Thursday, 17 July 2014

Tragedi MH17: PAS Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan




KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengucapkan takziah berhubung tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Rusia-Ukraine semalam.

 

Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, peristiwa membabitkan MH17 itu merupakan satu peristiwa yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

 

"Satu peristiwa yang mengejutkan dan menyedihkan kita di waktu kehilangan MH370 yang masih menjadi tanda tanya dan masih belum ada kepastian di hujungnya.

 

"Sekali lagi negara di landa peristiwa malang iaitu terhempasnya pesawat MH17, cukup memilukan bukan hanya sahaja melibatkan rakyat Malaysia tetapi turut melibatkan warga asing

 

"Kami dari PAS meluahkan takziah serta rasa simpati dan sedih atas peristiwa malang ini terutamanya kepada keluarga yang terlibat, kami berharap mereka bersabar menempuh dugaan ini," jelasnya.

 

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut meminta agar kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengenal pasti adakah terhempasnya pesawat tersebut akibat daripada tembakan atau sebaliknya.

 

"Dan saya percaya bahawa kalau ini yang berlaku dan tembakan itu adalah daripada Kerajaan Ukraine ataupun pemberontak ia tidak wajar kerana ia merupakan laluan awam.

 

"Dan ini tidak dapat menggambarkan bagaimana adab sesebuah kerajaan itu apabila serangan yang berlaku apabila ia melibatkan laluan awam dan orang awam.

 

"Serta akhlak peperangan ini sangat ditentang Islam yang meminta supaya menjaga kepentingan seluruh manusia," sambung beliau.

 

Beliau turut menggesa semua pihak tampil ke hadapan dan PAS bersedia untuk bekerjasaman dengan kerajaan dalam menyediakan pakar-pakar yang ada di dalam PAS bagi membantu kerajaan berhadapan peristiwa tersebut. 

No comments:

Post a Comment