Wednesday, 4 June 2014

Fwd: SEMBAH TAHNIAH PAS KEDAH KEPADA YTM TUNKU SALEHUDDIN ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH


SEMBAH TAHNIAH PAS KEDAH KEPADA YTM TUNKU SALEHUDDIN ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH


Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengutus sembah tahniah di atas pelantikan  Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuatkuasa 21 Mei lalu.

Pelantikan baginda untuk menduduki jawatan tersebut sangat tepat berasaskan pengalaman, ketajaman pemikiran dan pandangan jauh ke hadapan yang dimiliki baginda. Tentunya baginda akan menjadi simbol perpaduan rakyat negeri Kedah.

PAS Kedah berharap pelantikan baginda bersama Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan yang lain, Kedah akan terus mendapat nikmat keamanan dan kesejahteraan.

Semoga baginda dapat memimpin Jemaah Pemangku Sultan dengan sebaiknya sehingga berakhir tempoh Kebawah DYMM Tunku Abdul Halim Muadzam Shah menduduki takhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Dato' Hj Mahfuz Omar
Pesuruhjaya PAS Kedah


No comments:

Post a comment