuk kesedaran rakyat dalam membuat perubahan sosial, ekonomi dan politik, demi mengelakkan pendekatan yang boleh menghuru-harakan negara.

5- Berusaha sedaya upaya membela golongan rakyat yang terpinggir dari arus pembangunan seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pekebun kecil, golongan miskin, golongan yang tidak mampu bekerjaya dan lain-lain.

6- Bertindak mendesak kerajaan mengembalikan sistem pemisahan kuasa antara eksekutif , legislatif dan kehakiman bagi menjamin integriti dan ketelusan dalam urus tadbir negara.

7- Bertindak untuk menggesa kerajaan supaya diwujudkan segera satu badan perunding ekonomi negara yang lebih inklusif, mewakili semua golongan rakyat dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak demi untuk menangani krisis ekonomi yang sedang berlaku.

Maka dengan ini, setelah menerima usul-usul dari akar umbi rakyat, mendengar secara langsung pandangan dari seluruh sektor masyarakat dan mengambilkira pandangan tokoh-tokoh masyarakat, Kongres Rakyat mengumumkan pembentukan satu Jawatankuasa Penggubal Pelan Tindakan Rakyat yang akan dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres, dan diuruskan oleh sekretariat. PELAN TINDAKAN ini akan dilancarkan pada 1 Muharam 1437 hijrah nanti.

Dihantar oleh: MuslimatPASPusat

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Friday, 11 September 2015

PAS KEHILANGAN SEORANG PEMIKIR POLITIK YANG HEBAT

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menerima dengan begitu sedih berita kembalinya ke rahmatuLlah mantan Pengarah PPP untuk sesi 2009 - 2011, Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. Beliau yang juga bekas Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah seorang pakar rujuk utama PPP dalam bidang sains politik.

Semasa beliau menjawat jawatan Pengarah PPP, beliau telah menggariskan satu halatuju politik penting bagi PAS, iaitu dengan memberi perhatian kepada negeri Kelantan sebagai pengkalan kekuatan PAS dan tidak mengabaikan undi pengundi-pengundi Melayu sebagai teras kestabilan politik Malaysia. Beliau juga banyak menulis artikel dan buku semasa menjawat jawatan Pengarah PPP tersebut.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PAS khususnya PPP. Saya percaya perasaan yang sama dirasai oleh ramai murid-murid beliau yang sebahagiannya menjadi ahli akademik dan ahli politik yang hebat dalam negara ini. PPP mengucapkan takziah kepada keluarga Haji Wan Abdul Rahman, dan mengucapkan terima kasih bagi pihak PAS atas sumbangan beliau selama ini.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

11 September 2015
27 Zulkaedah 1436
~Hijau

TENTATIF KONGRES RAKYAT

Program : KONGRES RAKYAT
Tarikh : 12 Sept 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am - 5.30 am

Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Bangunan SUK ) Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

๐Ÿ˜Š TENTATIF :
(tertakluk pada perubahan)

08.00 am - 09.00 am : Pendaftaran
09.05 am - 09.15 am : Bacaan Al Quran
09.20 am - 09.35 am : Ucapan alu-aluan Pengarah Sekretariat Kongres Rakyat

09.40 am - 10.20 am : Ucaptama oleh :
Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ( Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia )

10.25 am - 10.35 am : Rehat & Minum

10.40 am - 10.55 am :
Pembentangan Usul Rakyat oleh :
Pengerusi Kongres Rakyat
Tn Hj Azmi Abdul Hamid

๐Ÿ”ด SESSI PAGI

11.00 am - 01.00 pm : Perbahasan Usul oleh Tokoh undangan
i) Isu Integriti dan Sosial : Dato Seri Hj Zakaria bin Jaffar

ii) Isu Ekonomi : YM Raja Dato' Idris Raja Kamarudin.

iii) Isu Politik : Tan Sri Abdul Kadir Hj Sheikh Fadzir

iv) Isu Kebajikan: En Mohamad Faizal Che Yusof

v) Isu Perundangan : Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman

v)i Isu Agama : Dato Dr Harun Din

( masa perbahasan : 20 minit )

01.05 pm - 02.05 pm : Solat Berjamaah dan Makan.

