Monday, 30 June 2014

PENAMATAN PENGARAH UMCEDEL, PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN BUKTIKAN PEMBOHONGAN TRANSFORMASI POLITIK PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

Photo: Kenyataan Media YB Dato' Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat    PENAMATAN PENGARAH UMCEDEL, PROFESOR DATO' DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN BUKTIKAN PEMBOHONGAN TRANSFORMASI POLITIK PERDANA MENTERI    PAS memandang serius tindakan universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya (UM) yang mengarahkan ahli akademik terkemuka, Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan sebagai Pengarah University of Malaya Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) serta tidak menyambung perkhidmatan Profesor Redzuan sebagai Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial.  Apa yang mengejutkan, kedua-dua tindakan ini dikatakan diambil hasil dari desakan politik pihak tertentu di Kementerian Pendidikan yang tidak senang dengan kajian-kajian berkaitan politik negara yang dijalankan oleh UMCEDEL di bawah kepimpinan Profesor Redzuan.    Dengan mengambil tindakan sebegini ke atas Profesor Redzuan, jelas menunjukkan bahawa janji perlaksanaan transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri untuk memberi ruang kebebasan bersuara yang lebih luas kepada rakyat, adalah suatu pembohongan semata-mata. Bukan setakat kerajaan yang ada hari ini tidak boleh berkompromi dengan sebarang kritikan dari parti pembangkang, tetapi sudah sampai ke tahap tidak boleh berlapang dada di atas hasil kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli akademik non-partisan. Dalam dunia akademik, apa jua dapatan di dalam sesuatu kajian itu adalah terbuka untuk dicabar dan dinilai semula. Jika tidak berpuas hati dengan dapatan yang diperolehi oleh Profesor Redzuan dan UMCEDEL, kerajaan Umno dan BN boleh sahaja mengemukakan sebarang hasil kajian balas untuk seterusnya dinilai secara akademik. Tetapi bukan dengan mengambil tindakan 'menghukum' Profesor Redzuan kerana tidak selesa dengan kajian beliau.    Saya ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri dan Timbalannya yang juga merupakan Menteri Pendidikan harus bertanggungjawab dan membuat penjelasan umum berhubung dengan arahan kepada UM yang dikaitkan dengan Kementerian Pendidikan agar Profesor Redzuan diketepikan sebagai Pengarah UMCEDEL dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM. Campur tangan politik sempit kepartian di dalam hal ehwal akademik dan pengurusan universiti adalah perbuatan yang amat jijik kerana ianya bukan sahaja menzalimi individu terbabit, bahkan ianya juga mencemar reputasi insititusi pendidikan terulung di negara ini dan seterusnya memburukkan lagi pandangan dunia terhadap intitusi pengajian tinggi di Malaysia.    Dalam keadaan kedudukan ranking UM dan universiti-universiti di negara ini semakin merudum jika hendak dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lain, tidak dapat dibayangkan apakah yang menguasai cara berfikir dan bekerja para penggubal dasar, pegawai-pegawai kementerian, pentadbir-pentadbir universiti di negara ini selain dari hanya semata-mata untuk membodek dan menyatakan hanya perkara-perkara yang sedap didengar kepada para menteri dan ahli politik pemerintah. Kongkongan kuku besi ke atas sistem pendidikan di Malaysia menjadikan negara kita semakin tertinggal di belakang. Lihat sahaja di dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education Asia University Rankings 2014 yang dikeluarkan beberapa minggu lalu menyaksikan tidak ada satu pun universiti awam di Malaysia yang menduduki kedudukan 100 universiti terbaik di Malaysia. Selepas kajian ranking ini dikeluarkan, kita tidak mendengar sebarang ulasan samada dari Perdana Menteri atau timbalannya tentang apakah langkah-langkah segera yang bakal diambil kerajaan untuk memperbaiki kualiti universiti awam di negara kita. Rupa-rupanya 'langkah' pertama yang diambil kerajaan ialah dengan tidak menyambung perkhidmatan seorang tokoh akademik yang berwibawa!    Bagi pihak PAS, saya mendesak agar Profesor Redzuan dikembalikan jawatannya sebagai Pengarah UMCEDEL dan Dekan Fakulti Sastera. Perdana Menteri seterusnya wajib memberikan jaminan kebebasan akademik kepada ahli-ahli akademik di negara ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Saya juga menyeru supaya seluruh masyarakat sivil agar bangkit menyatakan keprihatinan ke atas nasib yang menimpa Profesor Redzuan. Hal ini tidak boleh kita diamkan begitu sahaja. Politik sempit dan sikap balas dendam yang diamalkan hingga memangsakan tokoh-tokoh dan institusi-institusi yang memberi sumbangan kepada negara, harus dihentikan demi masa depan negara yang lebih gemilang.    Yang benar,    YB DATO' MAHFUZ HAJI OMAR    Ketua Penerangan PAS/    Ketua Whip Ahli Parlimen PAS    Ahli Parlimen Pokok Sena    1 Julai 2014.

PAS memandang serius tindakan universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya (UM) yang mengarahkan ahli akademik terkemuka, Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan sebagai Pengarah University of Malaya Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) serta tidak menyambung perkhidmatan Profesor Redzuan sebagai Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Apa yang mengejutkan, kedua-dua tindakan ini dikatakan diambil hasil dari desakan politik pihak tertentu di Kementerian Pendidikan yang tidak senang dengan kajian-kajian berkaitan politik negara yang dijalankan oleh UMCEDEL di bawah kepimpinan Profesor Redzuan.

Dengan mengambil tindakan sebegini ke atas Profesor Redzuan, jelas menunjukkan bahawa janji perlaksanaan transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri untuk memberi ruang kebebasan bersuara yang lebih luas kepada rakyat, adalah suatu pembohongan semata-mata. Bukan setakat kerajaan yang ada hari ini tidak boleh berkompromi dengan sebarang kritikan dari parti pembangkang, tetapi sudah sampai ke tahap tidak boleh berlapang dada di atas hasil kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli akademik non-partisan. Dalam dunia akademik, apa jua dapatan di dalam sesuatu kajian itu adalah terbuka untuk dicabar dan dinilai semula. Jika tidak berpuas hati dengan dapatan yang diperolehi oleh Profesor Redzuan dan UMCEDEL, kerajaan Umno dan BN boleh sahaja mengemukakan sebarang hasil kajian balas untuk seterusnya dinilai secara akademik. Tetapi bukan dengan mengambil tindakan 'menghukum' Profesor Redzuan kerana tidak selesa dengan kajian beliau.

Saya ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri dan Timbalannya yang juga merupakan Menteri Pendidikan harus bertanggungjawab dan membuat penjelasan umum berhubung dengan arahan kepada UM yang dikaitkan dengan Kementerian Pendidikan agar Profesor Redzuan diketepikan sebagai Pengarah UMCEDEL dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM. Campur tangan politik sempit kepartian di dalam hal ehwal akademik dan pengurusan universiti adalah perbuatan yang amat jijik kerana ianya bukan sahaja menzalimi individu terbabit, bahkan ianya juga mencemar reputasi insititusi pendidikan terulung di negara ini dan seterusnya memburukkan lagi pandangan dunia terhadap intitusi pengajian tinggi di Malaysia.

