Tuesday, 29 April 2014

HIMPUNAN RAKYAT 1 MEI DITERUSKAN DAN MOBILISASI BESAR SEDANG BERJALAN.



-----

HIMPUNAN RAKYAT 1 MEI DITERUSKAN DAN MOBILISASI BESAR SEDANG BERJALAN.



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan 'menuju Dataran Merdeka'. Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka.

Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang. Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari 5 titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa 4 tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.

SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan masej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.

Himpunan hari pekerja 2014 membawa tema membantah GST, ini sesuai dengan seruan Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan buget dan ketika menyebut fasal GST beliau sendiri ingin melihat respon rakyat. Jika jumlah yang turun besar SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.

Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasukkan rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara juga memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim.

Jika mengikut skrip regim ini mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat.

Kepada penguasa diharapkan jangan panik tak tentu hala. Ini proses demokrasi iaitu rakyat berkumpul menyatakan hak dan pandangan. Ini sudah dijamin dalam perlembagaan Malaysia.

Ambil contoh himpunan malam tahun baru, peserta berjaya memasuki Dataran Merdeka dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semua berjalan baik. Kerjasama baik antara penguasa dan demonstran. Amat yakin sekali lagi kerjasama erat ini mampu dilakukan dalam Himpunan 1 Mei ini.

SAMM telah mengkerahkan semua komrad SAMM dari seluruh negara untuk bersama disamping sudah mempersiapkan 100 marshal berpengalaman untuk membantu menyelia himpunan tersebut.


surat arahan rasmi Pemuda Pas


SAMM mengucapkan tahniah kepada semua organisasi yang berani dan bertanggungjawab dalam mengerahkan anggota mereka menjayakan Himpunan ini. Contohnya Dewan Pemuda PAS yang sudahpun secara rasminya menggerakkan anggota Pemudanya.

Ayuh bersama 1 Mei himpunan terbesar rakyat di Kuala Lumpur.

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/04/himpunan-rakyat-1-mei-diteruskan-dan.html#ixzz30L55Bv5T

Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah bas



-----
Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah basDetailsCategory: Warta KedahPublished on Monday, 28 April 2014 15:17Hits: 96

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 buah bas disediakan PAS Kedah kepada para penyokong dan ahlinya bagi mengikuti Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur nanti.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain bas terdapat juga mereka yang hadir menaiki kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam.



"Tambang dibayar sendiri oleh mereka antara RM50 hingga RM60 setiap seorang.

"Setakat ini 56 buah bas dan kita menjangkakan akan ada penambahan bas lagi," jelasnya

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menggesa agar organisasi PAS di seluruh negara terus menggerakkan ahli-ahli bagi memastikan lebih ramai yang hadir pada perhimpunan itu.

"PAS setiap negeri perlu terus menggerak jentera mereka bagi memastikan lebih ramai penyokong dan ahli mereka hadir pada 1 Mei.

"Ini yang kita ingin tunjukkan kepada kerajaan terhadap bantahan yang kita lakukan," sambung beliau.

Beliau yang memberi jaminan himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) itu akan berlangsung dengan aman dan meminta semua pihak yang hadir agar tidak menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan.

Himpunan 1 Mei Haram : NGO Kecewa Dengan Kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi



-----
Himpunan 1 Mei Haram : NGO Kecewa Dengan Kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi




ACP Zainuddin Ahmad



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/polis-tidak-boleh-berterusan-beri-tekanan-kepada-ruang-demokrasi-ngo-34617?cp
Badan bukan kerajaan (NGO) BERSIH 2.0 berasa kecewa dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang melabel Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur sebagai ‘haram’.

Malah dalam laporan akhbar The Star, Zainuddin juga menggesa masyarakat supaya menjauhkan diri dari menyertai himpunan tersebut.

Dalam kenyataan kepada media, BERSIH 2.0 berpendapat bahawa polis tidak boleh berterusan menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menghentikan sesuatu himpunan itu.

“Hari Pekerja secara tradisinya merupakan sambutan seluruh dunia yang diadakan dengan adanya himpunan dan ini merupakan kebebasan untuk berhimpun seperti yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kuasa undang-undang tertinggi di negara ini,”.