๐ŸŒŽ SESSI PETANG

02.10 pm - 04.20 pm : Perbahasan Usul oleh Perwakilan (Sessi Petang)

01. Nelayan : Jamaludin Mohamad
02. Petani : Che Ani Mat Zain
03. Pekerja Kilang : Hj Mudtaza Mohd
04. Mahasiswa : Muna 'Adilla Che Rime
05. OKU : Omar Abdul Aziz
06. Seniman : Afdlin Shauqi
07. Hubungan Kaum : Ann Wan Seng
08. Sabah : En Nemrone bin Loveh
09. Sarawak : En Clement Bayang
10. Royalti : Nazri Deraman
11. Pesara : Dato' Ismail Hamzah
12. Wanita : Dr Safinar Salleh
13. Pendidikan : Tn Hj Rafiei Mustapha
14. Peneroka : Naraza Muda
15. Pengguna : M. Yusof Abd Rahman
16. Intelektual Muda : Wan Fayhsal

( masa perbahasan : 07 minit )

04.25 pm - 04.55 pm : Ucapan Penutup oleh :
Pengerusi Kongres Rakyat
Tn Hj Azmi bin Abdul Hamid

05.00 pm - 05.15 pm : Pengisytiharan Pelan Tindakan Rakyat
Oleh : Pengarah Sekretariat Kongres Rakyat

05.20 pm - 05.25 pm : Penyerahan Pelan Tindakan Rakyat
kepada Pengerusi Kongres Rakyat

05.30 pm : Solat Asar berjamaah dan Bersurai

Anjuran : Sekretariat Kongres Rakyat 2015.


Nasrudin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat

Dihantar oleh: ePenerangan

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

KENYATAAN MEDIABadan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS)

TUAN HAJI JOFRI JARAIEE DILANTIK SEBAGAI PESURUHJAYA PAS NEGERI SARAWAK YANG BAHARU

1. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah melantik Tuan Haji Jofri Jaraiee sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak yang baharu. Beliau menggantikan Almarhum Tuan Haji Adam Ahid yang meninggal dunia baru-baru ini.

2. Tuan Haji Jofri Jaraiee, berusia 50 tahun dan merupakan Ahli PAS sejak 1989, merupakan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri sejak penubuhannya pada tahun 2009 sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Sarawak, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 serta juga pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak sejak tahun 2011.

3. Beliau merupakan anak tempatan Sarawak berasal dari Miri dan berketurunan Melanau Baiee. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Berlatarbelakang pendidikan Pengurusan Pengangkutan dan Logistik, beliau kini berkhidmat sebagai Penyelia di sebuah syarikat minyak dan gas.

4. Tuan Haji Jofri Jaraiee ketika dimaklumkan tentang perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya, berharap agar seluruh Ahli PAS Sarawak akan bersatu fikiran dan gerak kerja dalam melaksanakan agenda jamaah serta terus beristiqamah berjuang Islam bersama PAS sehingga mencapai kemenangan.

5. Beliau juga memohon kerjasama dari semua pihak khususnya dalam memacu impian PAS Sarawak melahirkan ADUN Sulung dalam Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang. PAS Sarawak akan bertanding di sekurang-kurangnya 8 kerusi DUN yang telah dikenalpasti, in shaa Allah. PAS Sarawak juga akan terus komited dalam melaksanakan agenda negara berkebajikan melalui program-program dan projek-projek Untukmu Sarawak yang telah dan akan dilaksanakan.

6. Sempena 16 September minggu depan, PAS Sarawak juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-52 dengan harapan semoga tanahair yang disayangi akan terus sejahtera. Rakyat Sarawak diharap memberi sokongan serta peluang kepada PAS Sarawak dalam Pilihanraya akan datang ke arah membentuk sistem semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.

