Thursday, 15 May 2014

UNIVERSITI BUKAN TEMPAT MELAHIRKAN PAK TURUT

KENYATAAN MEDIA 
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA
PEMUDA PAS MALAYSIA
BERTARIKH: 16/5/2015

Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada malam 14/5/2014 di mana pihak keselamatan universiti telah bertindak mengunci pintu dewan bagi menghalang perjalanan forum bertajuk "Hudud: Kefahaman Sebelum Perlaksanaan".

Saya telah dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Imu Wahyu UIAM untuk menjadi ahli panel forum tersebut yang dibuka kehadiran kepada seluruh warga UIAM. Namun setelah saya hadir ke dewan kuliah yang menjadi lokasi penganjuran forum tersebut, saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa pihak keselamatan UIAM pada saat akhir telah bertindak mengunci pintu dewan walaupun pelbagai persediaan dan kelengkapan dewan telah disediakan oleh pihak penganjur.

Akibat daripada itu, pihak penganjur terpaksa menghampar tikar di luar dewan kuliah untuk meneruskan sesi forum tersebut memandangkan ramai hadirin yang telah hadir. 

Saya telah dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa program ini sebenarnya telah pun diluluskan oleh pihak pentadbiran universiti. Justeru, tidak timbul isu keesahan program ini hingga membawa kepada tindakan mengunci pintu dewan sedemikian.

Saya lebih kesal dengan pihak pentadbiran UIAM apabila pihak penganjur memaklumkan bahawa alasan yang diberikan oleh pegawai keselamatan tersebut adalah kononnya nama saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis. Saya ingin menegaskan bahawa alasan oleh pihak pentadbiran UIAM ini adalah suatu fitnah yang jahat dan bertujuan untuk menghina saya. Saya pohon pihak universiti untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis sedemikian rupa. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah dituduh atau didakwa di mahkamah mahupun ditahan oleh pihak polis untuk sebarang kes jenayah. Justeru, apa justifikasi pihak universiti bagi menafsirkan saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis?

Justeru, saya percaya alasan yang diberikan tersebut adalah alasan yang tidak munasabah, bersifat menghukum, pra-matang, tidak berasas dan bersalahan dengan undang-undang. Sebaliknya, ia hanyalah alasan yang bersifat afterthought' (terfikir kemudian) semata-mata demi menghalang forum tersebut daripada diadakan.

Lebih malang, saya dimaklumkan bahawa satu lagi forum yang membincangkan tentang hudud di UIAM turut dibatalkan pada malam tadi di mana kejadian ini berlaku di sebuah universiti yang digelar Taman Ilmu dan Budi. Saya amat hairan mengapakah pentadbiran UIAM berasa paranoid mengenai topik hudud ini tatkala subjek hudud turut diajar kepada mahasiswa undang-undang syariah di UIAM sendiri.

Seharusnya, universiti merupakan tempat untuk melatih intelektual mahasiswa dan forum sebegini seharusnya diperbanyakkan bagi membentuk nilai diri mahasiswa yang seimbang antara intelektual dan rohani; bukan menjadi pak turut. Ia adalah sepertimana yang diputuskan di dalam kes Muhammad Hilman Idham & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors [2011] 9 CLJ 50, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan "Universiti-universiti sepatutnya menjadi tempat memupuk ahli-ahli reformasi dan para pemikir dan bukan institusi-institusi yang melahirkan pelajar-pelajar yang dilatih sebagai robot-robot".

Saya ingin menyatakan bahawa tindakan pihak universiti sedemikian tidak sekali-kali akan menghalang gelombang anak muda yang cintakan ilmu. Malah, ia lebih menyemarakkan lagi semangat anak muda untuk terus ke hadapan bagi mencari kebenaran.

Justeru, saya mengucapkan syabas kepada anak-anak muda yang tetap bersemangat dan meramaikan majlis forum malam itu dengan tidak berganjak walau ditekan dengan pelbagai cara oleh pihak pentadbiran. Ia bukti bahawa anak-anak muda kini adalah celik undang-undang dan bukanlah pak turut yang gentar dengan ugutan murahan. Syabas anak muda!