“Kenyataan OCPD itu memberi refleks negatif kepada negara ini dimana kredibiliti demokratik semakin merudum ditambah dengan gangguan dan tekanan kuasa politik walaupun Perdana Menteri pernah menjelaskan bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi yang terbaik di dunia,”.

Oleh hal demikian, BERSIH 2.0 menyarankan bahawa polis dapat memberi tahap komitmen yang tinggi dalam memberi laluan kepada himpunan aman 1 Mei ini seperti mana yang akan mereka berikan kepada lawatan sulung Presiden Amerika Syarikat pada Sabtu ini.



Badan NGO itu juga menggalakkan polis supaya polis dapat melihat peranan mereka selari dengan masa dalam menjulang proses demokrasi yang sekian lamanya didukung oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Tribunal Rakyat pada Pilihan Raya ke-13 tahun lalu.

Sementara itu, seramai 30 orang mewakili 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman (ipdk) bagi membantah perhimpunan haram anjuran pembangkang itu.

Mereka yang menamakan kumpulan itu sebagai Gerakan Suara Anak Muda Kemaman (GSAMK) di ketuai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kemaman Mohd Fauzi Mat Adam.

Laporan polis di buat Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira jam 10.00 pagi.

Mohd Fauzi berkata mereka membantah perhimpunan haram yang dirancang pihak pembangkang kerana dianggap haram dan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Program berkenaan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa selepas penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.

Gerakan Suara Anak Muda Kemaman berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pihak penganjur jika mereka meneruskan perhimpunan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku"

Perhimpunan seumpama itu hanya menimbulkan keburukan seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya pihak pembangkang mempunyai saluran sah di parlimen untuk menyatakan pandangan bukannya menerusi perhimpunan haram.

Hari pekerja tidak sepatutnya disalahgunakan bagi tujuan mengadakan perhimpunan haram demi kepentingan politik pihak tertentu,

Sebaliknya digantikan dengan kegiatan lebih berfaedah termasuk meraikan hari bekerja bercuti bersama keluarga.

- astro awani

Himpunan 1 Mei: Pemuda PAS kerah 50,000 anak muda



-----
Himpunan 1 Mei: Pemuda PAS kerah 50,000 anak muda

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) akan mengerahkan 50,000 anak muda untuk turun himpunan pada 1 Mei, Khamis ini.

Setiausahanya Mohd Nasai Ismail berkata mobilisasi kearah itu sedang giat dijalankan melalui kempen penerangan berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak Disember tahun lalu.

Mereka juga katanya, telah menggiatkan edaran risalah, ceramah penerangan, kempen, taklimat selain menggunakan sepenuhnya media sosial bagi memberi kefahaman sebenar mengenai isu ini.

"Ternyata sejak itu semakin ramai yang mengerti dan menyatakan kesediaan untuk hadir dalam himpunan itu nanti.

"Tidak kurang 50,000 pemuda PAS seluruh negara akan hadir dengan berpakaian bertemakan warna merah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau berkata, Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam.

"PPM memberi jaminan meskipun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman.

"PPM dengan bantuan tenaga AMAL dan Pemuda PAS memastikan tindakan provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan dielakkan.

"Sebaliknya, peserta himpunan akan mematuhi arahan pemimpin himpunan dan bersurai dengan aman sebaik ia selesai dijayakan," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru anak-anak muda hadir dalam Himpunan GST itu pada 1 Mei ini.

Kehadiran anak-anak muda dalam himpunan ini katanya, amat bermakna dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan cukai tersebut yang menjerut leher rakyat khususnya golongan muda.

GST adalah beban terbaharu yang akan dipikul bersama oleh seluruh lapisan rakyat.

Ianya bakal menyebabkan semakin ramai miskin tegar muncul serta jurang yang melebar antara golongan miskin dengan golongan kaya hasil dari pelaksanaan cukai ini nanti.

Golongan muda akan lebih merasainya kerana mereka sudah sedia terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah bas - MUHAMMAD FAIZAL

-----

Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah bas - MUHAMMAD FAIZAL

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 buah bas disediakan PAS Kedah kepada para penyokong dan ahlinya bagi mengikuti Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur nanti.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain bas terdapat juga mereka yang hadir menaiki kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam.

"Tambang dibayar sendiri oleh mereka antara RM50 hingga RM60 setiap seorang.