Dalam keadaan kedudukan ranking UM dan universiti-universiti di negara ini semakin merudum jika hendak dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lain, tidak dapat dibayangkan apakah yang menguasai cara berfikir dan bekerja para penggubal dasar, pegawai-pegawai kementerian, pentadbir-pentadbir universiti di negara ini selain dari hanya semata-mata untuk membodek dan menyatakan hanya perkara-perkara yang sedap didengar kepada para menteri dan ahli politik pemerintah. Kongkongan kuku besi ke atas sistem pendidikan di Malaysia menjadikan negara kita semakin tertinggal di belakang. Lihat sahaja di dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education Asia University Rankings 2014 yang dikeluarkan beberapa minggu lalu menyaksikan tidak ada satu pun universiti awam di Malaysia yang menduduki kedudukan 100 universiti terbaik di Malaysia. Selepas kajian ranking ini dikeluarkan, kita tidak mendengar sebarang ulasan samada dari Perdana Menteri atau timbalannya tentang apakah langkah-langkah segera yang bakal diambil kerajaan untuk memperbaiki kualiti universiti awam di negara kita. Rupa-rupanya 'langkah' pertama yang diambil kerajaan ialah dengan tidak menyambung perkhidmatan seorang tokoh akademik yang berwibawa!

Bagi pihak PAS, saya mendesak agar Profesor Redzuan dikembalikan jawatannya sebagai Pengarah UMCEDEL dan Dekan Fakulti Sastera. Perdana Menteri seterusnya wajib memberikan jaminan kebebasan akademik kepada ahli-ahli akademik di negara ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Saya juga menyeru supaya seluruh masyarakat sivil agar bangkit menyatakan keprihatinan ke atas nasib yang menimpa Profesor Redzuan. Hal ini tidak boleh kita diamkan begitu sahaja. Politik sempit dan sikap balas dendam yang diamalkan hingga memangsakan tokoh-tokoh dan institusi-institusi yang memberi sumbangan kepada negara, harus dihentikan demi masa depan negara yang lebih gemilang.

Yang benar,

YB DATO' MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Penerangan PAS

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Ahli Parlimen Pokok Sena

1 Julai 2014.

Friday, 27 June 2014

Muslimat PAS Bantah Mrs Universe Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Muslimat PAS Pusat menggesa kerajaan membatalkan pertandingan ratu cantik, Mrs Universe yang akan diadakan di negara ini pada penghujung Ogos nanti.

 

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pertandingan itu tidak wajar diadakan selari dengan penegasan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam.

 

"Di dalam sidang parlimen yang berakhir baru-baru ini pun rata-rata ahli parlimen Umno menegaskan negara ini adalah negara Islam," katanya.

 

Bagi membuktikan negara ini sebagai negara Islam, Athirah menegaskan sepatutnya kerajaan Umno memperuntukkan beberapa perlaksanaan dasar Islam seperti hudud dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran termasuklah soal pertandingan ratu cantik.

 

"Kita perlu sedar konflik dalam negara kita, apabila berlakunya pentafsiran yang berbeza, Umno BN mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam.

 

"Akan tetapi rakan-rakan sekutunya seperti MCA, MIC dan Gerakan pula tidak mengiktiraf negara ini sebagai negara islam," tambahnya.

 

Tegasnya, masyarakat sentiasa berhadapan dengan persoalan agama seperti penganjuran Mrs Universe Malaysia, siri konsert liar, artis barat tidak bermoral sedangkan ia jauh daripada konsep negara Islam sebenar.

 

"Isu pertandingan ratu cantik bukanlah isu baru, seperti yang kita ketahui bahawa bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Datuk Ishak Baharum dipecat dan ditamatkan kontraknya kerana membantah penganjuran program tersebut.

 

"Beliau meminta kerajaan membetulkan dasar-dasarnya, kerana strategi politik mereka tidak membantu Islam dan umat Islam, bukan hanya sekadar bercakap inginkan Islam, tetapi tidak menjalankan Islam yang sebenar," tegasnya.

 

Malah beliau turut mengingati kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang masih ragu-ragu untuk mengesahkan negara ini sebagai negara Islam, dan hanya agama rasmi setakat di persekutuan sahaja.

 

"Oleh sebab itu kita perlu betulkan dan bezakan negara Malaysia bukan negara islam,tetapi negara majoriti umat Islam.

 

Justeru, beliau meminta kerajaan BN perlu jujur untuk bertanggungjawab membuktikan bahawa negara ini adalah negara Islam.

 

Untuk makluman, pertandingan yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini dianjurkan oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa.

 

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari ini. Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim menegaskan bahawa pertandingan ini bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Thursday, 26 June 2014

DANA RAMADAN : JEJAKI GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK


KUALA LUMPUR : Sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) bekerjasama menjejaki golongan yang memerlukan dan menyampaikan bantuan.


Antara golongan sasar ialah ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta fakir miskin.


Program Dana Ramadan ini telah dimulakan sejak 2010 dan mendapat sambutan memberangsangkan saban tahun.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berharap Dana Ramadan tahun ini dapat menjangkau lebih ramai penerima bertujuan meringankan bebanan mereka yang memerlukan.


"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang menghulurkan bantuan sejak Dana Ramadan dilancarkan," katanya.


Menurut Zailah, pihaknya turut menerima sumbangan dalam bentuk pakaian, jamuan berbuka puasa dan sahur, kuih raya selain wang tunai dan cek.


Bagi menjayakan misi Dana Ramadan tahun ini, Muslimat PAS mengalu-alukan sumbangan kewangan atau penajaan berbuka puasa dan sahur.


Bagi membuka tirai Dana Ramadan tahun ini, sumbangan disampaikan kepada balu kakitangan Harakah, Khairul Azizul Azizi yang meninggal dunia pada 15 Disember 2012.


Sumbangan wang serta barang keperluan harian disampaikan kepada Wan Rosmizah Abdullah oleh wakil Bakkah, Shamsiah Abdullah dan wakil Muslimat PAS Pusat, Noor Nadiah Mohamad (gambar).


Orang ramai yang berhajat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 (Dewan Muslimat PAS Pusat) atau hubungi Nadia di nombor 013-376 7312. 