7. Semoga Tuan Haji Jofri Jaraiee diberikan taufik dan hidayah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Sama-sama membantu beliau menjayakan agenda siasah (politik), dakwah dan tarbiyah melalui wasilah PAS di negeri Sarawak tercinta.

"UNTUKMU SARAWAK"

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

Sekian, terima kasih.

Kenyataan Media dikeluarkan oleh:
Mukhtar Bin Suhaili
Setiausaha PAS Negeri Sarawak
Bertarikh: 11 September 2015

Dihantar oleh: ePenerangan

Langganilah https://telegram.me/PASMalaysiaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

PAS KEHILANGAN SEORANG PEMIKIR POLITIK YANG HEBAT

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menerima dengan begitu sedih berita kembalinya ke rahmatuLlah mantan Pengarah PPP untuk sesi 2009 - 2011, Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. Beliau yang juga bekas Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah seorang pakar rujuk utama PPP dalam bidang sains politik.

Semasa beliau menjawat jawatan Pengarah PPP, beliau telah menggariskan satu halatuju politik penting bagi PAS, iaitu dengan memberi perhatian kepada negeri Kelantan sebagai pengkalan kekuatan PAS dan tidak mengabaikan undi pengundi-pengundi Melayu sebagai teras kestabilan politik Malaysia. Beliau juga banyak menulis artikel dan buku semasa menjawat jawatan Pengarah PPP tersebut.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PAS khususnya PPP. Saya percaya perasaan yang sama dirasai oleh ramai murid-murid beliau yang sebahagiannya menjadi ahli akademik dan ahli politik yang hebat dalam negara ini. PPP mengucapkan takziah kepada keluarga Haji Wan Abdul Rahman, dan mengucapkan terima kasih bagi pihak PAS atas sumbangan beliau selama ini.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

11 September 2015
27 Zulkaedah 1436
~Hijau

Thursday, 10 September 2015

JATUH TALAK, TIDAK BOLEH TEBUS DENGAN KAFARAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

SEPANG: Takliq menjadi sah apabila perbuatan yang disandarkan ke atasnya dilanggari dan ia tidak boleh ditebus dengan membayar kafarah, demikian tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Jelas beliau, baiah dan takliq adalah dua perkara yang sepatutnya dibezakan di mana takliq bukannya baiah dan ia berdiri sendiri sebagai 'ta'liquttalaq'.

Terangnya, baiah adalah suatu perkara yang diterima umum, tetapi 'ta'liquttalaq' adalah satu tajuk khusus dalam bab nikah.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Pusat Dakwah Serantau di Kampung Labuhan Dagang, di sini 9 September.

"Adapun yang dipanggilkan dengan takliq itu dia hanya thabit dengan melafazkan talak (yang) dikaitkan atau digantungkan dengan sebarang gantungan. Yang diamalkan di Malaysia secara umum, takliqnya berhubung dengan pemberian nafkah, tinggal isteri begitu lama lebih daripada enam bulan atau menyakiti isteri.

"Itu takliq yang diamalkan seluruh Malaysia. Itu telah menjadi amalan yang begitu lama diterima pakai dan tidak ada masalah sebab ia adalah takliq. Takliq di Malaysia bukan sahaja yang dikenakan oleh pemerintah, seperti yang ada dalam surat nikah yang diberikan dengan takliq. Tapi suami boleh bertakliq dengan apa sahaja perkara.

"Misalnya dia tak bagi isterinya pergi ke rumah jiran, dia bertakliq, "Sekiranya kamu pergi ke rumah (jiran), maka tertolaklah kamu dengan satu talak". Jika thabit isteri telah pergi, maka memang talak itu jatuh," terang beliau.

Jelas Tuan Guru, demikian dalam masalah yang dikaitkan dengan baiah di mana di dalamnya itu terdapat lafaz takliq.