"Setakat ini 56 buah bas dan kita menjangkakan akan ada penambahan bas lagi," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menggesa agar organisasi PAS di seluruh negara terus menggerakkan ahli-ahli bagi memastikan lebih ramai yang hadir pada perhimpunan itu.

"PAS setiap negeri perlu terus menggerak jentera mereka bagi memastikan lebih ramai penyokong dan ahli mereka hadir pada 1 Mei.

"Ini yang kita ingin tunjukkan kepada kerajaan terhadap bantahan yang kita lakukan," sambung beliau.

Beliau yang memberi jaminan himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) itu akan berlangsung dengan aman dan meminta semua pihak yang hadir agar tidak menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan.
 
 HD
 
Mimpi Senja

Bahana Himpunan 1 Mei

-----

Bahana Himpunan 1 Mei

Pakatan Rakyat bukan sahaja menyokong badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengadakan Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini, bahkan akan turut serta dalam himpunan itu. Mereka tetap melakukannya walaupun menyedari bahana yang akan menimpa rakyat dan negara.
1. Kerugian Ekonomi dan Peniaga
Presiden Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Rosli Sulaiman pernah mengatakan perhimpunan Bersih yang lalu telah menjejaskan transaksi ekonomi sebanyak RM10 juta di sekitar Kuala Lumpur. Sebanyak 5 bilion euro telah dibazirkan oleh kerajaan Sepanyol sejak Mei 2011 apabila kerajaannya perlu berhadapan dengan perhimpunan berterusan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu di negara mereka. Keadaan ini menyebabkan kerajaan Sepanyol perlu menerima bailout sebanyak 100 bilion Euro daripada IMF dan akhirnya kedaulatan negara tersebut kini dijajahi oleh IMF. Adakah pendapatan dan sumber negara hendak terus dibazirkan demi perhimpunan yang sebenarnya lebih bersifat politik daripada demi kebaikan rakyat? Sekiranya pakatan pembangkang benar-benar ikhlas maka mereka seharusnya membuat perhimpunan dalam isu kemelut krisis air yang melanda Selangor yang ditadbir oleh mereka. Adakah pelaksanaan GST akan lebih membebankan berbanding dengan mereka yang tidak dapat air dalam kehidupan seharian? 2. Kos Hidup Meningkat
Kita perlu tahu dalam masa kurang daripada enam tahun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkuasa tarif air sudah meningkat sebanyak tiga kali. Keadaan ini belum mengambil kira pembaziran sumber negeri yang digunakan oleh Ketua Menteri tersebut untuk membeli kereta Mercerdes S Class. Kerajaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang turut memperkenalkan cukai tambahan untuk setiap bilik di negeri tersebut dengan kadar RM2 - RM5 setiap bilik. Di negeri Selangor pula kadar lesen perniagaan ditingkatkan kepada 400 peratus dan gaji pentadbir negeri Selangor pula ditingkatkan sehingga 373 peratus. Sekiranya pemimpin pakatan pembangkang boleh berkereta Mercerdes S Class dan gaji meningkat sehingga 373 peratus maka adakah mereka layak untuk berbicara tentang soal kos hidup rakyat?
3. Peranan Pihak Berkuasa
Negara kita memiliki penduduk sebanyak 27 juta orang. Tugas dan peranan pihak berkuasa ialah memastikan keselamatan dan keamanan rakyat dan negara secara menyeluruh. Jangan hanya disebabkan segelintir masyarakat yang tidak cintakan negara dan kepentingan politik mereka, maka keselamatan rakyat yang tidak berdosa akan tergadai. Apakah angka 100,000 berbanding dengan 27 juta rakyat Malaysia yang lain? Jangan disebabkan terperangkap dalam politik perjuangan kebebasan demokrasi dan berhimpunan yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang maka keselamatan dan keamanan rakyat terancam. Hak untuk selamat dan aman adalah lebih penting daripada hak berhimpun secara bebas. Kebebasan tanpa kawalan adalah kebebasan yang terbabas.
Penulis ialah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140427/re_06/Bahana-Himpunan-1-Mei#ixzz30L4AlGQC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Himpunan 1 Mei: Pemuda PAS kerah 50,000 anak muda

-----

Himpunan 1 Mei: Pemuda PAS kerah 50,000 anak muda

     
           
Pemuda PAS Malaysia (PPM) akan mengerahkan 50,000 anak muda untuk turun himpunan pada 1 Mei, Khamis ini.

