Thursday, 17 July 2014

TOK GURU PEMIMPIN UMMAH SEJAGAT


Pagi ini tersebar dilaman sosial serta sms yang mengatakan bahawa Tok Guru Hj Nik Aziz meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Sejak daripada semalam SMS yang mengatakan beliau kritikal dan tadi telah meninggal menjadi bahan cakap pagi ini. Tok Guru ada keluarga jadi kena tanya keluarga dia dan berita tentangnya sudah sekian lama dilaporkan secara pantas, tiba-tiba datang sumber yang tidak berasas terus dipercayai, ini tidak betul.

 

Islam melarang keras menyebarkan hal peribadi seseorang yang belum ada kepastian dan ia termasuk dalam perkara fitnah yang boleh membawa dosa. Pemberitaan mesti tepat dan benar, walau terhadap musuh atau orang yang tidak disenangi. Kecanggihan dunia hari ini dan semangat suka berlumba-lumba dalam melaporkan sesuatu kadang-kadang menjadi musibah dalam masyarakat.

 

Sebelum zohor kelmarin, saya menziarahi Tok Guru di HUSM, soalan pertama Tok Guru kepada saya ialah tentang macamana pergolakan yang berlaku di Gaza dan bukannya diceritakan perihal keuzuran diri dia. Sikap Murabbi ummah ini yang sentiasa mementingkan orang lain menjadi darah dagingnya. Pemikirannya tertumpu kepada masalah masyarakat tempatan dan dunia. Inilah Tokguru! Tiada yang boleh menandinginya dalam hal ini.

 

Sama-sama kita doakan Tok Guru sentiasa sihat dan dapat memberi idea membangunkan ummah sepanjang waktu.

 

Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob
Pesuruhjaya PAS Kelantan
20 Ramadhan 1435

 

No comments:

Post a Comment