Wednesday, 25 June 2014

KABINET BARU : TAMBAH BELANJA MENGURUS, BUKTI NAJIB GAGAL

Tarikh : 26 Jun 2014

Photo: Kenyataan Media  KABINET BARU : TAMBAH BELANJA MENGURUS, BUKTI NAJIB GAGAL    (1) Pengumuman perlantikan tiga Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru dari MCA dan GERAKAN semalam oleh YAB Perdana Menteri menjadikan Kabinet Malaysia kini diperbesar menjadi 62 orang anggota dengan 35 Menteri dan 27 Timbalan Menteri.    (2) Berikutan itu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini bertambah kepada 10 orang berbanding hanya 8 orang sebelum daripada ini dan secara purata tidak pernah mencecah angka 8 pada zaman Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir Mohamed.    (3) Implikasi langsung pertambahan ini ialah bertambahnya belanja mengurus negara sebanyak RM166,563 sebulan dan jumlah keseluruhan bagi manggaji anggota kabinet mencecah hampir RM10 juta sebulan. Duit bagi menggaji kesemua anggota kabinet ini pasti sekali dari poket rakyat.    (4) Keanggotaan JPM dengan 10 Menteri dan seorang Timbalan Menteri membuktikan ketidakupayaan DS Najib untuk berperanan secara efektif sebagai PM dan tidak fokus menjalankan tugasnya.     (5) Lebih mengecewakan, perlantikan 2 Menteri di JPM dibuat terlebih dahulu tanpa ada portfolio khusus yang ditentukan. Jawapan "...akan diumumkan kemudian" oleh PM semalam memperlihatkan bahawa perlantikan yang baru dibuat itu bukan atas faktor keperluan dan kelayakan. Ia hanya sebagai menunaikan janji politik.     (6) Sepatutnya, susun atur semula kabinet ketika ini perlu dibuat secara menyeluruh mengambil kira saiz kabinet yang sepadan dengan perbelanjaan negara dan keperluan semasa serta prestasi Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada termasuk PM dan TPM sendiri.     (7) Jika tidak, perubahan kabinet itu tidak akan memberi apa-apa kesan positif terhadap urus tadbir negara dan semakin menambah beban masalah dan kewangan kepada negara dan rakyat.    MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI  Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia    Tarikh : 26 Jun 2014 

(1) Pengumuman perlantikan tiga Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru dari MCA dan GERAKAN semalam oleh YAB Perdana Menteri menjadikan Kabinet Malaysia kini diperbesar menjadi 62 orang anggota dengan 35 Menteri dan 27 Timbalan Menteri.

(2) Berikutan itu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini bertambah kepada 10 orang berbanding hanya 8 orang sebelum daripada ini dan secara purata tidak pernah mencecah angka 8 pada zaman Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir Mohamed.

(3) Implikasi langsung pertambahan ini ialah bertambahnya belanja mengurus negara sebanyak RM166,563 sebulan dan jumlah keseluruhan bagi manggaji anggota kabinet mencecah hampir RM10 juta sebulan. Duit bagi menggaji kesemua anggota kabinet ini pasti sekali dari poket rakyat.

(4) Keanggotaan JPM dengan 10 Menteri dan seorang Timbalan Menteri membuktikan ketidakupayaan DS Najib untuk berperanan secara efektif sebagai PM dan tidak fokus menjalankan tugasnya. 

(5) Lebih mengecewakan, perlantikan 2 Menteri di JPM dibuat terlebih dahulu tanpa ada portfolio khusus yang ditentukan. Jawapan "...akan diumumkan kemudian" oleh PM semalam memperlihatkan bahawa perlantikan yang baru dibuat itu bukan atas faktor keperluan dan kelayakan. Ia hanya sebagai menunaikan janji politik. 

(6) Sepatutnya, susun atur semula kabinet ketika ini perlu dibuat secara menyeluruh mengambil kira saiz kabinet yang sepadan dengan perbelanjaan negara dan keperluan semasa serta prestasi Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada termasuk PM dan TPM sendiri. 

(7) Jika tidak, perubahan kabinet itu tidak akan memberi apa-apa kesan positif terhadap urus tadbir negara dan semakin menambah beban masalah dan kewangan kepada negara dan rakyat.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, 24 June 2014

Kisah Adik Firdaus, Pentingnya Peranan Komuniti

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kisah malang yang menimpa remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dikurung dan kebuluran di Nilai pada 21 Jun lalu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof berkata orang yang paling dekat dengan remaja itu termasuk bapa atau ibu saudara wajar bertangungjawab ke atas situasi Firdaus.

"Hendak salahkan orang luar sebenarnya mereka juga tidak tahu maklumat. Maknanya jika bapa saudara ada mereka boleh sampaikan maklumat remaja berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Keluarga terdekat perlu memainkan peranan, misalnya bapa saudara, dia adalah zuriat keterunan mereka, takkanlah tidak tahu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain keluarga terdekat, katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang peranan jiran di dalam sesebuah masyarakat perlu dipergiatkan dan kepekaan mereka menghadapi suasana sekeliling.

Begitu juga peranan khariah masjid dan surau katanya sepatutnya mengambil berat golongan-golongan seperti anak yatim, OKU, orang sakit dan orang tua-tua.

"Sebab itulah kita ada zakat bagi mereka yang layak. Sistem Islam yang sudah teratur. Bahkan di dalam solat berjemaahn kita patut bertanya khabar antara satu sama lain,"katanya.

Tegasnya, yang paling penting adalah peranan kerajaan misalnya hospital yang mempunyai rekod kesihatan remaja berkenaan hendaklah membuat pemantauan.

"Difahamkan remaja berkenaan dilahirkan di hospital, maka mestilah ada rekod-rekod perubatan remaja berkenaan dan sudah tentu ianya di hubung terus dengan JKM," katanya.

Zailah tidak menafikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak ramai kakitangan untuk memantau satu persatu mereka yang OKU.

Namun katanya mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang OKU perlu mempunyai hubungan yang baik sama ada dengan pihak masjid ataupun jawatankuasa kampung bagi memudahkan maklumatnya dipanjangkan kepada JKM.

"Dalam hal ini kita tidak wajar menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya peranan keseluruhan masyarakat wajar dipergiatkan," katanya.

Pada 21 Jun lalu, anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) menemui Firdaus dalam keadaan tidak terurus.

Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah.

Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.

Monday, 23 June 2014

ATASI MASALAH SOSIAL DAN JENAYAH DENGAN KEMBALI PADA PERUNDANGAN SYARIAH

MIRI – Kejadian jenayah seperti rompak, pecah rumah, rogol, bunuh dan culik semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Kes seperti rogol, menculik anak kecil dan dibunuh dengan kejam seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan beberapa minggu yang lalu juga mendapat perhatian orang ramai.

 

Hampir setiap hari kita membaca laporan akhbar yang melibatkan kes seperti pecah rumah, rompakan dan rogol berlaku di mana-mana dalam negara kita termasuk di bandaraya Miri. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu kes pecah rumah dan rogol seorang remaja perempuan di Miri. Masalah ini menunjukkan betapa kritikalnya masalah sosial berlaku di negara kita.  Kepesatan pembangunan sesebuah bandaraya yang tidak setara dengan pembangunan sosio-budaya dan masyarakat setempat boleh menimbulkan masalah sosial.

 

Kes-kes jenayah ini kebanyakannya berlaku di kawasan perumahan dan ini menimbulkan perasaan takut dikalangan penghuni terutama golongan wanita dan remaja perempuan yang tinggal bersendirian. Para penjenayah seolah-olah semakin berani melakukan jenayah tanpa ada perasaan takut menghadapi tindakan undang-undang jenayah sivil dalam negara ini.

 

Perkara ini perlu difikirkan bersama, mengapa kejadian jenayah yang tersebut semakin menjadi-jadi dan apakah tindakan pihak berkuasa keselamatan dalam negeri untuk mengatasi masalah ini?

 

Mengapa pengubalan undang-undang jenayah yang direka cipta oleh manusia gagal dan kurang berkesan mencegah kegiatan jenayah ini dari berleluasan.  Sudah berpuluh-puluh tahun dan bermacam-macam cara perundangan jenayah digubal tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi dengan sewajarnya.

