Sunday, 6 July 2014

ISU PERMOHONAN PUSAT LUMBA KUDA SATU CABARAN BESAR.

Iskandar Abdul Samad
Saya mengakui isu permohonan untuk membina sebuah pusat lumba kuda di Hulu Selangor boleh memecahkan Pakatan Rakyat di Selangor jika diluluskan.

PAS sebagai sebuah parti Islam sama sekali tidak akan bersetuju dengan pembinaan pusat perjudian tersebut.

Kami telah menerima maklumbalas dari ahli-ahli kami dan masyarakat Islam yang menentang pembinaan itu.

Wakil-wakil PAS di dalam kerajaan pula sentiasa konsisten dengan pendirian tidak bersetuju dengan projek yang boleh memudaratkan itu.

Walau bagaimanapun saya yakin isu ini akan dapat diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil kira pandangan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menggesa agar masyarakat Islam supaya bersabar kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada hasrat rakyat.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
7 Julai 2014

No comments:

Post a comment