Wednesday, 16 July 2014

HIMPUNAN PEMUDA SOLIDARITI UNTUK GAZA

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama NGO islam akan mengadakan himpunan besar-besaran Solidariti Untuk Gaza (S4G) pada hari Jumaat 18 Julai ini. Menurut Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail, himpunan akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di dua lokasi iaitu di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji."Seterusnya akan bergerak ke kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak.

"Semua parti-parti politik, ngo dan seluruh orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan solidariti terhadap penduduk Ghaza yang diserang Israel," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai katanya diseru membawa bersama bendera Malaysia dan Palestin bagi menyatakan kebersamaan Malaysia buat Palestin.

Himpunan dijangka akan dipimpin oleh pimpinan kanan PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato Haji Husam Musa, Solehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS sendiri Suhaizan Kaiat.

Antara NGO yang akan turut serta dalam himpunan ini pula termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Muslim Care, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan lain-lain.

No comments:

Post a comment