Setiausahanya Mohd Nasaie Ismail berkata mobilisasi kearah itu sedang giat dijalankan melalui kempen penerangan berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak Disember tahun lalu.

Mereka juga katanya, telah menggiatkan edaran risalah, ceramah penerangan, kempen, taklimat selain menggunakan sepenuhnya media sosial bagi memberi kefahaman sebenar mengenai isu ini.

"Ternyata sejak itu semakin ramai yang mengerti dan menyatakan kesediaan untuk hadir dalam himpunan itu nanti.

"Tidak kurang 50,000 pemuda PAS seluruh negara akan hadir dengan berpakaian bertemakan warna merah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau berkata, Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam.

"PPM memberi jaminan meskipun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman.

"PPM dengan bantuan tenaga AMAL dan Pemuda PAS memastikan tindakan provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan dielakkan.

"Sebaliknya, peserta himpunan akan mematuhi arahan pemimpin himpunan dan bersurai dengan aman sebaik ia selesai dijayakan," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru anak-anak muda hadir dalam Himpunan GST itu pada 1 Mei ini.

Kehadiran anak-anak muda dalam himpunan ini katanya, amat bermakna dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan cukai tersebut yang menjerut leher rakyat khususnya golongan muda.

GST adalah beban terbaharu yang akan dipikul bersama oleh seluruh lapisan rakyat.

Ianya bakal menyebabkan semakin ramai miskin tegar muncul serta jurang yang melebar antara golongan miskin dengan golongan kaya hasil dari pelaksanaan cukai ini nanti.

Golongan muda akan lebih merasainya kerana mereka sudah sedia terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Lagi himpunan protes kos sara hidup naik dijangka pada 1 Mei

-----

Lagi himpunan protes kos sara hidup naik dijangka pada 1 Mei 

1 MAY
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Belum reda lagi bahang protes tahun baharu 2014, terdapat ura-ura mengatakan pembantah akan mengadakan satu lagi himpunan protes peningkatan kos sara hidup pada 1 Mei.
Difahamkan, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan terlibat dalam satu lagi perhimpunan membantah peningkatan kos sara hidup disebabkan dasar Kerajaan Pusat menaikkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan.
Petikan dari laman portal SelangorKini.online melaporkan, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata perhimpunan yang akan diadakan pada 1 Mei nanti turut melibatkan beberapa NGO lain dengan memberikan penekanan bantahan ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksankan pada April 2015 nanti.
“Ketika ini kita sedang menyusun masa dan perbincangan dari semasa ke semasa diadakan agar perhimpunan nanti berjalan lancar. Kita akan maklumkan secara rasmi butiran himpunan ini pada masa yang sesuai nanti,” kata Edy.
“Kita sudah ada banyak pengalaman mengadakan jadi SAMM yakin perhimpunan itu nanti boleh berjalan lancar seperti mana malam tadi,” tambah beliau.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan perhimpunan ini juga akan diadakan di Dataran Merdeka seperti mana perhimpunan yang berlangsung malam kelmarin.
“Lokasi sebenar akan diputuskan nanti sebab bergantung kepada pelbagai keperluan semasa ketika itu,” katanya lagi
Katanya, perhimpunan seumpama itu akan terus diadakan selagi Kerajaan Pusat meneruskan dasar tidak prihatin dengan bebanan kehidupan terpaksa ditanggung rakyat gara-gara pembaziran, rasuah dan ketirisan kerajaan dalam menguruskan ekonomi dan sumber kewangan negara.
“Perhimpunan bantahan seperti ini akan terus diadakan selagi Kerajaan Pusat tidak menghiraukan kesusahan rakyat dan menipu rakyat dengan janji manis kononnya tidak menaikan harga barang untuk menang pilihan raya,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat sertai Himpunan 1 Mei bantah GST

-----

Pakatan Rakyat sertai Himpunan 1 Mei bantah GST

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bukan sahaja menyokong badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bahkan akan turut serta dalam himpunan itu.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pakatan Rakyat akan menggerakan seluruh ahli dan penyokongnya untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST.