 

Disinilah menunjukkan undang-undang manusia ada banyak kelemahannya sehingga gagal mengatasi atau mengurangkan kadar kegiatan jenayah berat dari terus berlaku.

 

Apabila ada pihak yang mencadangkan enakmen undang-undang jenayah syariah dilaksanakan dalam negara ini, hampir semua menentangnya kononnya kejam dan zalim tetapi mereka tidak sedar undang-undang Syariah menyebabkan orang ramai berasa takut dan gerun, terutama mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah berat seperti rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya.

 

Ada juga sesetengah pihak yang berusaha keras menentang kononnya perundangan syariah tidak adil dan boleh menyebabkan keadaan huru hara dalam negara. Kalaulah kejadian jenayah ini berlaku keatas mereka dan keluarga mereka, barulah mereka sedar betapa kejamnya kejadian jenayah seperti rompakan, rogol dan bunuh.

 

Adakah mereka yang kuat menentang perundangan jenayah syariah ini akan berdiam diri dan membiarkan pembunuh keluarga mereka bebas dan sanggup melihat perkara ini terus berlaku tanpa ada sebarang tindakan tegas diambil keatas penjenayah tersebut?

 

Disebabkan kejahilan mereka tentang kebaikan dan keadilan perundangan syariah menyebabkan mereka terus menentang dalam keadaan mereka tidak sedar yang undang-undang syariah ini lebih baik dilaksanakan untuk pencegahan jenayah tersebut dari berleluasan.

 

Sepatutnya pihak berkuasa menggunakan media massa yang lebih luas lagi seperti radio dan TV untuk memberi penerangan tentang kebaikan akta perundangan jenayah syariah ke seluruh negara agar rakyat dapat memahami akan keadilan dan kebaikan yang terdapat dalam perundangan tersebut dari terus membiarkan pihak tertentu memburuk-burukkan hukuman jenayah syariah ini.

 

Mereka yang pakar dalam perundangan jenayah syariah patut tampil ke hadapan bersama-sama memberi penerangan dan penjelasan tentang kebaikan dan keadilan yang terdapat dalam perundangan ini, agar orang ramai dapat menerimanya dengan baik. Kata orang, kalau tidak kenal maka tidak cinta, apabila orang ramai faham tentang kebaikan dan keadilan perundangan ini maka tiada isu untuk dipolitikkan.

 

Walaubagaimana pun sementara kita membincang pasal pencegahan menurut perundangan syariah yang akan dilaksanakan, kita mengesa pihak Kementerian Dalam Negeri dapat bertindak segera mencegah kejadian jenayah dengan membina balai polis dalam kawasan perumahan atau balai polis bergerak ditempatkan di beberapa lokasi panas di negeri ini. Apabila ada balai polis bergerak dalam kawasan perumahan, sekurang-kurangnya masalah sosial dan jenayah dapat dikurangkan, kalaupun ianya belum tentu dapat mengatasi masalah tersebut secara total.

 

Pihak berkuasa sudah melakukan berbagai-bagai cara untuk mengatasi masalah ini, namum ianya tidak memberi kesan. Jadi sebaik-baik cara untuk mengatasi masalah sosial dan kegiatan jenayah adalah kembali semula kepada ajaran agama dan melaksanakan perundangan syariah.

 

Semoga masalah sosial dan kegiatan jenayah ini dapat dibendung dari berleluasan dengan kerjasama pihak keselamatan dan juga orang ramai. Harap masalah ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa dan juga pihak Kementerian dalam Negeri untuk bertindak dengan sewajarnya.

 

Jofri Jaraiee

PAS Miri, Sarawak

Sunday, 22 June 2014

PERGINYA SEORANG MURABBI : USTAZ ABU BAKAR CHIK

Almarhum Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Bin Chik telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya pada jam 4.30 pagi tadi, di LPT Bukit Besi- Ajil ketika pulang dari program akhirnya bersama Anak Muda Selangor iaitu "Santai Anak Muda Bersama Murabbi" di Taman Tasik Shah Alam. 

Almahum adalah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Pendidikkan PAS Pusat. Pada tahun 1989 hingga 1999 Almarhum adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-13.

Almarhum meninggalkan isteri iaitu Puan Zaitun Binti Salleh dan 8 orang anak. Jawatankuasa PAS  mengucapkan takziah kepada pihak keluarga almarhum. 


 

Wednesday, 18 June 2014

PRESIDEN PAS TELAH SELAMAT TIBA DI TANAHAIR

KENYATAAN MEDIA RINGKAS

Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

 

Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu. Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.
Sekian. Harap maklum.

 

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014

PT3 : APA JAMINAN GURU, PELAJAR TIDAK BERMASALAH

  KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan digesa memberi jaminan bahawa sistem penilaian PT3 yang menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar tingkatan tiga tidak mendatangkan masalah.

 

Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelum ini banyak mengundang masalah sama ada kepada guru-guru mahupun pelajar.

 

"Akhirnya, anak-anak kita gagal peperiksaan kerana tidak boleh menguasai pelajaran, seterusnya mungkin anak-anak kita terpaksa diberi lulus.

 

"Apakah PT3 tidak memberi masalah kepada guru dan pelajar?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

 

Tambahnya, kerajaan juga patut segerakan sesi penjelasan sistem PT3 kepada guru-guru, pelajar dan ibu bapa memandangkan ramai dalam kalangan mereka belum faham dengan sistem baru itu.

 

"NUTP sendiri menggesa kementerian segera buat penerangan dan latihan PT3 kepada guru dan ketua jabatan," katanya.

 

Kenyataan NUTP itu, jelasnya menunjukkan pemahaman sistem penilaian PT3 di peringkat paling rendah.

 

Sistem PT3 mula diperkenalkan pada April lalu bagi menggantikan PMR.

TOLAK RAYUAN, KERAJAAN BOLEH TEKAN PENEROKA

KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Rakyat menolak petisyen rayuan peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan lesen pekebun kecil kepada peneroka dilihat kerajaan boleh menekan peneroka pada masa akan datang.

 

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian sejurus selesai perhimpunan petisyen rayuan berkenaan kepada Dewan Rakyat di luar lobi Parlimen yang turut dihadiri 200 peneroka Felda Jengka, Keratong, Cini, Kota Gelanggi, Palong, Mempaga, Bukit Tajau, Bukit Damar, Sungai Koyan, Lurah Bilut, Sungai Tekam, Kemahang, Sungai Relang dan Kampung New Zealand.

 

"Rayuan ditolak kerana kerajaan tidak mahu melihat rakyat terutamanya peneroka memperolehi taraf hidup yang lebih baik, kerajaan mahu rakyat terus bergantung hidup kepada Felda.

 

"Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar kebergantungan hidup kepada kuasa politik dapat mereka lakukan," jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

 

Katanya lagi, apabila tidak mampu untuk menaikkan taraf hidup rakyat sepatutnya kerajaan perlu memberi peluang peneroka untuk menentukan kehidupan masa depan mereka.

 

"Peneroka menuntut lesen pekebun kecil untuk membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan sepatutnya kerajaan membenarkan permohonan tersebut.

 

"Ini tidak, kerajaan ingin terus mencengkam peneroka untuk melihat peneroka terus hidup dalam keadaan menaruh harap kepada pemberian kerajaan.

