Thursday, 17 July 2014

TG Nik Aziz Sihat, Masih Dirawat - YB Ustaz Nik Abduh


KUALA LUMPUR: Keadaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sihat, bagaimanapun masih menerima rawatan berkala seperti biasa.

 

Sejak awal pagi tadi, mesej mendakwa kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia tersebar di internet termasuk menggunakan aplikasi Whatsapp.

 

Nama Harakah turut dikaitkan dengan penyebaran mesej palsu itu.

 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut menafikan mesej palsu itu dengan berkata keadaan bapanya sihat dan meminta orang ramai mendoakan Lailatulqadar buat Tuan Guru.

 

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #Lailatul Qadr untuknya dan kita semua," tulis Nik Mohamad Abduh di akaun Twitternya.

 

Mesej palsu ini hadir selepas Malaysia menerima berita mengejutkan berkaitan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine lewat malam tadi.

No comments:

Post a comment