NOORAZMIR ZAKARIA
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA
PEMUDA PAS MALAYSIA

Monday, 12 May 2014

Ahmad Said Umum Keluar Umno

-------

TERKINI: Ahmad Said Umum Keluar Umno

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 2:31 AM
ahmad said
Ahmad Said.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Selepas dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar petang Isnin, terbaharu beliau mengumumkan keluar daripada Umno beberapa jam selepas penggantinya mengangkat sumpah jawatan

Berikutan tindakannya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal ini menjadi calon Bebas.

"Saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi Dewan Undangan Negeri Kijal," katanya dalam sepucuk surat yang ditandatangani olehnya.

Bagaimanapun, Ahmad Said tidak keseorangan apabila Adun Ajil, Ghazali Taib turut mengisytiharkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta-merta.
Surat berkenaan turut ditandatangani oleh Ghazali. 
Sumber terdekat dengan Ahmad Said mengesahkan mengenai peletakkan jawatannya dan beliau akan mengadakan satu sidang media mengenainya pada Selasa.
Dengan perkembangan terbaharu ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR)  pula satu kerusi. 

Jika benar Ahmad dan Ghazali keluar meninggalkan Umno ini bermakna kedudukan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) boleh tumbang seandainya mereka memilih untuk menyokong pakatan sebagai wakil Bebas.

Dan jika ini berlaku, Ahmad Razif hanya sempat menyandang jawatan menteri besar untuk beberapa jam sahaja iaitu yang tersingkat dalam sejarah negeri itu.

Terdahulu, pada pukul 9.25 malam Isnin, Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan Ahmad Said dihadapan Sultan Terengganu, sultan Mizan Zainal Abdin di Istana Syarqiyyah di Cendering dekat Kuala Terengganu.
Spekulasi memuncak kebelakangan ini  bahawa Ahmad akan digantikan berikutan adanya perjanjian tidak rasmi beliau bersetuju mengekalkan jawatan menteri besar untuk selama setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Ahmad dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu pada 9 Mei 2013.

Beliau pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008.

-------

Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO



------
KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan olehADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.

Baki dua lagi adalah calon bebas.
------
sumber: http://www.astroawani.com/news/show/bekas-mb-terengganu-ahmad-said-keluar-umno-35714

Saturday, 10 May 2014

'Sudah diputuskan sejak 2008'

OLEH: NURUL AINI MOHAMED ALI
Tarikh: Mei 10, 2014

SHAH ALAM - Kerajaan negeri menafikan kadar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara baru dinaikkan, bahkan keputusan menaikkan kadar sewa itu sudah dibuat sejak 2007 lagi.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri juga sudah bersetuju mengurangkan kadar sewa kepada penyewa yang berpendapatan RM1,500 ke bawah dengan jumlah isi rumah lima orang.

"Kadar baru itu hanya kita laksanakan pada November 2008 dan kadar RM250 itu hanya dikenakan kepada penyewa yang berpendapatan RM1,500 ke atas.

"Selepas anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSS) ambil alih, kita mula mengkaji semula status pendapatan penduduk di sini kerana hal itu adalah sesuatu yang berubah, ada naik turun," katanya kepada Sinar Harian ketika membuat lawatan di PPR tersebut, semalam.

Minggu lalu, beberapa penduduk mengadakan bantahan secara aman yang turut disertai Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan.

Mereka berkumpul bagi membantah kenaikan sewa baru RM250 yang dikenakan sekali ganda berbanding kadar sebelum ini iaitu RM124.

Menurutnya, keputusan meletakkan kadar sewa RM250 itu adalah selepas proses kemas kini dibuat dan didapati penduduk yang gaji lebih RM1,500 perlu membayar dengan kadar sewa berkenaan.

"Kalau dilihat atau dibandingkan dengan PPR di tempat lain, kadar sewa boleh mencecah RM600 sebulan. PPR ini boleh dikira antara yang paling murah," katanya.

Mengulas lanjut, Iskandar menambah, pihaknya akan mengemukakan cadangan di mesyuarat Exco bagi membuat pengecualian kenaikan kadar sewa kepada kumpulan OKU, warga emas dan golongan ibu tunggal.

"Kita akan pertimbangkan juga jumlah tanggungan dalam setiap ahli keluarga, contoh jika gaji tinggi melebihi RM1,500 tetapi ada tanggungan empat anak, maka mungkin mereka akan dikenakan sewa RM124 sahaja.