 

"Jelas kerajaan tidak prihatin tentang rintihan rakyat, walaupun mereka hadir merayu agar suara hati mereka didengari tetapi semuanya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi.

 

Beliau turut menyambut baik keberanian para peneroka dalam menuntut hak mereka.

 

"Apa yang berlaku hari ini adalah satu perkembangan baik dalam sistem demokrasi, peneroka berani bangkit dalam menuntut hak mereka," kata beliau. 

SOKONGAN TERBUKA PEMUDA PAS KEPADA KESATUAN PEKERJA TNB


-
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
18 JUN 2014 / 20 SYAABAN 1435H
 SOKONGAN TERBUKA PEMUDA PAS KEPADA KESATUAN PEKERJA TNB
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyatakan sokongan padu ke atas pendirian tegas Kesatuan Persatuan Tenaga Nasional Berhad yang membantah tawaran usahasama secara runding terus (direct nego) membabitkan syarikat IPP, YTL untuk projek penjanaan tenaga "Track 4 A" di Pasir Gudang, Johor.
Pendirian pihak kesatuan TNB ini adalah selari dengan pendirian DPPWP dalam Memorandum Bantahan Kenaikan Elektrik pada tahun 2014 yang telah diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air awal Januari lalu. Antara desakan yang dibuat ialah "agar pihak Kerajaan Malaysia mengkaji semula pengstrukturan industri tenaga domestik di negara ini. Kerajaan mestilah menyemak semula langkah penswastaan yang telah dilaksanakan terhadap TNB sehinggalah kepada pendedahan intipati Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bersama IPPs."
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 juga ada terkandung teguran berkenaan Operasi Penjana Tenaga Bebas khususnya YTL Power Generation Sdn Bhd iaitu kaedah bayaran dalam syarat perjanjian tersebut secara take or pay  di mana TNB perlu membuat bayaran kepada penjana tenaga sama ada TNB tidak menggunakan atau menjual elektrik.
Pihak kerajaan seolah-olah tidak pernah serik untuk membuat perjanjian berat sebelah yang menguntungkan kroni seperti YTL ini. Dahulunya, Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) generasi pertama pada 1993 dengan Syarikat YTL telah menyebabkan TNB terpaksa menanggung beban kewangan dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi dari apa yang mampu TNB janakan pada masa itu dan difahamkan kini TNB telah membayar lebih RM20 Bilion kepada Syarikat YTL.
Bagaikan jatuh ke dalam lubang yang sama buat kesekian kalinya, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan secara rundingan terus pula Projek Penjanaan Tenaga Track 4A kepada gabungan konsortium Syarikat YTL, SIPP dan TNB.
Tindakan ini jelas bertentangan dengan segala azam dan ikrar kerajaan bagi melaksanakan pembidaan secara kompetitif bagi loji janakuasa baharu sepertimana terkandung dalam laporan 'Pandangan Masa Depan Industri Bekalan Elektrik Semenanjung Malaysia 2013' yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Tenaga tahun lalu, yang telah menggariskan bahawa bidaan kompetitif adalah satu daripada inisiatif pembaharuan utama bagi Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI). Bahkan  dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2013 dan Rancangan Malaysia ke-10 juga menyebut bahawa kerajaan tidak lagu bercadang untuk menggunakan rundingan terus sebagai cara penambahan kapasiti penjanaan baru.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mendakwa bahawa Kerajaan telah menimbangkan semua pilihan dan pendekatan terbaik dalam memutuskan untuk memberikan projek tersebut kepada SIPP Energy Sdn Bhd, dengan pe­nyertaan YTL Power International Bhd dan Tenaga Nasional Bhd. Beliau juga memberikan alasan  bahawa wujud keperluan menyegerakan pembinaan loji jana kuasa kitaran gas bersepadu menggunakan teknologi terbukti yang dijadualkan beroperasi pada 2020, kepada tarikh lebih awal pada 2018.
Namun, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah pun menjawab alasan ini iaitu sebenarnya kerajaan masih mempunyai masa mencukupi untuk melaksanakaan proses bidaan secara kompetitif bagi projek pembinaan Track 4A jika Notis Untuk Meneruskan (NTP) dikeluarkan pada Jun 2015 kerana Projek Track 4A itu mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan selepas NTP dikeluarkan dan ini menetapi sasaran tarikh baru iaitu 2018. Jadi, dakwaan masalah 'kekurangan masa untuk melaksanakan bidaan kompetitif' adalah tidak berbangkit sama sekali.
Di samping itu, suara bantahan daripada Kesatuan Pekerja TNB ini amat wajar didengari oleh pihak kerajaan kerana hakikatnya TNB adalah  'syarikat rakyat' dan tidak boleh berhenti memberi perkhidmatan kepada rakyat seperti hospital. Seandainya IPP terus dibiarkan memonopoli dan seterusnya mengambil alih bekalan elektrik negara, maka rakyat akan dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik dan tidak mustahil juga penjana tenaga bebas ini berpakat melakukan sabotaj suatu hari nanti.
Justeru, pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak pihak kerajaan agar menarik kembali keputusan penganugerahan projek Track 4A yang bernilai RM 4 Bilion ini kepada YTL dan membuat  pembidaan secara kompetitif sepertimana yang dijanjikan oleh pihak kerajaaan selama ini. Biarlah pihak yang benar-benar layak dipilih atas faktor kemampuan mencapai syarat serta menjamin hak rakyat bukannya membuat penganugerahan atas faktor ingin mengambil hati setelah pihak tersebut tidak dipilih untuk Projek 3A yang bernilai RM 11 Bilion.
Pihak kami juga ingin menegaskan akan peri-pentingnya sebarang perjanjian yang hendak dibuat perlu jelas termanya dan mengambilkira kepentingan rakyat-jelata bukannya mengulangi kembali perjanjian berat sebelah yang menguntungkan pihak yang ingin mengaut keuntungan secara mudah sahaja. Dosa dan khianat yang dilakukan dalam perjanjian IPP generawi awal terdahulu masih segar dalam ingatan kita semua maka usahlah ditoreh kembali luka lama.
Belajarlah daripada kesilapan lama dan bertindaklah untuk mempertahankan prinsip kebenaran dan keadilan sepertimana yang telah dibuktikan dahulu oleh Tan Sri Ani Arope, bekas Pengerusi Eksekutif TNB yang sanggup melepaskan jawatan sebagai tanda protes terhadap perjanjian berat sebelah dengan IPP. Pihak kami amat mengalukan sekiranya  Ketua Eksekutif TNB sekarang, Datuk Seri Azman Mohd mempunyai iltizam dan keberanian yang sama dalam mempertahankan kepentingan dan hak rakyat.

Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

KOS LAWATAN BARACK OBAMA KE MALAYSIA... SIAPA TANGGUNG??

    

Kos perbelanjaan Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia pada 28 April 2014 lalu sekali lagi merugikan "wang rakyat" apabila kerajaan UMNO/BN membelanjakan RM 414 088 75 bagi tujuan itu. 

Sedangkan nasib rakyat terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah masih lagi tidak dibela oleh kerajaan. Ditambah pula perjanjian dengan Kerajaan China untuk "memelihara" dua ekor panda selama 10 tahun serta menelan kos perbelanjaan yang amat tinggi. 