Beliau turut menjangkakan ratusan ribu orang yang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.

"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke  Dataran Merdeka," katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.

Mohammad turut memberi jaminan Himpunan Bantah GST yang diadakan pada cuti umum sempena Hari Pekerja itu akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan.

Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata, Himpunan 1 Mei ini amat penting sebagai amaran rakyat kepada kerajaan agar menguruskan kewangan negara dengan baik.

Katanya, GST akan terus dilaksanakan pada tahun depan, keadaan ini akan menambah bebanan rakyat dengan pelbagai kesan termasuklah inflasi akhirnya hutang individu dan keluarga akan meningkat.

"Melalui GST ini kerajaan akan membiarkan golongan bawahan berterusan didera. Himpunan 1 Mei ini sangat penting. Pakatan Rakyat akan turun mengingatkan tanggungjawab kerajaan untuk memberi keadilan pada rakyat," katanya.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Anuar Tahir berkata Himpunan anjuran NGO itu akan menjadi platform rakyat untuk memberi isyarat jelas bahawa mereka tidak dapat bersetuju dengan GST.

"1 Mei sangat sesuai untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Insyallah himpunan paling aman," katanya yang mengajak seluruh rakyat bersama-sama dalam himpunan itu.

Di Parlimen sekarang ini sedang membahaskan Rang Undang-undang GST, dan minggu depan rang undang-undang itu akan diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2015 sebagaimana yang diwar-warkan kerajaan sebelum ini.

Pakatan Rakyat sertai Himpunan 1 Mei bantah GST

-----

Pakatan Rakyat sertai Himpunan 1 Mei bantah GST

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bukan sahaja menyokong badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bahkan akan turut serta dalam himpunan itu. Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pakatan Rakyat akan menggerakan seluruh ahli dan penyokongnya untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST.
Beliau turut menjangkakan ratusan ribu orang yang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.
“Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke  Dataran Merdeka,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.
Mohammad turut memberi jaminan Himpunan Bantah GST yang diadakan pada cuti umum sempena Hari Pekerja itu akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan.
Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata, Himpunan 1 Mei ini amat penting sebagai amaran rakyat kepada kerajaan agar menguruskan kewangan negara dengan baik.
Katanya, GST akan terus dilaksanakan pada tahun depan, keadaan ini akan menambah bebanan rakyat dengan pelbagai kesan termasuklah inflasi akhirnya hutang individu dan keluarga akan meningkat.
“Melalui GST ini kerajaan akan membiarkan golongan bawahan berterusan didera. Himpunan 1 Mei ini sangat penting. Pakatan Rakyat akan turun mengingatkan tanggungjawab kerajaan untuk memberi keadilan pada rakyat,” katanya.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Anuar Tahir berkata Himpunan anjuran NGO itu akan menjadi platform rakyat untuk memberi isyarat jelas bahawa mereka tidak dapat bersetuju dengan GST.
“1 Mei sangat sesuai untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Insyallah himpunan paling aman,” katanya yang mengajak seluruh rakyat bersama-sama dalam himpunan itu.
Di Parlimen sekarang ini sedang membahaskan Rang Undang-undang GST, dan minggu depan rang undang-undang itu akan diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2015 sebagaimana yang diwar-warkan kerajaan sebelum ini.

HIMPUNAN 1 MEI 2014 BANTAH GST PANDUAN BUAT PESERTA HIMPUNAN

-----

HIMPUNAN 1 MEI 2014 BANTAH GST

PANDUAN BUAT PESERTA HIMPUNAN
Panduan bagi peserta Himpunan Mei 1:


Jawatankuasa Mei 1: 
Jawatankuasa Mei 1 adalah satu jaringan yang telah menganjurkan Hari Pekerja  setiap tahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 organisasi dan Deklarasi Hari Pekerja 2014 disokong oleh 91 Organisasi.
 
Dibawah adalah panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi  melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman.  