Maka katanya, takliq itu berdiri atas kakinya sendiri, iaitu sekiranya seseorang itu mengkhianati perjuangan, meninggalkan perjuangan, masuk ataupun pergi ke parti lain, maka tertolaklah isterinya dengan tiga talak.

Takliq itu tegasnya, sah kalau berlaku perbuatan yang dilanggarinya, maka jatuhlah talak isterinya dengan tiga talak.

"Itu tiada paksaan semasa hendak menyebutnya dahulu. Maka tidak ada paksaan, maka sahlah ia. Kalau paksaan pun, bukan sebarang paksaan yang dinamakan paksa. Paksaan bermakna "Ketakutan yang amat sangat terhadap agamanya atau nyawanya atau hartanya atau kehormatannya".

"Darurat syarat hanya menerima ketakutan yang amat sangat, takut yang sesungguh-sungguh takut, yang boleh menghilangkan nyawanya atau merosakkan agamanya, atau harta bendanya, atau kehormatannya, maka boleh dia melakukan perkara yang dilarang.

"Dalam kes bai'ah ini tidak ada paksaan, dalam kes mentalakkan isteri pun tidak ada paksaan. Semua menyebut dengan penuh rela yang tak pernah mereka ragui selama ini, tiba-tiba selepas mereka melanggarnya dengan meninggalkan perjuangan, baru timbul kata boleh selesaikan dengan membayar kafarah," ujarnya.

Tegas beliau, tidak ada kafarah dan tidak ada sebarang peruntukan dalam syarak bahawa orang yang melanggar janji boleh membayar kafarah.

Iaitulah jelas Tuan Guru, orang yang telah mentalakkan isterinya tebus dengan kafarah tidak pernah ada dalam hukum syarak, sedang kafarah dibayar dengan puasa selama sepuluh hari itu adalah kafarah yamin.

"Kafarah sumpah merdeka seorang hamba atau beri makan kepada sepuluh orang fakir miskin atau bagi pakaian kepada orang miskin atau puasa tiga hari. Tapi mereka berpuasa sepuluh hari itu puasa apa? Ok, apapun takliq talak tidak boleh ditebuskan dengan namanya kafarah.

"Kalaulah boleh takliq talak itu dibayar dengan kafarah, iaitu puasa tiga hari, maka saya yakin seluruh rakyat Malaysia yang telah mentalakkan isteri dia dalam takliq talak lepas perkahwinan semua nak bayar kafarah kerana tak mahu isteri berada dalam keadaan tergantung-gantung talak.

"Tak boleh buatlah, moga orang tidak buat, maka yang ini pun tidak buat. Kalau kita faham demikian, maka masing-masing tanya dirinya akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT. Maka Allah Taala akan tentukan apa yang telah berlaku itu sama ada betul ke tidak apa yang mereka lakukan ataupun mereka menanggung dosa yang besar," tegurnya.
~Hijau

MELAYU-ISLAMMASIH DIJAJAH

SUBKY LATIF

MERDEKA yang diproklamir pada 31 Ogos 1957 belum lagi memerdekakan umat Melayu daripada penjajahan asing kerana merdeka itu bagi Islam ialah kemerdekaan aqidah.
     
Ia disetujui oleh semua panelis dalam forum mengenai kemerdekaan anjuran PAS Kawasan Rantau Panjang, Kelantan malam 31 Ogos lalu.
     
Kemerdekaan Sehati Sejiwa yang baru disambut itu dikira PAS sejak mula adalah kemerdekaan separuh masak. Datuk Onn Jaafar menolak kemerdekaan itu kerana ia tidak menjamin kedaulatan dan masa depan Melayu. Tetapi PAS mengiranya separuh masak justeru ia tidak memberikan kemerdekaan aqidah. Dua panelis lagi Datuk Wan Yahya Wan Saleh dan Prof. Abdullah Sudin bersetuju.
     
