PERUTUSAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 26 JULAI 2014:
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera.
Selaku Timbalan hal Ehwal Pengguna merangkap Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat Malaysia,saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Pengguna Malaysia peringkat kebangsaan dengan tema "Pengguna Berhemah ,Peniaga Beretika ,Negara Sejahtera'.
Semoga sambutan yang jatuh pada Bulan Ramadhan1435H, di saat Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari sebelum menjelang AidilFitri, saya amat mengharapkan agar semua pengguna akan berbelanja dengan penuh berhemah sepanjang bulan Ramadhan dan AidilFitri..Elakkan dari boros berbelanja yang akhirnya akan mengundang pembaziran berterusan yang akhirnya mengundang kemurkaan ALLAH SWT..
Mutaakhir ini ,rakyat Malaysia khususnya Ummat Islam dilanda keresahan berkaitan isu kepenggunaan khususnya status halal dalam pengeluaran produk..Antaranya ialah isu coklat Cadbury, Bihun ,bebola daging ,tawaran buffet Ramadhan untuk berbuka yang mana hotel tersebut tiada sijil status halal, amat mendukacitan.Isu dan polemik ini yang mengundang keersahan pengguna ini menuntut agar rakyat Malaysia menjadi pengguna yang bijak dan bermaklumat dalam berbelanja untuk keperluan keluarga khususnya kaum ibu di rumah..-
Dalam masa yang sama, menuntut pihak kerajaan serius menangani isu ini secara konsisten dan bersistematik agar ianya tidak akan berulang kembali.
Selaku Presiden NGO Suara Pengguna Malaysia juga ,saya menyeru agar semua pengguna bijak dalam menentukan kuasa beli mereka demi kesejahteraan keluarga dan negara.Ingatlah bahawa ,Pengguna adalah 'Raja' dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah perniagaan . Sesungguhnya ,"Keyakinan Pengguna Tidak Boleh Dipaksa"..Jika pengguna bersatu hati untuk bangkit dan berdiri teguh atas nama prinsip perjuangan untuk mempertahankan hak mereka sebagai pengguna ,maka sehebat mana pun organisasi syarikat tersebut , maka ia akan jatuh tersungkur menyembah bumi.
Kita menyambut Hari Penguna Malaysia dalam suasana rakyat Malaysia berdukacita berikutan Tragedi MH 370 , diikuti dengan penerbangan MAS MH 17 yang ditembak jatuh .Juga dalam masa yang sama bumi Gaza,Palestin bermandi darah akibat keganasan puak zionis Israel yang menyerang rakyat ,anak kecil,serta bayi yang tidak berdosa, cukup menyayat hati di saat kita menghadapi bulan Ramadhan dan AidilFitri..Sudah pasti saya mengharapkan agar AidilFitri kali ini disambut dengan cukup sederhana dan sekadarnya tanda solidariti kita terhadap apa yang menimpa rakyat Malaysia kali ini..Justeru , mewakili Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat , kami ingin menyeru agar kita terus bersama dalam merakyatkan isu kepenggunaan melalui amalan berjimat cermat , menjadi pengguna bermaklumat dan prihatin terhadap sensitiviti keperluan produk halal untuk keperluan kita sebagai pengguna.Kami optimis dan percaya , gerakan kesedaran kepenggunaan ini perlu diperjuangkan secara kolektif dan bersepadu demi keharmonian rakyat Malaysia.
Hanya dengan cara inilah akhirnya kuasa pengguna akan menjadi 'kuat' dan 'didengar' oleh puak kapitalis yang rakus mengaut keuntungan tanpa mengambilkira kebajikan pengguna..
Dalam masa yang sama ,amalan besederhana dalam berbelanja adalah tanda sensitiviti kita terhadap isu nasional yang berlaku khususnya di penempatan Kg.Chubadak Tambahan,Kuala Lumpur begitu membuatkan kita hiba.Di saat kita mungkin bergembira di AidilFitri , masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih tinggal dalam keadaan seolah - olah merempat di tanah air sendiri..Marilah kita panjatkan doa agar mereka dikurniakan ketabahan untuk menempuh dugaan di saat AidilFitri menjelma.
Akhir kata , Selamat menyambut Hari Pengguna buat rakyat Malaysia walau di mana juga berada dengan tema " Pengguna Berhemah , Peniaga Beretika, Negara Sejahtera".
Sekali lagi diucapkan , "Selamat Menyambut Hari Pengguna Malaysia dan Salam AidilFitri 1435H'.
Ingatan Tulus daripada :
Pn. Normala Sudirman ( Cikgu Mala)
1- Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia.
2.Timbalan Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat.
3.Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Malaysia.
4.Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
Tarikh :26 Julai 2014(Sabtu)

No comments:
Post a Comment