"Kita juga akan pamerkan semua nama yang dikenakan kadar RM124 ini, supaya ada ketelusan dan boleh menilai sama ada layak dapat pengecualian atau sebaliknya," katanya.

Tuesday, 6 May 2014

TAHNIAH DUN SARAWAK : TUNTUT 20% ROYALTI PETROLEUM SAMPAI DAPAT!

Saya mendapat perkhabaran GEMBIRA bahawa DUN Sarawak telah meluluskan USUL agar ROYALTI Petroleum dinaikkan daripada 5% kepada 20%. 

Menariknya, usul ini di bawa oleh ADUN Semop dari BN iaitu YB Abdullah Saidol. 

Sebagai anak Sarawak, sudah pasti ini merupakan satu berita baik yang ditunggu-tunggu selama ini untuk kesejahteraan semua anambiak Sarawak.

Sebagai sebuah negeri yang menjadi penyumbang utama kepada BN dalam soal kerusi di Parlimen dan DUN, sudah semestinya Pemimpin Sarawak mestilah BERANI dan KONSISTEN mendesak Kerajaan Persekutuan yang juga ditadbir oleh BN supaya AKUR akan tuntutan ini.

Dengan semangat yang ada pada Ketua Menteri yang baru serta sokongan padu yang diberikan oleh hampir kesemua ADUN Sarawak (baik dari BN dan PR), kini TIADA ALASAN untuk Kerajaan Persekutuan BN menolak usul ini. 

Di sinilah konsep RAKYAT DIDAHULUKAN yang BN war-warkan sebelum ini dibuktikan. 

Justeru, sudah pasti dengan penambahan royalti itu nanti, banyak perkara atau tindakan yang boleh dilakukan untuk rakyat yang berada di Sarawak khususnya. Penambahan royalti ini juga sudah pasti dapat menyelesaikan BANYAK isu atau masalah yang wujud di dalam Negeri Sarawak. 

Saya ingin membawa perhatian teman-teman semua kepada Empat (4) daripada 12 Tawaran PAS Sarawak yang telah dilancarkan pada tahun 2012. PAS Sarawak bertekad di dalam TUNTUTAN ROYALTI ini sebelum PRU ke13 lagi.

Sebagai permulaannya, 4 daripada 12 TAWARAN yang boleh disuaimanfaatkan HASIL daripada pertambahan royalti adalah :

1) Mewujudkan Tabung Warisan Petroleum Anambiak Sarawak dan menawarkan Skim Khas kepada Golongan Wanita dan Anambiak Muda untuk memulakan perniagaan, pertanian dan latihan kemahiran; 

2) Meningkatkan taraf KEPERLUAN ASAS seperti bekalan Elektrik dan Air Bersih terutama di kawasan luar bandar, rumah panjang dan perkampungan di pend
alaman; 

3) Menyiapkan Lebuhraya Pan-Borneo dan sistem pengangkutan serta pembangunan SEIMBANG; DAN

4) Wujudkan peluang pekerjaan dengan menjadikan Sarawak sebagai hub agropolitan yakni pengeluar makanan utama dan HALAL di Malaysia. Dengan ada peluang pekerjaan sebegini sudah pasti dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi dan mengurangkan jurang kemiskinan.

Hakikatnya, banyak lagi yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyat di negeri ini. 

Apepun sebagai respon awal, TAHNIAH kepada DUN Sarawak kerana BERANI dan BERJAYA meluluskan USUL ini. 

"UNTUKMU SARAWAK"

~ ABANG AHMAD KERDEE
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak

CELUPAR HINA WANITA BERTUDUNG: BUBAR SAHAJA ULAMA MUDA UMON

KUALA LUMPUR: Kenyataan menyamakan wanita bertudung yang menyertai Himpunan Bantah 501, di Dataran Merdeka, Khamis lalu sebagai pelacur adalah biadab, menghina dan hilang akal, tegas Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, ungkapan yang terbit daripada Setiausaha Majlis Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman @ Abu Amru itu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang waras.

Apatah lagi wanita yang hadir dalam perhimpunan itu, jelas beliau hanya menyuarakan penentangan terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Pemuda PAS dengan ini menggesa Pemuda Umno agar bertindak segera membatalkan cadangan penubuhan Majlis Ulama Muda Umno setelah setiausaha badan tersebut mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina wanita Islam yang bertudung labuh.

