Wednesday, 2 April 2014

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PASANGAN MALAYSIA NORSHALWATI DAN AZIZUL YANG DIJATUHI HUKUMAN DI SWEEDEN.

1.Merujuk kepada keputusan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas pasangan Malaysia oleh kerajaan Sweden dan kepada kenyataan balas berhubung dengan tindakan yang bakal dikenakan dan status mereka selepas tamat hukuman sebagai penjawat awam oleh kerajaan Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik dan antarabangsa, kita terpaksa rela akur kepada keputusan dan pemenjaraan tersebut.

2.Bila rakyat kita berada di negara lain maka mereka akan terikat dengan undang2 dinegara tersebut."Dimana langit dijunjung, disitu bumi dipijak".

3.Definisi dan kesalahan yang diterima pakai oleh negara luar, adakala tidak sama dan kadangkala bertentangan dengan undang2 kita harus diterima seluruhnya oleh warganegara kita.

4.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Lajnah Antara Bangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru agar tindakan dan reaksi bijaksana oleh kita sebagai majikan dan kerajaan yang bertanggungjawab, janganlah hendaknya menambah hukuman yang sedia ada dengan apasaja hukuman dan tindakan baru susulan dari penghakiman tersebut.

5.Cukuplah apa yang terjadi sebagai pengajaran dan pengorbanan mereka selama ini.Ini adalah kes pertama membabitkan warganegara kita dan kes pertama mereka sebagai ibubapa. Sebelum ini umumnya kita diMalaysia tidak menyedari akan seriusnya konsekuen yang bakal diterima oleh ibubapa dalam kes yang dianggap menjejaskan integriti kanak2 di Sweden ini.

6.Sebagai ibu bapa kandung kanak2 tersebut mereka sangat menyayangi anak-anak mereka. Semua gambar ceria dan kenyataan dari rakan karib dan reaksi spontan anak2 ini jelas menunjukkan keakraban dan kasih sayang mereka jauh melebihi apa sahaja sesekali atau satu dua peristiwa dan tindakan yang dianggap kurang wajar mereka dalam mendidik anak2 ini sepanjang hayat anak2 ini.

7.Sebagai orang yang pernah melihat dan melawat kanak2 ini, secara peribadi saya tidak melihat sebarang kesan fizikal mahupun trauma psikologi yang mungkin diakibatkan oleh penderaan berterusan apatah lagi perilaku luarbiasa mereka yang boleh dikaitkan dengan penderaan oleh ibu bapa mereka.

8.Niat dan undang2 Sweden mungkin baik untuk 100% menjaga kebajikan kanak2 tetapi harus kita imbangi bahawa sebagai ibu bapa yang mempunyai tanggungjawab mendidik dan melatih, pasangan ini selaku ibu bapa mereka juga berhak untuk mendenda dan menghukum dalam kadar yang berpatutan mengikut kaedah yang dibenarkan oleh syarak, budaya Melayu dan undang2 Malaysia.

9.Sebaiknya bila tamat tempoh hukuman sekiranya rayuan kita gagal, pasangan ini dibawa balik dan dibenarkan meneruskan kerjaya dan kehidupan mereka dengan anak2 mereka.

10.Penderitaan mereka terpisah dari anak2 kecil dan pasangan diluar negara dalam penjara cukup mendidik semua dan memberikan kesedaran terhadap anak2 akan nilai kasih sayang ibubapa .

11.Ia juga mengingatkan kita perlunya sikap kelembutan dalam ketegasan semasa mendidik dan mengajar.

12.Yang mereka perlukan kini adalah sokongan moral,empati dan doa kita bukan sekali lagi berhadapan dengan trauma dengan hukuman yang bakal diterima setelah pulang ke Malaysia nanti.

13.Keutamaan kita ialah mendidik rakyat bukan menghukum. Keutamaan kita sekarang adalah kebajikan anak dan keluarga ini bukan menambah garam sebagai perisa ke atas luka sedia ada.

14.Insya Allah parut yang tinggal akan menjadikan petanda dan sempadan buat semua. Pada anak dan ibubapa, Malaysia dan Sweden, antara pendidikan, hukuman dan kebajikan.

Sekian. Salam sayang buat buat semua.

HJH MUMTAZ MD NAWI
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan wanita, keluarga, kebajikan dan Kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan, 
Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, merangkap
Pengerusi lajnah antarabangsa DMPM


No comments:

Post a Comment