Saya merumuskan kemerdekaan bagi PAS yang disarankan sejak Dr. Burhanuddin al-Helmy (Gambar) memimpin parti itu kira-kira atas tiga matlamat. Kemerdekaan aqidah, kemerdekaan negara dan umat, dan kemerdekaan berdemokrasi.
     
Kemerdekaan aqidah itu adalah hak semula jadi yang dibawa ke bumi oleh manusia pertama Nabi Adam a.s. sekitar seribu tahun kemerdekaan aqidah terlaksana hinggalah dibangkitkan Nabi Nuh untuk memerdekakan semula. Kemerdekaan aqidah itu hanya dapat dicapai semula dengan landasan banjir besar yang memusnahkan penjajahan syirik dengan mematikan sekalian musyrikin.
      
Demikianlah bertukar ganti penjajahan syirik dengan kemerdekaan aqidah yang dibawa oleh para nabi dan rasul.
     
Menjelang kelahiran nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW, dunia berada di bawah cengkaman penjajahan jahiliyah. Baginda lahir di tengah keluarga jahiliyah. Setelah diangkat menjadi Rasul baginda berjuang 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah baru kemerdekaan aqidah ditegak semula dengan pembentukan negara Islam di Madinah dan membebaskan Mekah tanpa menumpah darah. Berikutnya Semenanjung Arab, utara Afrika, selatan Eropah dimerdekakan satu demi satu.
       
Alam Melayu terus menerus berada dalam penjajahan jahiliyah Hindu dan Buddha hinggalah Raja Merah Silu di Aceh membebaskan dirinya dari jahiliyah Hindu menjadikan dirinya Sultan Malikussalih dengan menegakkan pemerintahan Islam di Acheh dan Sumatera.
      
Tahun 1409 Raja Melaka pula Parameswara memerdekakan Melaka daripada penjajahan Hindu menegakkan negara aqidah, dalam waku yang singkat kemerdekaan aqidah tertegak di seluruh semenanjung hingga ke Patani dan seluuh  nusantara.
     
Itulah pertama kali dan itulah sekali umat Melayu menikmati kemerekaan aqidah. Bukan saja rakyat beramal dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul, wilayah ditadbir dengan aturan dan perundangan Islam.
      
Daulah Islamiyyah itu bertahan selama satu kurun. Kedatangan penjajahan feringghi tahun 1511 di Melaka, diikuti kedatangan penjajahan Belanda dan Inggeris, kemerdekaan aqidah, negara dan umat telah dirampas hingga aqidah hanya jadi panduan nikah, cerai dan mati saja.
     
Para ulama bangkit sejak awal kedatangan penjajah untuk mencapai semua kemerdekaan aqidah, wilayah dan umat hingga hari ini belum tercapai.
    
Inggeris terbelenggu dengan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mesti memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya. Ia memujuk Umno bersetuju menerima kemerdekaan separuh politik atau separuh masak, tetapi kemerdekaan itu tidak termasuk kemerdekaan aqidah.
     
Selepas 58 tahun merdeka bukan saja kemerdekaan aqidah tidak dapat dapat dicapai, bahkan tidak dibenarkan. Kelantan yang sepenuhnya Islam telah menyediakan pelan pelaksanaan pentadbiran perundangan Islam, tetapi tidak dibenarkan.
     
Hanya sekurun dalam tempoh enam kurun dulu Melayu-Islam merasa menikmati kemerdekaan aqidah. Entah bila pula ia dapat ditegakkan semula buat kali kedua. – HARAKAHDAILY 9/9/2015
~Hijau

PAS SELANGOR LARANG AHLI SERTAI HIMPUNAN BAJU MERAH

HARAKAHDAILY | 10 September 2015.

KUALA LUMPUR: PAS Selangor melarang mana-mana ahlinya dari hadir atau terlibat dengan Himpunan Baju Merah yang dijadualkan di ibu negara pada 16 September ini.

"Kita menentang sebarang himpunan berbau perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan kaum," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman kepada Harakahdaily.