"Ia penting bagi menjaga nama baik agama Islam khususnya nama ulama yang digunakan oleh mereka," ujar Nasaie.

Menurut beliau, kenyataan biadab itu diungkap selepas beberapa hari Naib Ketua Pemuda Umno,  Khairul Azwan mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno di bawah Akademi Pemuda Umno.

Walaupun disebut penubuhan tersebut bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar agama dari luar negara memberi sumbangan kepada Umno, namun bagi Nasaei, tindakan awal penerajui majlis itu menyamakan wanita bertudung labuh sebagai pelacur memberi gambaran buruk kepada organisasi tersebut.

Sehubungan itu, Nasaei menuntut Mohd Radzi memohon maaf secara terbuka dan  menarik balik kenyataan buruknya.

"Pemuda PAS menyanjung tinggi wanita-wanita yang turun ke Dataran Merdeka dalam himpunan Khamis lalu dan mereka adalah wanita mulia yang sanggup berkorban demi masa depan Malaysia.

"Perjuangan mereka menentang GST mesti diberi penghargaan, bukan dihina dengan gelaran buruk seperti dilakukan ulama muda Umno tersebut," katanya. - HARAKAHDAILY, 6/5/2014

Friday, 2 May 2014

Kumpulan Anti Fasism Malaysia Buat Kecoh Untuk Perkenalkan Diri.



-----
Kumpulan Anti Fasism Malaysia Buat Kecoh Untuk Perkenalkan Diri.


2 MAY 2014 LEAVE A COMMENT


Siapa mereka ini?..ada tulisan RACISM.pakaian serbahitam.warna bendera ala Ku KluxKlan Amerika




Kumpulan Ku Klux Klan memegang bendera merah ,berpakaian serba hitam pada perhimpunan di hadapan bangunan Tower Georgia.Atlanta AS.

FortunaMedia.com|Kumpulan Anti Fasism Malaysia Buat Kecoh Untuk Perkenalkan Diri.



Sekitar jam 4.15 petang hari ini (1May Day 2014) di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad ,Dataran Merdeka .Kuala lumpur tiba-tiba sekumpulan anak muda berpakaian hitam,seluar jean sempit kecil dibawah dan berkasut kain seperti style kumpulan Skin Head 90an .Cuma kumpulan yang menggelar diri mereka ini sebagaiAntifa Malaysia tidak berambut gundul atau botak malah diantara mereka mengenakan cap ala topi kumpulan Neo Nazi Eropah .Dan ada yang memakai jaket dengan penutup kepala berkerucut ala kumpulan rasis Ku Klux Klan Amerika.





Mereka terdiri lebih kurang 30.orang memakai bandana bagi menutup identiti mereka, telah membuat membuat kecoh dengan melakukan provokasi kepada media dengan mengeluarkan perkataan kesat seperti ‘Fuck Media’ kepada wartawan dan mengeluarkan isyarat lucah kepada jurugambar yang cuba merakamkan aksi mereka itu.[1]


Kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu berjaya diselesaikan sejurus petugas dari Jabatan Unit Amal PAS tiba di lokasi kejadian.



Dan menurut petugas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditempat kejadian, NGO berkenaan telah menafikan mereka mempunyai pertalian dan tiada mengena dengan kumpulan tersebut.


Logo Antifa Malaysia(anti facism)



Apabila gambar-gambar kumpulan anakmuda Antifa Malaysia ini muncul di media sosial hari ini,saya sebagai pemerhati politik dan juga pernah menulis tentang kumpulan-kumpulan anarkis di barat dan Asia ini.sudah tentu terkejut.dengan tiba-tiba kemunculan mereka.


Setelah search di google saya tak menemukan jawabannya.tentan kumpulan Antifa malaysia ini hanya muncul titi terang setelah saya search di Yahoo Answers inilah beberapa jawabannya;



What is ANTIFA? Why is it so popular?[2]
Expat Mike answered

I know Antifa is a term for antifascists and is usually applied to those who are militant (violent) against fascism.


☆Phlox answered


Anti-fascism. Because it’s anti-fascism.


Saya masih belum puas hati sebab belum jumpa jawaban kongkrit.Akhirnya saya search di facebook..Na’uzubillah.

