Friday, 2 May 2014

‘Geng hitam’ bikin onar

-----

‘Geng hitam’ bikin onar

Kuala Lumpur: Suasana aman perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bertukar kecoh dengan tindakan agresif sekumpulan pemuda yang cuba mencetuskan provokasi melampau dan membakar suar.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, kumpulan kira-kira 20 individu berpakaian hitam dan bertopeng itu mula menyalakan suar ketika semua peserta perhimpunan mula meninggalkan kawasan depan Dataran Merdeka di sini. 
Kumpulan ini yang berarak sejauh kira-kira 100 meter mula mencetuskan provokasi dengan memaki hamun, mencarut selain menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media. 

Mereka yang turut dihalang oleh Unit Amal PAS bagaimanapun berdegil dan turut membaling kayu sepanduk kepada wartawan, jurugambar dan jurukamera media yang merakam gelagat mereka di lokasi sama.
Foto
KUMPULAN individu menggelarkan diri sebagai ‘Antifa Malaysia’ melakukan tindakan ganas di hadapan Dataran Merdeka, semalam.

Kumpulan itu yang turut disertai beberapa wanita dilihat mengibarkan bendera dengan tulisan ‘Antifa Malaysia’ atau Anti Fasis turut membakar sekurang-kurangnya tiga suar sebelum dan ketika memulakan perarakan.
-----
copied from: http://www.hmetro.com.my/articles/2014050203081320140502030813/Article/#

No comments:

Post a comment