Tegasnya, ahli PAS di Selangor adalah dilarang untuk hadir atau terlibat dengan apa cara sekalipun.

"Kita tidak bersetuju dan tidak berkompromi dalam hal perkauman kerana asas perjuangan PAS bukan perkauman," ujarnya yangb juga Adun Paya Jaras.

Sehubungan itu, PAS negeri meminta agar pasukan keselamatan memantau Himpunan Baju Merah, sebagaimana mereka memantau himpunan Bersih dahulu.

Beliau berkata, sebarang bentuk perhimpunan perkauman harus dibanteras dengan segera. - HARAKAHDAILY 10/9/2015

Dihantar oleh: Admin

Langganilah https://telegram.me/DPPMbot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Tuesday, 8 September 2015

Melayu perlu ambil kira kaum lain - Presiden PAS


KAM | 08 September 2015.


KUALA TERENGGANU: PAS sentiasa konsisten dengan dasar perjuangan dan menegaskan hanya dengan Islam boleh menyatukan Melayu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan penyatuan Melayu mestilah dengan Islam agar kaum lain tidak terabai dalam masyarakat majmuk.

"Pertama, yang menyatukan Melayu mestilah dengan Islam. Kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain. Jangan abaikan kaum lain kerana kaum lain juga adalah mangsa penjajahan.

"Perang dunia pertama dan kedua, barang kali lebih 60 peratus anak jajahan menjadi mangsa korban perang dunia. Penjajah selamat dan yang matinya kita, ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-13 berhenti rehat, hari ini.

Dengan sebab itu, ujar beliau memang tidak dinafikan majoriti rakyat adalah Melayu Islam.

"Dalam masa yang kaum lain adalah sahabat kita dalam masyarkat majmuk," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya jika berlaku perpecahan semua kaum boleh menjadi lemah sama ada Melayu, Cina dan India.

"Berpecah semua lemah, Cina pun lemah, lndia pun lemah jika berpecah. Apa yang pentingnya, yang menyatukan Melayu ialah Islam dan bukan semangat kebangsaan," tegasnya. - HARAKAHDAILY 8/9/2015

Dihantar oleh: jitpns

Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

PAS tidak sertai Himpunan Rakyat Bersatu

HARAKAHDAILY | 08 September 2015.

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan tidak menyertai atau mengerahkan ahli dan penyokongnya menyertai Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini.

Dengan ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan, hari ini.

PAS tidak sertai Himpunan Rakyat Bersatu
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/37273-pas-tidak-sertai-himpunan-rakyat-bersatu

Dihantar oleh: jitpns

Langganilah https://telegram.me/PASSabahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Kongres Rakyat: Penyertaan sangat baik daripada NGO

SALMIYAH HARUN | 07 September 2015.

KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat yang dijadualkan akan berlangsung pada 12 September ini menerima penyertaan yang sangat baik daripada kalangan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid sehingga kini sebanyak 200 NGO yang menyatakan kesediaan untuk menyertai kongres itu nanti.

"Seramai 1,500 pemerhati dan 1,500 perwakilan yang akan menyertai kongres ini," katanya dalam sidang media di MyHarakah Bazaar, petang ini.

Katanya, pihak urusetia telah menerima 28 usul yang meliputi perundangan, ekonomi, integrasi nasional, jati diri, keselamatan, pendidikan dan sosial daripada pelbagai pihak melalui 'online'.

"Pihak kami akan memberi ruang hingga Rabu ini untuk menapis dan menyusun usul-usul ini," katanya.

Beliau percaya Kongres Rakyat ini akan menghasilkan usul yang bernas daripada suara rakyat sendiri.

Jelasnya, usul yang dikemukakan ini akan dirumuskan dan dipanjangkan kepada menteri dan jemaah menteri atau Majlis Raja-raja Melayu untuk perhatian dan tindakan.

Sementara itu, katanya seramai enam panelis dalam pelbagai bidang yang akan diketengahkan sebagai pembicara dan pengupas isu.

