Tuesday, 29 April 2014

Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah bas



-----
Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah basDetailsCategory: Warta KedahPublished on Monday, 28 April 2014 15:17Hits: 96

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 buah bas disediakan PAS Kedah kepada para penyokong dan ahlinya bagi mengikuti Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur nanti.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain bas terdapat juga mereka yang hadir menaiki kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam.



"Tambang dibayar sendiri oleh mereka antara RM50 hingga RM60 setiap seorang.

"Setakat ini 56 buah bas dan kita menjangkakan akan ada penambahan bas lagi," jelasnya

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menggesa agar organisasi PAS di seluruh negara terus menggerakkan ahli-ahli bagi memastikan lebih ramai yang hadir pada perhimpunan itu.

"PAS setiap negeri perlu terus menggerak jentera mereka bagi memastikan lebih ramai penyokong dan ahli mereka hadir pada 1 Mei.

"Ini yang kita ingin tunjukkan kepada kerajaan terhadap bantahan yang kita lakukan," sambung beliau.

Beliau yang memberi jaminan himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) itu akan berlangsung dengan aman dan meminta semua pihak yang hadir agar tidak menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan.

No comments:

Post a comment