KHAIRIL ABDUL RAHIM | 14 Ogos 2014.

Wakilnya, Andansura Rabu berkata lebih mengecewakan lagi surat permohonan untuk menyewanya yang dihantar sejak lebih sebulan lalu itu tidak diberi jawapan rasmi penolakan tetapi cuma dijawab secara lisan.
Katanya lokasi tersebut ialah padang awam Kubang Gajah dan Dataran Temerloh, akibatnya program pada 16 Ogos itu dengan pelbagai acara yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang dipindahkan ke padang awam Taman Temerloh Jaya.
"Kami rasa sikap tidak profesional MPT itu sunggup tidak patut. Selain mengecewakan kami ia turut menyusahkan orang ramai selaku pembayar cukai.
"Berdasarkan objektif untuk meraikan sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia sepatutnya tempat-tempat awam ini boleh diberikan kelulusan tempat yang kami mohon ini.
"Kedua-dua lokasi strategik yang kami mohon itu pertamanya memudahkan orang ramai untuk hadir, kedua kawasannya luas dan yang ketiga ada prasarana lengkap untuk orang awam," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabat PAS Pahang, sempena pelancaran sambutan anjuran PAS Pusat itu dan jamuan Aidilftri Pejabat PAS Pahang semalam.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Pengarah sambutan Md Jusoh Darus, Bendahari Musaniff Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Hasenan Haron.
Andansura berkata, mana-mana parti politik serta orang ramai berhak untuk sama-sama meraikan hari bersejarah itu kerana monopoli parti politik pemerintah sahaja.
"Untuk himpunan ini kita ikut saluran dan peraturan termasuk memaklumkan kepada pihak polis. Kita tidak ada masalah, jika pihak berkuasa tempatan itu ada masalah dengan kita sepatutnya dinyatakan kehendak dia dan kita akan penuhi.
"Tapi mereka tidak luluskan dengan alasan tidak munasabah secara lisan dan bersikap langsung tidak profesional," katanya.
Sementara itu, semua wakil rakyat PAS Pahang iaitu Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan, Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Andansura sendiri akan membuat pameran setahun wakil rakyat PAS dalam program sambutan tersebut. - HARAKAHDAILY 14/8/2014
No comments:
Post a Comment