Misalnya, bekas Timbalan Pengarah SPRM Datuk Seri Zakaria Jaafar akan membincangkan soal integriti sosial, soal ekonomi akan dikupas oleh Presiden Dewan Perniagaan Islam Tan Sri Ali Hashim manakala soal politik akan dikupas oleh Presiden Ikatan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

Dan beberapa lagi tokoh PAS yang akan dijemput iatu Musyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang akan mengupas soal agama dan pendidikan.

Tambah Azmi, seramai 18 wakil daripada NGO akan diberi ruang untuk berucap pada kongres itu nanti. - HARAKAHDAILY 7/9/2015

Dihantar oleh: KongresRakyat

Langganilah https://telegram.me/KongresRakyatBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.
~Hijau

Sunday, 6 September 2015

Allah Maha Bijaksana memandu istiqamah

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

ูˆَุฅِู†ْ ุฌَู†َุญُูˆุง ู„ِู„ุณَّู„ْู…ِ ูَุงุฌْู†َุญْ ู„َู‡َุง ูˆَุชَูˆَูƒَّู„ْ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฅِู†َّู‡ُ ู‡ُูˆَ ุงู„ุณَّู…ِูŠุนُ ุงู„ْุนَู„ِูŠู…ُ * ูˆَุฅِู†ْ ูŠُุฑِูŠุฏُูˆุง ุฃَู†ْ ูŠَุฎْุฏَุนُูˆูƒَ ูَุฅِู†َّ ุญَุณْุจَูƒَ ุงู„ู„َّู‡ُ ู‡ُูˆَ ุงู„َّุฐِูŠ ุฃَูŠَّุฏَูƒَ ุจِู†َุตْุฑِู‡ِ ูˆَุจِุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ * ูˆَุฃَู„َّูَ ุจَูŠْู†َ ู‚ُู„ُูˆุจِู‡ِู…ْ ู„َูˆْ ุฃَู†ْูَู‚ْุชَ ู…َุง ูِูŠ ุงู„ْุฃَุฑْุถِ ุฌَู…ِูŠุนًุง ู…َุง ุฃَู„َّูْุชَ ุจَูŠْู†َ ู‚ُู„ُูˆุจِู‡ِู…ْ ูˆَู„َูƒِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุฃَู„َّูَ ุจَูŠْู†َู‡ُู…ْ ุฅِู†َّู‡ُ ุนَุฒِูŠุฒٌ ุญَูƒِูŠู…ٌ

"Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)." (Surah Al-Anfal, ayat 61-63)

Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara. Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan:

[a] Thawabit

(Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)

- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

[b] Mutaghayyirat

(menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)

- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.

Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Makkah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat Arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya bai'ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid. Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu. Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh. Para sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.

Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman di kalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga.

Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi di sebalik badan untanya, tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada Istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran:

ู„َู‚َุฏْ ุตَุฏَู‚َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุฑَุณُูˆู„َู‡ُ ุงู„ุฑُّุคْูŠَุง ุจِุงู„ْุญَู‚ِّ ู„َุชَุฏْุฎُู„ُู†َّ ุงู„ْู…َุณْุฌِุฏَ ุงู„ْุญَุฑَุงู…َ ุฅِู†ْ ุดَุงุกَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุขู…ِู†ِูŠู†َ

Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Makkah) Insyallah dalam keadaan aman." (Surah Al-Fath, ayat 27)

Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafiq terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya. Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.

Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Makkah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya. Adapun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan:

[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis "ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…"dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah "ุจุงุณู…ูƒ ุงู„ู„ู‡ู…".

[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke Makkah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Makkah.

[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Makkah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan pada tahun hadapan.

Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Makkah).

Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi. Menolak sangkaan golongan munafiq dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam.