Rakyat perlu sedar dan bangkit menentang korupsi yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN yang sangat membazir dalam menguruskan wang negara. Ditambah Akta GST akan dilaksanakan tahun depan menambahkan beban rakyat. 



 

Tuesday, 17 June 2014

ANGGOTA KESELAMATAN TERLIBAT MEROGOL : KESELAMATAN NEGARA KIAN PARAH

ANGGOTA KESELAMATAN TERLIBAT MEROGOL : KESELAMATAN NEGARA KIAN PARAH
(17 Jun 2014)

Kes seorang gadis berusia 14 tahun dirogol oleh enam anggota tentera di pantai Pontian Besar beberapa pada 13 Jun 2014 yang lalu amat menggemparkan. Tiga daripada anggota tentera terbabit didapati positif dadah. Isu ini mengulangi kes jenayah dan perlakuan kejam iaitu rogol beramai-ramai ke atas wanita, dan kali ini anggota tentera yang didapati melakukannya. Masyarakat seakan-akan tidak peduli bahawa mangsa serangan seksual adalah wanita, seorang gadis yang tidak berdaya manakala pelakunya adalah beberapa orang yang ganas dan buas.

Isunya adalah bagaimana kes rogol gadis oleh sekumpulan lelaki secara beramai-ramai menjadi begitu viral dalam masyarakat. Lebih dari itu, bagaimana kes jenayah dapat dibendung dalam negara ini, jika yang melakukannya adalah pelindung atau pengaman keselamatan negara? Kes ini pastinya amat memalukan institusi keselamatan negara kerana pelaku jenayah adalah anggota tentera. Mereka secara beramai-ramai menangkap seorang gadis bawah umur yang tidak berdaya dan merogol gadis tersebut, bahkan mereka juga didapati positif dadah. Apakah golongan seperti ini layak menjadi pasukan pengaman dan menjaga keselamatan negara? Sepatutnya mereka yang menjadi pelindung orang awam, mewujudkan keamanan dan ketenteraman masyarakat, bukannya menambah kebimbangan rakyat dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan insan lain. 

Jenayah di negara ini tidak mungkin surut atau susut andai pihak keselamatan yang terdiri daripada polis, tentera dan lain-lain tidak menunjukkan teladan yang baik. Kebimbangan rakyat kini bukan lagi penjenayah yang berlegar dari kalangan orang awam di merata tempat, tetapi juga terhadap anggota keselamatan negara. Tidak ada jaminan tiada siapa terlepas dari menjadi mangsa keganasan atau jenayah di mana sahaja oleh sesiapa sahaja, termasuk pasukan keselamatan. Jika begitu, kepada siapa pula masyarakat boleh berlindung?

Jika kerajaan mengambil perhatian isu jenayah seksual ke atas wanita terutama kes rogol beramai-ramai, maka kes yang berlaku ke atas gadis berusia 14 tahun di Pontian Besar perlu diberi perhatian khusus. Anggota tentera terbabit, selain digantung atau dipecat mereka juga perlu diambil tindakan keras, kerana menjatuhkan reputasi dan imej pasukan keselamatan negara. Bahkan, modul dan peraturan khusus perlu dibuat dengan memberi amaran keras kepada mana-mana anggota keselamatan – daripada polis, tentera, Pasukan Gerakan Am, dan lain-lain unit agar menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Harapan rakyat agar kes seumpama ini adalah yang terakhir berlaku dan Kementerian Dalam Negeri juga Kementerian Pertahanan perlu mengambil pengajaran supaya anggota pasukan keselamatan bertindak jujur, berakhlak baik, tangkas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Tidak ada maaf kepada mana-mana anggota keselamatan yang masih bertugas atau dalam perkhidmatan jika ditangkap atau terlibat dengan jenayah. 

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli jawatankuasa PAS Pusat

Monday, 16 June 2014

LUPAKAN HASRAT MELAKSANAKAN GST TAHUN DEPAN

Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan melupakan hasrat untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 1 April 2015. Ini ekoran daripada beberapa faktor semasa yang menunjukkan kerajaan masih lagi tidak membuktikan komitmen politik dalam memperbaharui kewangan negara.

Apa yang berlaku pada minggu lalu, kerajaan meminta Dewan Rakyat untuk meluluskan pembekalan (peruntukan perbelanjaan) tambahan tahun 2014 sebanyak RM 4.11 bilion. Ini mengulangi tindakan tidak berhemah kerajaan yang merekodkan perbelanjaan tambahan melebihi RM 17 bilion pada tahun kewangan 2013.
 
Perbelanjaan tambahan ini ternyata bukan disebabkan perbelanjaan luar jangka sebaliknya disebabkan ketidakpekaan kerajaan dalam mengimbangi prioriti perbelanjaan negara. Unjuran peruntukan bajet yang dilakukan saban tahun sewenang-wenangnya dibelanja melebihi had yang diperuntukkan, malah untuk sebahagian perbelanjaan tidak memberikan kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat.  
 
Sebagai contoh, dalam keadaan kerajaan mengurangkan subsidi dan memberi tekanan kepada peningkatan harga barang yang secara langsung memberi kesan kepada rakyat, kerajaan telah membelanjakan RM 20 juta untuk melobi pencalonan Malaysia sebagai Ahli Majlis Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Benarkah Malaysia mampu berperanan dalam isu-isu keselamatan walhal apakah pandirian Malaysia terhadap konflik di Asia Barat, nasib umat Islam di Afrika Selatan, Myanmar dan Syria? Sebenarnya, perbelanjaan ini untuk apa?
 
Isu Diplomasi Panda juga begitu. Kos keseluruhan pemeliharaan ini dikatakan menjangkau sehingga RM 60 juta. Ini termasuklah anggaran kos sebanyak RM 25 juta yang terpaksa dibelanjakan untuk membina kompleks 'kediamannya' di Zoo Negara seluas 1.6 hektar dan anggaran kos sebanyak RM 1.5 juta setahun untuk penjagaannya. Walaupun terdapat pihak-pihak tertentu yang merasionalkan projek berkenaan kononnya akan meningkatkan pulangan seperti di negara lain, siapa pula yang bertanggungjawab dengan nasib mereka yang menginap di Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berkeluasan hanya 700 kaki persegi dengan harga RM 30,000 seunit?
 
Sementara iu, meskipun kadar inflasi secara keseluruhan mencatatkan 3.4% pada bulan April 2014 iaitu lebih rendah berbanding bulan Disember 2013 dan Mac 2014, namun kadar inflasi bagi sektor pengangkutan, perumahan, utiliti, gas dan bahan api kekal membengkak. Begitu juga walaupun pelbagai langkah makro diperkenalkan untuk mengekang kenaikan hutang isi rumah yang menokok sehingga 86.8% daripada KDNK, namun hasilannya tidak seperti yang dijangka.
 
Oleh yang demikian, selagimana rakyat melarat dengan pergelutan kewangan semasa, dan kerajaan secara sewenangnya berbelanja tanpa mengikut prioriti yang bijak, maka Pemuda PAS Malaysia secara konsisten akan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan bermula suku kedua tahun hadapan. Apalah guna peningkatan hasil sekiranya pemborosan dan ketirisan menjadi amalan kerajaan.    

