Wednesday, 16 April 2014

PAS Perak Ucap Takziah Kepada Seluruh Ahli Keluarga YB Mediang Karpal Sigh


PAS Perak ucap takziah kpd seluruh ahli keluarga YB mediang Karpal Sigh yang meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi tadi.

Rakyat di negara ini kehilangan seorang tokoh politik paling berpengalaman juga seorang peguam kanan terkemuka. Ketokohan sebagai seorang politikus yang sangat berperinsip sukar dicari ganti.

Ketokohannya juga digeruni dan dihormati oleh rakan dan lawan. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh dengan prinsip yang terdapat dlm perlembagaan negara. Seorang yg tidak menyembunyikan sikap dan pandangannya terhadap rakan apatah lg lawan politiknya bahkan berani mengkritik raja-raja melayu.

PAS Perak turut bersedih atas pemergiannya dan ucap takziah kepada ahli keluarganya. PAS Perak turut merakamkan penghargaan atas sumbangan dan peranannya dlm mengembalikan semangat demokrasi yang dilihat semakin pincang dan menentang segala bentuk rasuah serta salah guna kuasa.

Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak.

No comments:

Post a comment