Monday, 14 July 2014

GAZA 01: Perang Ke atas Gaza: Yang Tersurat dan Yang Tersirat

01- Ini adalah kali ketiga dalam tempoh 6 tahun negara haram Israel melakukan serangan secara besar-besaran ke atas Gaza iaitu pada tahun 2009, 2012 dan 2014.

02- Terdapat sekurang-kurangnya empat objektif yang tersurat pada serangan kali ini:
- Membunuh pemimpin-pemimpin perjuangan Islam di Gaza khususnya daripada Hamas dan Jihad Islami.

- Menyerang dengan tujuan untuk melumpuhkan sistem logistik Hamas dan meruntuhkan infrastruktur ketenteraan kumpulan-kumpulan penentang Zionis Israel di Gaza

- Menghancurkan pelancar-pelancar roket dan depo senjata Hamas

03- Untuk mencapai objektif ini Israel telah mengambil tiga langkah utama:

- Serangan udara bertalu-talu

- Serangan melalui ketumbukan pasukan meriam dan senjata berat

- Serangan darat

04- Objektif yang tersirat:

- Israel dan AS tidak selesa dengan perkembangan penyatuan antara Hamas dan Fatah. Setelah desakan melalui jalan politik tidak berjaya maka tindakan ketenteraan dilakukan dengan tujuan akhirnya Fatah akan tunduk desakan Israel agar tidak bekerjasama dengan  Hamas.

- Menaikkan sokongan moral rakyat Israel terhadap kerajaan  pimpinan Benjamin Netanyahu.


Muhammad Khalil Abdul Hadi
Pengerusi Palestine Action Coordination Secretariat ( PACS )
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment