Tuesday, 29 April 2014

Barang Naik: Himpunan Rakyat 1 Mei 2014

-----

Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin akan menjadi tahun demonstrasi.NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) malam tadi mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei ini, yang juga Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.

Menjeling itu juga, katanya, "perhimpunan kecil-kecilan" akan tetap diadakan bagi membina momentum menjelang perhimpunan yang belum ditetapkan lokasi dan tarikh tetapnya itu.

Menurutnya, himpunan "kecil" yang boleh mencapai jumlah 20,000 orang itu akan bermula di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di ibu negara esok.
NONE"Kemuncaknya, 1 Mei, saya sendiri akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama NGO untuk ajak orang (turun) pada 1 Mei ini yang kebetulan Hari Pekerja.

"Yang menderita sekarang adalah pekerja awam khasnya dengan tambang sekolah, semuanya sekali.

"Maka eloklah rakyat kita keluar (berhimpun) kerana negara kita miskin, bukan kerana tak ada hasil tetapi kerana rasuah dan penyelewengan.

"Ini yang perlu ditekankan kepada rakyat," katanya sewaktu wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama bersama beberapa wartawan atas talian, termasuk Malaysiakini.

Himpunan esok bersempena pelancaran kempen seluruh negara "Faham GST, Tolak GST" yang diumumkan Pakatan Rakyat tidak lama dahulu.

BERSIH 4.0 mungkin tahun depan

Sementara itu, Mohamad juga berkata, himpunan keempat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dijangka diadakan pada tahun depan atau 2015.

"Satu lagi himpunan BERSIH akan ditentukan tarikhnya kerana ketua BERSIH sekarang iaitu Saudari (pengerusi bersama yang baru) Maria Chin Abdullah masih di peringkat penyusunan kabinet mereka," katanya.

Himpunan besar-besaran terakhir di ibu negara anjuran BERSIH sebelum ini diadakan pada 28 April 2012.

No comments:

Post a comment