Monday, 7 April 2014

MEMORANDUM BANTAHAN KONSERT LIAR : FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA(FMFA).


MEMORANDUM BANTAHAN KONSERT LIAR : FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA(FMFA).
Memorandum penuh telah diterima oleh En. Rizuan ( Setiausaha Sulit Dato' Khairy Jamaluddin) setebal 7 mukasurat.

Memorandum ini telah dihadiri oleh pelbagai NGO antaranya :
1. Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan 
Malaysia(MAKPEN) 
2. Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik 
Kebangsaan(NGO PENDIDIK).
3. Sukarelawan Pendidikan Rakyat Malaysia.
4. Majlis Pengupayaan Melayu Malaysia(MAPIM)
5. NGO Department Of Arts, Culture& Sport. 
& Gabungan Pelbagai NGO Pendidikan.

Dalam sidang media,pendirian NGO PENDIDIK ialah :

1. Melahirkan rasa kesal dan dukacita atas insiden kematian 6 orang belia remaja dalam Konsert FMFA termasuk 2 orang pelajar wanita dari Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis. .

2. Di saat seluruh dunia dan rakyat Malaysia sedang berduka dan bersedih dengan kehilangan misteri MH 370. Negara Malaysia membenarkan penganjuran konsert liar hingga menyebabkan kematian rakyat Malaysia.

3.Tidak menghormati sensitiviti ummat Islam di saat seruan Solat Hajat dilakukan seluruh negara dengan penganjuran seumpama itu dengan membenarkan budaya hedonisme (hiburan melampau).

4. Menggesa matapelajaran Pendidikan Agama Islam dan Moral diwajibkan untuk membina jatidiri dan pengukuhan nilai murni generasi pelapis masa hadapan. 

5. Negara Malaysia bakal mewajibkan syarat lulus dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2016 menjelang SPM tetapi dari peperiksaan UPSR, PMR ,STPM dan sebagainya tidak pernah menitik beratkan matapelajaran Agama Islam dan Pendidikan Moral sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan .Seolah- olah dianggap tiada nilai dalam sistem pendidikan ,pengajaran serta pembelajaran di Malaysia .

5. Menegaskan bahawa keprihatinan dan perhatian pihak Menteri Belia & Sukan adalah penting dalam memperkukuhkan polisi pembangunan Belia Negara melalui segmen hiburan ,seni, budaya dan sukan .Kementerian ini ada tanggungjawab terhadap 'pencegahan konsert liar' seperti ini supaya tidak berulang lagi dan dijadikan iktibar bersama.

6. Jangan ada ,di saat warga pendidik dan pelbagai pihak sedang cuba membina jatidiri ,akhlak serta pembinaan jatidiri pewaris kepimpinan dan masa depan belia negara namun sebahagian pihak sengaja cuba 'meruntuhkan'!.

7. Warga pendidik bukan menolak hiburan tetapi biarlah memIliki etika dan garis panduan yang selari dengan panduan beragama dalam kehidupan.

Salam hormat daripada :
Pn. Normala Bt. Sudirman .
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan.

No comments:

Post a comment