Rupanya kumpulan ini memang ada di Malaysia.bila saya menelusuri FB kumpulan mereka,nampaknya masih baru lagi,dengan melihat tidak ramai lagi keanggotaan grup FB mereka.
Dan sekilas bila menelusuri salah satu anggota FB mereka;https://www.facebook.com/zam.skunk.



Saya menilai kumpulan ini seperti kumpulan yang masih mencari identiti. Dalam kenyataan mereka di FB,mereka Anti Facism.namun mereka ada memposting logo-logo Nazi yang jelas berfahaman fasisme.


Namun kenapa mereka membuat kecoh dan provokasi demikian..Ini adalah biasa dalam sebuah organisasi/kumpulan anakmuda yang bersifat masih mencari identiti.Ada pelbagai cara untuk mereka memperkenalkan diri ke publik.



Jadi dengan sedikit kekecohan itu dan ditambah embel-embel baner bertulisan ‘racism’ membuat mereka akan dikenal publik.Contohnya saya sendiri tertarik dengan kemunculan mereka kerana kekecohan tersebut.Jika sekiranya mereka hanya berbaris teratur dan sopan.sudah tentu publik tidak akan mengenali kumpulan mereka




Jika benar mereka anti fasisme sudah tentu aliran fahaman mereka akan menuju sebuahanarkis.Sebab anti facism sealiaran atau selevel dengan anarkis.Aliran anarkis bukan semestinya berontak atau revolusi.Umumnya misi-visi mereka untuk membasmi kemiskinan dan penindasan.



Sedikit info secara umum tentang Anarkisme,[3]

Anarkisme atau dieja anarkhisme yaitu suatu fahaman yang mempercayai bahwa segala bentuk negara, pemerintahan, dengan kekuasaannya adalah lembaga-lembaga yang menumbuh suburkan penindasan terhadap kehidupan, oleh kerana itu negara, pemerintahan, beserta perangkatnya harus dihilangkan/dihancurkan.

Secara spesifik pada sektor ekonomi, politik, dan administratif, Anarki berarti koordinasi dan pengelolaan, tanpa aturan birokrasi yang didefinisikan secara luas sebagai pihak yang superior dalam wilayah ekonomi, politik dan administratif (baik pada ranah publik maupun private).



Apa itu Fasisme[4]



Fasisme (B. Inggeris: Fascism) merupakan ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat. Fasisme mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama. Ideologi ini meliputi unsur-unsur nasionalisme, ketenteraan, korporatisme, totalitarianisme, antikomunisme dan antiliberalisme.



Pejuang fasisme yang terkenal ialah bekas pemimpin Italy, Benito Mussolini.

Ideologi ini mula lenyap selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Kuasa Paksi. Penggunaan perkataan “fasis” terhadap seseorang dianggap menghinakan. Namun, terdapat juga parti-parti politik di Italy yang memperjuangkan ideologi ini, seperti “Fiamma Tricolor”.



FOTO by Omakkau.blogger




Demikianlah sekilas analisis saya agak tergesa-gesa ini.tentang kumpulan baru ‘ANTIFA-Anti Fasime Malaysia’ mudah-mudahan ada manfaatnya.

-----

copied from: http://helmysyamza.wordpress.com/2014/05/02/kumpulan-anti-fasism-malaysia-buat-kecoh-untuk-perkenalkan-diri/

‘Geng hitam’ bikin onar

-----

‘Geng hitam’ bikin onar

Kuala Lumpur: Suasana aman perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bertukar kecoh dengan tindakan agresif sekumpulan pemuda yang cuba mencetuskan provokasi melampau dan membakar suar.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, kumpulan kira-kira 20 individu berpakaian hitam dan bertopeng itu mula menyalakan suar ketika semua peserta perhimpunan mula meninggalkan kawasan depan Dataran Merdeka di sini. 
Kumpulan ini yang berarak sejauh kira-kira 100 meter mula mencetuskan provokasi dengan memaki hamun, mencarut selain menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media. 

Mereka yang turut dihalang oleh Unit Amal PAS bagaimanapun berdegil dan turut membaling kayu sepanduk kepada wartawan, jurugambar dan jurukamera media yang merakam gelagat mereka di lokasi sama.
Foto
KUMPULAN individu menggelarkan diri sebagai ‘Antifa Malaysia’ melakukan tindakan ganas di hadapan Dataran Merdeka, semalam.