Yang Benar,   
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, 
Naib Ketua Pemuda, 
Dewan Pemuda PAS Malaysia

PEMUDA PAS AKAN MENGAKTIFKAN AMSEC (Asian Muslim Youth Secretariat)

Asean Muslim Youth Secretariat atau AMSEC yg ditubuhkan pada tahun 2000 di zaman YB Mahfuz Omar sebagai Ketua Pemuda PAs akan kembali di aktifkan oleh Pemuda PAS sebagai usaha untuk mengabungkan kesatuan pemuda dirantau di Asia Tenggara. Ia akan memberi fokus terhadap isu-isu bersama umat Islam khususnya di rantau Asia Tenggara. Bagi menjayakan usaha ini, Ketua Pemuda PAS Sdr Suhaizan Kaiat telah mengadakan beberapa kali pertemuan dengan kumpulan Pemuda Islam Indonesia. Terkini adalah pada15hb Jun 2014 di Jakarta. Pertemuan dihadiri oleh Pak Karman Ketua Pemuda PBB, Pak Herman Ketua Pemuda PPP dan pengerak AMSEC di Indonesia Pak Fatur Rahman PBB. Dalam pertemuan berasingan Ketua Pemuda PAS telah mengadakan pertemuan dengan Dr Saleh P.Daulay, Ketua Pemuda, Muhammadiyah di Masjid Azhar, Jakarta. Dr Saleh adalah salah seorang ahli Parlimen Indonesia daripada PAN. Pertemuan singkat juga diadakan dengan Dr Oni daripada Majlis Syariah Indonesia

Pemuda PAS yang mempunyai hubungan baik dengan pimpinan pemuda di Singapura, Filipina, Thailand, Rohingya dan Kemboja akan memudahkan untuk membina kekuatan AMSEC. Pengembangan PASTI peringkat antarabangsa juga akan membantu urusan ini. Dalam perbincangan bersama pemuda Islam Indonesia ini telah dipersetujui untuk mengadakan sessi 'Brainstorming' dalam waktu terdekat melibatkan pengasas AMSEC seperti Sdr Salahuddin Ayub, YB Mahfuz Omar, Dr Raja Ahmad Iskandar, Pak Fatur Rahman dan lain-lain. Sessi ini akan menilai kembali usaha yang telah dibangunkan oleh generasi terdahulu dan bagaimana AMSEC boleh berperanan semula dengan lebih aktif dan melibatkan lebih ramai lagi keanggotaan parti politik dan NGO. 

AMSEC di zaman awal penubuhannya mengangkat YB Hj Mahfuz Omar sebagai pengerusi dan Pak Hamdan Zulfa, Ketua Pemuda Partai Bulan Bintang Indonesia sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Salahuddin Ayub sebagai setiausaha sementara Dr Raja Iskandar sebagai sekretariat. AMSEC juga seawal usianya dianggotai oleh 17 organisasi dan parti politik, NGO serta gerakan mahasiswa di rantau Asean.

Pemuda PAS berharap AMSEC dapat memperjuangkan isu-isu umat Islam di Selatan Thailand, Rohingya dan Filipina. Umat Islam yang tertindas memerlukan bantuan daripada pemuda-pemuda. Usaha ini adalah termasuk dalam agenda ke dua Pemuda PAS Malaysia membina hubungan dengan organisasi dalam dan luar negara.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Thursday, 12 June 2014

RAMADHAN NOMBOR SATU, BOLA NOMBOR 2

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu membuat jangkaan awal pasukan mana yang menjadi pilihan beliau untuk menjulang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini.

 

Tuan Guru yang ditemui Harakahdaily di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini hari ini, berkata beliau bagaimanapun sangat berminat dengan sukan itu.

 

"Waktu sebelum perang Jepun, masa saya belajar di Jerteh, saya main bola sehingga cedera lutut sebelah kanan kena sepak oleh kawan saya.

 

"Sekarang ini pun, kalau cucu-cucu saya tengok bola dalam televisyen, saya tumpang tengok juga 10 ke 15 minit," katanya selepas menerima kunjungan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini (Khamis).

 

Mengulas demam Piala Dunia yang kali ini turut berlangsung dalam bulan Ramadhan, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat khususnya umat Islam perlu pandai membuat keutamaan.

 

Lebih-lebih lagi kebanyakan waktu perlawan besar berlangsung awal pagi.

 

"Jangan sampai tubuh kita tak segar kerana bola. Ramadhan ini kita perlu bagun pagi sebelum subuh. Ajar diri, selain tengok bola, kita solat tahajud, witir dan baca al-Quran.

 

"Jangan jadi bola itu perkara utama. Yang jadi perkara utama adalah bangun sebelum subuh menghadapi Ramadhan dan berdoa mintak Allah selamatkan Islam," katanya lagi sambil menambah Rasulullah SAW sentiasa bangun sebelum Subuh walaupun bukan di bulan Ramadahan.

HENTIKAN PEROBOHAN KAMPUNG CHUBADAK TAMBAHAN

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS MALAYSIA
 
HENTIKAN PEROBOHAN KAMPUNG CHUBADAK TAMBAHAN
(12 Jun 2014)
 
Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LTPB PPM) mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk merobohkan Kampung Chubadak Tambahan hari ini. Penduduk kampung menyaksikan kehadiran petugas DBKL dengan peralatan mereka untuk merobohkan kampung mereka hari ini tanpa mereka dapat menghalangnya.
 
Saya merasa kesal kerana DBKL tidak memberikan notis dan tempoh secukupnya kepada penduduk kampung serta berunding dengan cara yang baik sebelum mengambil tindakan merobohkan kampung mereka. Semalam, saya dan beberapa orang peguam JUHAM hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon mahkamah membenarkan permohonan menangguhkan saman  dan kami mendapat kebenaran mahkamah menangguhkan pendengaran saman tersebut sehingga 26 Jun 2014. Menyedari tindakan drastik yang akan diambil oleh pihak penguasa, pada hari ini juga pasukan peguam JUHAM berdiri di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah Injunksi menghalang DBKL dari merobohkan rumah-rumah penduduk sehingga mahkamah selesaikan sepenuhnya kes saman ini dahulu.

Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan perintah injunksi mahkamah selama 14 hari untuk menangguhkan perobohan rumah penduduk kampung. Melalui proses teknikal dan prosedur mahkamah, penduduk dapat bernafas lega buat beberapa ketika. Paling tidak ia adalah kelegaan sementara supaya penduduk Kampung Chubadak Tambahan dapat membuat persediaan rapi sebelum kemungkinan besar yang akan mereka hadapi nanti.

Namun apa yang menyedihkan adalah kehadiran DBKL dalam usaha pembersihan atau perobohan manakala penduduk kampung bakal diusir keluar dari kampung tersebut dalam keadaan yang tidak menentu. Apalah nasib malang yang menimpa warga negara sendiri yang terpaksa merempat di bumi mereka sendiri.  Yang untung akhirnya adalah pemaju dan golongan atasan yang akan meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Pastinya DBKL hadir melalui perintah penguasa lebih tinggi dari mereka dan mereka menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan dedikasi. Yang mengecewakan adalah kurangnya sikap prihatin, toleransi, merasa simpati dan perikemanusiaan sehingga tergamak merobohkan rumah yang masih ada penghuni dan barangan peralatan di dalamnya. Sepatutnya, kerajaan memikirkan langkah panjang serta bersikap prihatin memandangkan kesemua penghuni rumah terbabit beragama Islam dan mereka akan berhadapan dengan bulan Ramadhan beberapa minggu lagi.  Nampaknya layanan kerajaan UmnoBN terhadap dua ekor panda yang mendapat tempat tinggal yang selesa, jauh lebih baik daripada layanan terhadap rakyat yang terbiar merempat di tanah air sendiri.