Firman Allah:

ุจَุดِّุฑِ ุงู„ْู…ُู†َุงูِู‚ِูŠู†َ ุจِุฃَู†َّ ู„َู‡ُู…ْ ุนَุฐَุงุจًุง ุฃَู„ِูŠู…ًุง * ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุชَّุฎِุฐُูˆู†َ ุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ ุฃَูˆْู„ِูŠَุงุกَ ู…ِู†ْ ุฏُูˆู†ِ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ุฃَูŠَุจْุชَุบُูˆู†َ ุนِู†ْุฏَู‡ُู…ُ ุงู„ْุนِุฒَّุฉَ ูَุฅِู†َّ ุงู„ْุนِุฒَّุฉَ ู„ِู„َّู‡ِ ุฌَู…ِูŠุนًุง

"Berilah berita galakkan kepada orang-orang munafiq, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah." (Surah An-Nisa', ayat 138-139)

Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat. Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan pada masa lemah menendang kawan pada masa kuat.

PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya.

Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai Kerajaan Campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain. Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang. Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan di atas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjungan.

Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir. Parti semangat 46 sudah mati semangatnya.

Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat. Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika, hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam. Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang menjadi mata rantai DAP.

Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri. Tidak lagi suara menghina dan mengejek saperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempoh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempohnya.

Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah. Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan diambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya.

Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.

Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam pada masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani membuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hamban-Nya yang beriman dengan ikhlas.

Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam. Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar.

Firman Allah SWT:

ุฃَู†ْุฒَู„َ ู…ِู†َ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ู…َุงุกً ูَุณَุงู„َุชْ ุฃَูˆْุฏِูŠَุฉٌ ุจِู‚َุฏَุฑِู‡َุง ูَุงุญْุชَู…َู„َ ุงู„ุณَّูŠْู„ُ ุฒَุจَุฏًุง ุฑَุงุจِูŠًุง ูˆَู…ِู…َّุง ูŠُูˆู‚ِุฏُูˆู†َ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูِูŠ ุงู„ู†َّุงุฑِ ุงุจْุชِุบَุงุกَ ุญِู„ْูŠَุฉٍ ุฃَูˆْ ู…َุชَุงุนٍ ุฒَุจَุฏٌ ู…ِุซْู„ُู‡ُ ูƒَุฐَู„ِูƒَ ูŠَุถْุฑِุจُ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„ْุญَู‚َّ ูˆَุงู„ْุจَุงุทِู„َ ูَุฃَู…َّุง ุงู„ุฒَّุจَุฏُ ูَูŠَุฐْู‡َุจُ ุฌُูَุงุกً ูˆَุฃَู…َّุง ู…َุง ูŠَู†ْูَุนُ ุงู„ู†َّุงุณَ ูَูŠَู…ْูƒُุซُ ูِูŠ ุงู„ْุฃَุฑْุถِ ูƒَุฐَู„ِูƒَ ูŠَุถْุฑِุจُ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„ْุฃَู…ْุซَุงู„َ

"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)."

Sabda Rasulullah SAW:

ูˆَุงู„ู„ู‡ِ ู„َูŠُุชِู…َّู†َّ ุงู„ู„ู‡ ู‡َุฐَุง ุงู„ุฃَู…ْุฑ ุญَุชَّู‰ ูŠَุณูŠุฑَ ุงู„ุฑَّุงูƒุจُ ู…ِู†ْ ุตَู†ْุนَุงุกَ ุฅِู„َู‰ ุญَุถْุฑَู…ูˆุชَ ู„ุงَ ูŠَุฎَุงูُ ุฅู„ุงَّ ุงู„ู„ู‡َ ูˆุงู„ุฐِّุฆْุจ ุนَู„َู‰ ุบَู†َู…ِู‡ِ ، ูˆู„ูƒู†ูƒู… ุชَุณْุชَุนุฌِู„ُูˆู†َ

"Demi Allah ! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa istiqamah)."

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

Presiden PAS
23 Zulkaedah 1436H / 07 September 2015M
- HARAKAHDAILY 7/9/2015

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/37239-allah-maha-bijaksana-memandu-istiqamah
~Hijau
~Hijau