PANDA DIUTAMA ,PENGGUNA DERITA
Dari Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Pusat: Tarikh : 3 Jun 2014. Kenyataan Media : Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Pusat, Pn. Normala Sudirman melahirkan rasa kesal dan dukacita tindakan pihak kerajaan yang lebih mengutamakan kebajikan beruang panda berbanding derita pengguna yang terbeban dengan kenaikan harga barang serta kesempitan hidup yang kian menghimpit diri. "Penurunan harga getah, dan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar menyebabkan ramai yang terpaksa 'mengikat perut'untuk menyara persekolahan anak- anak dan kehidupan keluarga .Kos sara hidup dan tekanan hidup semakin mendesak di samping menghadapi 'beban berantai 'yang tidak berkesudahan dari masa ke semasa",kata Cikgu Mala. " Di saat pengguna bakal berdepan dengan Cukai GST ,dan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi ,perasaan rakyat Malaysia begitu terguris dengan pembaziran dan pemborosan wang rakyat dilakukan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional akibat sewa bagi pinjaman Beruang Panda Fu Wa dan Feng Yi yang menelan kos 73 juta .Alangkah baiknya jika nilai wang sebanyak itu digunakan bagi membantu kesusahan rakyat marhaen yang masih derita dan sengsara ." "Saya optimis, ramai golongan pengguna khususnya kaum ibu juga terbeban dengan kenaikan harga barang dan pengurusan anak- anak terutamanya golongan ibu tunggal dan kematian suami " Menurut Pn. Normala Sudirman ,yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat, kerajaan seharusnya mengambilkira sensitiviti rakyat Malaysia yang masih berada di dalam kesusahan bukan sewenang-wenangnya melakukan pemborosan hanya kerana ingin menunjukkan tanda setiakawan bagi menjaga hubungan Malaysia dengan Negara China.
"Bagaimana pula dengan perasaan rakyat selaku pengguna apabila melihat dalam keadaan mereka berdepan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi ,tetapi pemimpin UMNO Barisan Nasional 'bermewah' dengan wang rakyat dan mengikat perjanjian yang seolah – olah berat sebelah.Justifikasi apa yang dijadikan pertimbangan sehingga kedatangan 2 ekor beruang tersebut diikat dengan syarat hingga bernilai jutaan ringgit ?." "Dalam kesusahan rakyat sebegini ,pasti sesiapa pun juga tidak terfikir untuk melawat 2 ekor beruang panda walaupun memiliki keinginan untuk melawatnya . Kalau nak nak makan sesuap nasi pun susah ,bagaimana rakyat mahu melawat 2 ekor beruang yang kini menjadi kebanggaan pimpinan UMNO Barisan Nasional",Ujar Cikgu Mala. "Saya optimis dan percaya rakyat akan menanti dengan penuh sabar untuk menukar kerajaan mengikut saluran demokrasi yang dibenarkan dalam PRU 14 akan datang untuk 'menghukum' UMNO Barisan nasional yang tidak prihatin soal kesusahan dan derita pengguna yang dihimpit dengan isu kenaikan harga barang dan bebanan cukai yang semakin mencengkam" katanya lagi.
Salam hormat daripada: Pn. Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala) 1.Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Pusat. 2.Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat. 3.Presiden NGO Pendidik(Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan). 4.Presiden NGO Suara Pengguna Prihatin Malaysia.
| From:Photos of Hijau.fm Shared with:Public Open Photo ViewerDownloadMake Profile PictureRemove this photo |
No comments:
Post a Comment