LTPB PPM mengharapkan penduduk Kampung Cubadak Tambahan tabah menghadapi dugaan dan ujian besar ini dan juga mengharapkan agar mereka bersatu, berpakat dan bekerjasama dalam membuat keputusan yang terbaik demi kelangsungan hidup mereka. Kami akan terus prihatin, membela dan membantu mereka menghadapi situasi sukar ini.

AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar
Pemuda PAS Malaysia

Wednesday, 11 June 2014

"Harga Sebuah Kebenaran: Solidariti Buat Mejar Zaidi"

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
11 Jun 2014 / 12 Rejab 1435H

"Harga Sebuah Kebenaran: Solidariti Buat Mejar Zaidi"

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melalui Jabatan Amal telah menganjurkan Majlis Solidariti bersama Mejar Zaidi Ahmad di Darul Amal, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada malam semalam.
Para hadirin yang hadir bersama-sama membaca surah Yassin, solat Hajat dan berdoa agar Mejar Zaidi terus diberikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah dalam menghadapi ujian yang sedang menimpa beliau.
Majlis tersebut dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Haji Khairil Nizam Khirudin dan turut dihadiri oleh Mejar Zaidi sendiri.

Pada perbicaraan di Mahkamah TUDM Sungai Besi semalam, beliau telah dikenakan semula lima pertuduhan daripada tujuh pertuduhan yang sebelum ini telah pun diketepikan selepas bantahan awal pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru. Semua pertuduhan berkait dengan dakwaan beliau memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Sungguhpun demikian, Mejar Zaidi mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.  Tindakan pihak pendakwaan mengenakan semula pertuduhan yang telah pun diketepikan adalah jelas berniat jahat dan prejudis. Pihak peguambela, Hanipa Maidin akan memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tuduhan yang dipinda itu.

Pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bertekad untuk terus menyatakan solidariti sokongan dan penghargaan kepada Mejar Zaidi atas keberanian beliau bercakap benar dan tidak tunduk kepada pihak yang berbuat zalim. Beliau yang menyatakan kebenaran dikenakan tindakan sedangkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menguruskan dakwat kekal yang tidak kekal itu masih tidak dikenakan sebarang tindakan. Adakah ini dikatakan keadilan.?
Itulah harga sebuah perjuangan menegakkan kebenaran.

Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tazkirah, Qiam & Solat Subuh Sempena Piala Dunia 2014

Tazkirah, qiam & solat Subuh sempena Piala Dunia 2014
HARAKAHDAILY | 10 Jun 2014.

KUALA LUMPUR: Sempena demam Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung beberapa hari lagi, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Santai Kaki Bola khusus untuk para peminat bola sepak dalam menyambut kehadiran kejuaraan dunia yang bertandang empat tahun sekali itu.

Program yang bakal diadakan pada 11 Jun itu berlangsung di Restoran Awwal Maju, Taman Sri Rampai, Setiawangsa mulai jam 9 malam.

Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir. Khairil Nizam Khirudin (gambar), pada majlis itu akan diadakan pertandingan permainan komputer 'FIFA'.

"Setiap peserta akan beradu kehandalan bermain bola sepak di alam maya. Pertandingan ini akan diadakan di restoran tersebut dan akan ditayangkan menggunakan layar lebar. Selain itu, turut diadakan adalah acara timbang bola sepak dan acara menjaringkan gol menggunakan kaki belakang," katanya.

Program sambutan Piala Dunia 2014 itu, ujar beliau akan diteruskan dengan acara menonton perlawanan yang berlangsung setiap hari di Markaz Amal WP, No 21, Jalan Pria, Taman Maluri, dekat sini.

"Apa yang menarik dalam program menonton beramai-ramai ini ialah diadakan tazkirah ringkas, qiam dan solat subuh beramai-ramai.

"Ianya bertujuan untuk mendidik jiwa-jiwa muda ini untuk bangun malam bukan semata-mata kerana bola tetapi juga untuk beribadah kepada Yang Maha Esa. Itulah yang ingin diterapkan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan," jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua 'kaki bola' di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur khususnya untuk beramai-ramai hadir di dua program di atas.

Khairil berharap program yang diadakan ini bukan sahaja mampu memberikan kepuasan buat peminat bola sepak bahkan berupaya mendekatkan anak-anak muda kepada Allah SWT.

"Ayuh kita hangatkan hati nurani kita bersama Allah SWT seiring hangatnya sambutan Piala Dunia 2014!" ujarnya bersemangat. – HARAKAHDAILY, 10/6/2014

Monday, 9 June 2014

Pemuda PAS Malaysia Bantah Tindakan Tatatertib

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
7 Jun 2014 / 6 Rejab 1435H

Pemuda PAS Malaysia Bantah Tindakan Tatatertib

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan pihak Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) yang mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa orang mahasiswanya baru-baru ini.
 
Sekumpulan mahasiswa UMSKAL telah mengadakan himpunan aman pada 21 Februari 2014 di hadapan bangunan pentadbiran kerana membantah keputusan pihak universiti yang mengambil semula pengurusan sebuah kedai di kampus.
 
Daripada maklumat yang kami perolehi, mereka telah mengusahakan kedai (G-Shop) tersebut selama enam tahun. Kedai tersebut telah dibina pada tahun 2008 dengan tujuan untuk memberikan peluang untuk mahasiswa berniaga. Namun, pihak universiti telah mengeluarkan notis untuk mengosongkan premis dan dikatakan untuk memberi tender kepada pihak luar.
 
Pihak mahasiswa terbabit telah terlebih dahulu mengambil tindakan diplomasi untuk berunding namun tidak diendahkan. Maka, mereka terpaksa untuk berhimpun dan memberikan memorandum kepada pihak universiti.
 
DPPM mengecam tindakan pihak universiti yang mengambil tindakan keterlaluan dengan menggantung pengajian 3 mahasiswa pelajar semester akhir, 8 orang telah dibuang kolej kediaman manakala 5 orang lagi masih dalam siasatan.
 
DPPM turut menggesa pihak UMSKAL tampil memberikan penjelasan terperinci berhubung kes berkenaan. Mengapa pihak universiti ingin mengambil alih kedai mahasiswa berkenaan dan adakah pihak universiti telah menutup pintu rundingan bersama mahasiswa sebelum ini?
 
Kami menyarankan pihak universiti menyemak semula hukuman berkenaan dan kembali berunding terlebih dahulu untuk mewujudkan situasi menang-menang antara dua pihak. Diharapkan pihak pentadbiran universiti dapat membuat keputusan yang lebih rasional dan mengambil berat hak-hak mahasiswa supaya ia dapat dilayan dengan lebih adil.  

Yang Benar,   
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, 
Naib Ketua Pemuda, 
Dewan Pemuda PAS Malaysia