Tuesday 8 July 2014

RM 30 Juta Bunga Api Setahun, Cukup Untuk Gelandangan.

Photo: Kenyataan Media  KABINET BARU : TAMBAH BELANJA MENGURUS, BUKTI NAJIB GAGAL    (1) Pengumuman perlantikan tiga Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru dari MCA dan GERAKAN semalam oleh YAB Perdana Menteri menjadikan Kabinet Malaysia kini diperbesar menjadi 62 orang anggota dengan 35 Menteri dan 27 Timbalan Menteri.    (2) Berikutan itu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini bertambah kepada 10 orang berbanding hanya 8 orang sebelum daripada ini dan secara purata tidak pernah mencecah angka 8 pada zaman Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir Mohamed.    (3) Implikasi langsung pertambahan ini ialah bertambahnya belanja mengurus negara sebanyak RM166,563 sebulan dan jumlah keseluruhan bagi manggaji anggota kabinet mencecah hampir RM10 juta sebulan. Duit bagi menggaji kesemua anggota kabinet ini pasti sekali dari poket rakyat.    (4) Keanggotaan JPM dengan 10 Menteri dan seorang Timbalan Menteri membuktikan ketidakupayaan DS Najib untuk berperanan secara efektif sebagai PM dan tidak fokus menjalankan tugasnya.     (5) Lebih mengecewakan, perlantikan 2 Menteri di JPM dibuat terlebih dahulu tanpa ada portfolio khusus yang ditentukan. Jawapan "...akan diumumkan kemudian" oleh PM semalam memperlihatkan bahawa perlantikan yang baru dibuat itu bukan atas faktor keperluan dan kelayakan. Ia hanya sebagai menunaikan janji politik.     (6) Sepatutnya, susun atur semula kabinet ketika ini perlu dibuat secara menyeluruh mengambil kira saiz kabinet yang sepadan dengan perbelanjaan negara dan keperluan semasa serta prestasi Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada termasuk PM dan TPM sendiri.     (7) Jika tidak, perubahan kabinet itu tidak akan memberi apa-apa kesan positif terhadap urus tadbir negara dan semakin menambah beban masalah dan kewangan kepada negara dan rakyat.    MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI  Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia    Tarikh : 26 Jun 2014

(1) Tanggungjawab bagi orang yang berkemampuan terhadap orang yang meminta adalah menunaikan hajatnya. Soal dia menipu atau didalangi sindiket ialah satu lain yang perlu diteliti dan dikaji secara menyeluruh.

(2) Adapun sekiranya secara zahir sesorang itu berhajat kepada bantuan dan pertolongan kita, maka berkewajipan pula ke atas kita untuk membantu mereka. Allah pasti akan mengganjarkan dengan pahala yang banyak kepada si pemberi dan tidak akan melepaskan hukuman kepada si penerima sekiranya mereka menipu.

(3) Dianggarkan terdapat 2000 gelandangan disekitar Kuala Lumpur. Ada diantara mereka memang mengemis sepenuh masa dan ada diantara mereka yang berkerja dan hanya berada di gelandangan pada waktu berkerja. Apakah angka 2000 ini untuk dijaga oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Wilayah,DBKL,Majlis Agama Wilayah,Pusat Zakat Wilayah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sesuatu yang besar bebannya?

(4) Ku Nan silap apabila mengemukakan arahan untuk mengenakan tindakan ke atas pemberi sedekah. Silap dari sudut ajaran agama yang menjadi "rahmat untuk sekalian alam" dan silap juga dari sudut semangat moral yang menekankan prinsip saling bantu-membantu dan bersikap simpati serta empati terhadap kesusahan orang lain.

(4) Sepatutnya ialah, Ku Nan arahkan supaya agensi agensi kerajaan berkaitan membantu dan menyelesaikan keperluan mereka. Apakah bantuan sara hidup, bantuan makanan, bantuan pakaian dan bantuan tempat tinggal sesuatu yang besar dan diluar kemampuan Kerajaan yang terkenal dengan belanja mewah dan membazir?

(5) Andai kerajaan masih belum mendapat idea penyelesaian kepada masalah gelandangan ini, saya ingin mencadangkan kerajaan membatalkan peruntukan kewangan ke atas perbelanjaan yang membazir seperti perbelanjaan untuk menanggung kos bunga api sempena sambutan tahun baru dan sambutan kemerdekaan setiap tahun.

(6) Setiap tahun DBKL membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk setiap tembakan bunga api ketika Sambutan Kemerdekaan dan Tahun Baru. Sekiranya dimanfaatkan untuk membantu para gelandangan, ia dapat digunakan untuk mengalihkan 2000 gelandangan ini ke pusat perlindungan tanggungan dibawah DBKL yang selesa. Ia juga boleh digunakan untuk membina lebih 300 buah rumah kos rendah dengan harga RM40,000 sebuah beserta dengan bantuan keperluan asas untuk suatu tempoh yang cukup untuk mereka memulakan kehidupan baru.

(7) Malangnya, Ku Nan lebih sayangkan imej Kuala Lumpur dan hanya memandang para gelandangan ini sebagai sampah yang perlu dibersihkan. Letupan bunga api yang membakar wang rakyat diadakan saban tahun dan langsung tidak memberi faedah kepada rakyat memerlukan.

(7) Islam mengajar kita bahawa orang yang susah perlu dibela dan dibantu. Inilah tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh Kerajaan. Bukannya menjalankan polisi sekadar ingin mencari sumber baru bagi menambah dana Kerajaan walaupun dengan cara "rompak" wang rakyat. Saya juga ingin berpesan, sekiranya kerajaan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka, jangan disekat NGO yang memainkan peranan membantu golongan gelandangan ini.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

Tarikh : 7 JULAI 2014.

No comments:

Post a Comment