Serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza disambut baik oleh para penyokong Abdul Fatah As-Sisi. Ini kerana mereka berpandangan sebaliknya kerana termakan propaganda media-media jahat yang mendakwa HAMAS merupakan antara kumpulan pengganas dunia dan kewujudan HAMAS di Gaza yang merupakan jiran Mesir telah mengancam keselamatan negara Mesir.
1) HAMAS didakwa menggunakan terowong-terowong yang menghubungkan antara Gaza-Rafah untuk menyeludup senjata-senjata api untuk dibekalkan kepada Ikhwan Muslimin di Mesir. Maka sebab itu penyokong As-Sisi sedikitpun tidak dukacita apabila tentera Mesir melakukan operasi memusnahkan terowong-terowong tersebut.
2) HAMAS didakwa mencampuri urusan politik dalaman negara Mesir tatkala Presiden Morsi cuba digulingkan. Kudeta mendakwa anasir-anasir HAMAS dan Hizbullah wujud bersama-sama penyokong Morsi berkampung di dataran Rabaah sebelum ini.
3) HAMAS didakwa membantu Ikhwan Muslimin terutama membekalkan senjata untuk mempertahankan Presiden Morsi.
4) Antara keputusan pertama kudeta sebaik sahaja rampasan kuasa 3 Julai ialah melarang pemimpin HAMAS melawat Mesir dan menutup pintu sempadan Rafah-Gaza.
5) Tulisan Penolong Ketua Editor akhbar "Al-Ahram" minggu lalu yang ditujukan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meminta "Hapuskan HAMAS daripada kami".

No comments:
Post a Comment