Tuesday, 8 April 2014

BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA 'DENDAM POLITIK' TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

KENYATAAN MEDIA: 

BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA ‘DENDAM POLITIK’ TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
Dari : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).
Tarikh : 9 April 2014: 

“Pendedahan YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen semalam membuktikan kezaliman regim UMNO Barisan Nasional telah berlaku sejak merdeka hingga ke hari ini semakin berleluasa terhadap warga pendidik dan ianya tidak boleh dinafikan lagi.” Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).

Kenyataan YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary , yang memberikan pendedahan senarai nama warga pendidik yang dilabelkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) di kawasan parlimen beliau,(Parlimen Bachok Kelantan) dan bukti pendedahan arahan untuk guru ditukarkan adalah dari orang yang berjawatan politik dari UMNO Barisan Nasional termasuk laporan dari Ketua Cawangan UMNO terhadap warga pendidik amat menyedihkan dan mencalar imej perguruan di Malaysia.

Terbukti pelanggaran prosedur telah lama berlaku dalam urusan penempatan guru untuk berkhidmat  bukan alasan ‘atas keperluan perkhidmatan” tetapi dengan suatu alasan atau tuduhan yang yang tidak berasas sama sekali kerana campuraduk kefahaman dan sentimen politik kepartian yang sempit.

Penafian Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini yang sering menjawab bila isu ini dibangkitkan dalam sidang parlimen dengan jawapan ianya  adalah ‘prosedur biasa ‘ adalah bercanggah dengan tindakan dan pembuktian fakta yang telah diberikan oleh YB Al- Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok  dan ‘Memorandum Bantahan Kezaliman Terhadap Warga Pendidik ‘ berkaitan isu pertukaran guru ,pemecatan tidak mengikut prosedur dan ditahan gaji yang diserahkan oleh NGO PENDIDIK  di Parlimen ,SUHAKAM,dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2012 dan 2013 serta 2014 baru – baru ini.

“Saya menyeru agar warga pendidik bangkit mempertahankan hak mereka dari ditindas dan dizalimi dengan tampil mendedahkan bukti terhadap kepincangan yang berlaku dalam persada pendidikan negara.”Guru perlu berani menyuarakan kebenaran agar martabat mereka tidak sewenang- wenangnya  diperlekehkan oleh pihak yang berjawatan dalam politik UMNO Barisan Nasional . “

Jangan biarkan martabat guru yang banyak berjasa mendidik anak mangsa ini  menjadi mangsa ‘dendam politik UMNO Barisan Nasional’ dan ‘penjara organisasi yang menindas‘ini dibiarkan berterusan kerana yang akan rugi adalah anak bangsa pewaris kepimpinan pada masa akan datang. 

NGO Pendidik ingin mengingatkan bahawa doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT.

Ingatlah bahawa tangan yang menurunkan tandatangan ,bersubahat dalam urusan pertukaran secara zalim dan apa sahaja pertuduhan ,fitnah yang menganiaya warga pendidik  akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT diakhirat nanti.

“Jadi ,saya ingin memberikan amaran agar jangan menzalimi pendidik dan guru yang berjiwa mulia dan banyak berjasa kepada negara dengan fahaman ketaksuban politik yang sempit kerana mereka tidak akan terlepas dari urusan pertimbangan dosa dan pahala serta pertimbangan syurga neraka di akhirat kelak.

Saya selaku Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan  ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada  Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen semalam dan kepada pihak Akhbar Sinar Harian yang memaparkan liputan pada hari ini di m/s hari ini. 


“ Kami akan terus konsisten memperjuangkan hak warga pendidik dari menjadi mangsa kezaliman seperti ini dan akan terus membantu agar kebajikan mereka terbela dari sudut guaman dan perundangan agar profesionalisme perguruan terus dihormati dalam persada pendidikan negara”. Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden NGO PENDIDIK sambil menutup perbualan.
  
Salam hormat daripada :

Pn Normala Bt. Sudirman@ Cikgu Mala.
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan


No comments:

Post a comment