Kumpulan itu yang turut disertai beberapa wanita dilihat mengibarkan bendera dengan tulisan ‘Antifa Malaysia’ atau Anti Fasis turut membakar sekurang-kurangnya tiga suar sebelum dan ketika memulakan perarakan.
-----
copied from: http://www.hmetro.com.my/articles/2014050203081320140502030813/Article/#

GAMBAR BUDAK KUMPULAN ANTIFA MALAYSIA YANG TUNJUKKAN ISYARAT LUCAH KEPADA WARTAWAN SEMASA HIMPUNAN BANTAH GST TERSEBAR DI INTERNET!!!!



----
GAMBAR BUDAK KUMPULAN ANTIFA MALAYSIA YANG TUNJUKKAN ISYARAT LUCAH KEPADA WARTAWAN SEMASA HIMPUNAN BANTAH GST TERSEBAR DI INTERNET!!!!







Kumpulan anak muda yang berpakaian serba hitam dan memakai bandana bagi menutup identiti individu menggelarkan diri mereka sebagai Antifa Malaysia telah melakukan provokasi kepada media pada jam 4.15 petang tadi di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dengan mengeluarkan perkataan kesat dan lucah seperti 'Fuck Media' sambil mengeluarkan isyarat jari tengah.

Kumpulan berkenaan berarak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetapi NGO berkenaan telah menafikan mereka mempunyai pertalian dengan kumpulan itu menunjukkan isyarat lucah kepada wartawan dan jurugambar yang cuba merakamkan aksi mereka itu.

Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.

Aksi tersebut telah berjaya dirakam dan kini tersebar ligat sungguh di alam siber.

Kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu berjaya diselesaikan sejurus petugas dari Jabatan Unit Amal PAS tiba di lokasi kejadian.

Seekor kerbau bawa lumpur habis semuanya terpalit.

----

Demo GST: Fitnah Seorang Anggota Unit Amal PAS Mati Ditikam Kumpulan SAMM



-----
Demo GST: Fitnah Seorang Anggota Unit Amal PAS Mati Ditikam Kumpulan SAMM




Berikut adalah berita terkini yang belum disahkan oleh pihak Polis yang diperolehi daripada FB Afiq KLtown yang menyatakan seorang anggota unit amal PAS telah terbunuh dalam pergaduhan dengan kumpulan SAMM


Sumber Parodi Killer
DEMONTRASI BANTAH GST :GAMBAR YANG DI DAKWA BERLAKU KEMATIAN ADALAH PALSU !!!!


Susulan daripada kegagalan demonstrasi #BoikotGST yang diadakan oleh PKR hari ini, NGO yang diketuai oleh Chegubard, seorang pemimpin PKR telah memulakan pergaduhan dengan unit Amal PAS, salah satu rakan mereka didalam Pakatan Rakyat. Kan lawak tu, kawan sama kawan bergaduh dalam demonstrasi yang mereka sendiri anjurkan. Ya allah, nasib baik la tak memerintah negara, kalau tak jahanam!!
Al Fatihah, seorang anggota unit amal PAS yang terlibat dalam pergaduhan dengan kumpulan Soliditari Anak Muda Malaysia SAMM telah ditikam dan disahkan mati di tempat kejadian. Suspek anggota SAMM berjaya ditahan oleh pihak Polis setelah cuba melarikan diri dari kepungan pendemo di Dataran Merdeka. Turut ditahan beberapa ahli SAMM yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Hari ini berlangsung demonstrasi GST yang mana belaku sedikit pertelingkahan antara pihak media, Unit Amal dan SAMM yang mana ia bakal mengheret kepada keadaan anarki yang jelas tidak memberi manfaat kepada negara.

Berlegar-legar didalam whatapps/facebook/twitter yang mana melaporkan belakunya kematian seorang ahli Unit Amal yang kononnya ditikam oleh seorang ahli kumpulan SAMM. Akan tetapi pihak polis belum mengesahkan apa apa sehingga masa kini.

Yang menjadi persoalan kenapa gambar ini disebarkan sedangkan ini bukanlah kejadian yang belaku hari ini.

Tak silap admin ini adalah kejadian amuk pada Oktober 2013.

Berhati hati dalam menyampaikan sebarang berita!