Sunday 13 July 2014

Projek “UntukMu Sarawak” Khas Untuk Rakyat Sarawak

Sempena bulan Ramadhan ini, PAS Miri telah menyampaikan bantuan kebajikan kepada golongan miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, mereka yang kurang berkemampuan di sekitar Miri dan kawasan Lambir.

 

Sebanyak lebih dari 300 bungkusan bekalan makanan harian telah disumbangkan kepada penduduk Miri bermula dari Kuala Baram sehingga ke Tukau telah disampaikan kepada penduduk berkenaan. Program ini telah mula disampaikan kepada orang ramai dari minggu pertama Ramadhan sehingga kini.

 

Dengan adanya bantuan ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan penduduk yang memerlukan keperluan harian untuk menyambut perayaan Hari Raya Eidul Fitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

 

Disamping itu, bantuan seperti menukar atap dan lain-lain keperluan dalam projek 'UntukMu Sarawak' juga sangat mengalakkan. Ramai rakyat yang kurang berkemampuan mendapat manfaat dari projek ini.

 

Walaupun PAS bukan parti pemerintah tetapi dengan kerjasama mereka yang perihatin akan masalah penduduk Sarawak yang miskin sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan rakyat tersebut.

 

Projek-projek infrastruktur asas yang bersekala kecil ini berjalan di seluruh Sarawak, antara lain projek yang telah berjaya disiapkan ialah pembinaan jambatan, laluan pejalan kaki, surau, kemudahan air dan banyak lagi projek-projek bersekala kecil yang masih dalam pembinaan serta bakal dibina.

 

Program PAS bersama rakyat akan terus diadakan sepanjang masa tanpa memilih waktu demi untuk kebajikan rakyat Sarawak. Kita amat mengalu-alukan sumbangan tenaga, wang ringgit dan idea dari kalangan rakyat Sarawak yang prihatin bagi sama-sama menjayakan projek rakyat untuk rakyat.

 

Setiap sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank 5611 1805 4521 (Tabung UntukMu Sarawak) No Telefon: +6013 310 1577 (Zulfikar) atau +6013390529 (Zharuddin Narudin)

 

Dana yang disumbangkan oleh orang ramai akan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. Kerjasama dengan semua pihak yang perihatin dengan projek 'UntukMu Sarawak' amat dihargai.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari website dibawah.

 

http://untukmusarawak.com/

 

Jofri Jaraiee

PAS Sarawak

No comments:

Post a Comment