 *Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

1.    Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri)
2.    Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan
3.    Setiap peserta digalakkan memakai kasut.
4.   Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bantah GST  atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan selaras dengan Hari Pekerja
5.    Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
6.    Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
7.    Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
8.  Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan.
9. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan ke email yang tertera dibawah
   
Maklumat Penting   

Sekretariat Himpunan Mei 1: 019-2275982 @ 0193758912 @ 03-22747791

Kecemasan untuk Perubatan : 019-3710015

Hotline Urgent Arrest : 03-77843525

Maklumat terkini :  https://www.facebook.com/bantahgst
   
 *Perkara yang tidak dibenarkan*

1. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
2. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
3.  Jangan bawa sebarang bendera parti politik
4.  Banner, placard, bendera yang bersifat provokasi dan ancam keharmonian kaum dan agama adalah ditegah.
5.   Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan rakyat  tidak dibenarkan.
6.  Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
7.  Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti mancis, dan mercun.
8.  Tidak digalakkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (Team Perubatan mencadangkan tidak merokok semasa perhimpunan)
9.  Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi dan lain-lain yang merbahaya.

 *Semasa perhimpunan *

1.  Tempat berkumpul di KLCC adalah dekat Air Pancut KLCC yang berhadapan dengan jalan utama.
2.   Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan KLCC dan tunggu arahan dari * Pengerusi Majlis @ Central Command* yang dilantik
3.  Bergerak dalam kumpulan dan selalu memastikan kumpulan anda selamat dan tidak hilang
4.  Ikutilah arahan dari *Pengerusi Majlis @ Central Command* sepanjang program.
5.  Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
6.  Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
7.  Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Jawatankuasa Mei 1: jerit2002@gmail.com
8.  Kalau boleh rakamkan sebarang insiden atau provokasi atau insiden penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. 
9.  Jika ada penangkapan hubungi pihak penganjur  yang terdekat @ SUARAM -03-77843525 . Kalau orang berhampiran anda ditangkap, ambil nama dan kad pengenalannya dan segera maklumkan kepada penganjur.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan* : APABILA DISOAL OLEH POLIS

1.   Pengenalan Anda
2.   Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3.   Seandainya ditanya soalan-soalan lain:  Anda menjawab “Saya akan jawab dibawah mahkamah dan saya mempunyai hak untuk berdiam diri”
4.  Wakil peguam dan SUARAM akan berada disitu untuk membantu anda.
5.  Jika pihak polis tidak mahu benarkan peguam atau pihak SUARAM, anda harus TUNTUT untuk berjumpa dengan peguam.
  
*Perhatian!*

1.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4.  Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agresif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini 

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Barang Naik: Himpunan Rakyat 1 Mei 2014

-----

Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin akan menjadi tahun demonstrasi.NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) malam tadi mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei ini, yang juga Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.

Menjeling itu juga, katanya, "perhimpunan kecil-kecilan" akan tetap diadakan bagi membina momentum menjelang perhimpunan yang belum ditetapkan lokasi dan tarikh tetapnya itu.

Menurutnya, himpunan "kecil" yang boleh mencapai jumlah 20,000 orang itu akan bermula di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di ibu negara esok.
NONE"Kemuncaknya, 1 Mei, saya sendiri akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama NGO untuk ajak orang (turun) pada 1 Mei ini yang kebetulan Hari Pekerja.

"Yang menderita sekarang adalah pekerja awam khasnya dengan tambang sekolah, semuanya sekali.

"Maka eloklah rakyat kita keluar (berhimpun) kerana negara kita miskin, bukan kerana tak ada hasil tetapi kerana rasuah dan penyelewengan.

"Ini yang perlu ditekankan kepada rakyat," katanya sewaktu wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama bersama beberapa wartawan atas talian, termasuk Malaysiakini.

Himpunan esok bersempena pelancaran kempen seluruh negara "Faham GST, Tolak GST" yang diumumkan Pakatan Rakyat tidak lama dahulu.

BERSIH 4.0 mungkin tahun depan

Sementara itu, Mohamad juga berkata, himpunan keempat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dijangka diadakan pada tahun depan atau 2015.

"Satu lagi himpunan BERSIH akan ditentukan tarikhnya kerana ketua BERSIH sekarang iaitu Saudari (pengerusi bersama yang baru) Maria Chin Abdullah masih di peringkat penyusunan kabinet mereka," katanya.

Himpunan besar-besaran terakhir di ibu negara anjuran BERSIH sebelum ini diadakan pada 28 April 2012.

GST tak selesaikan hutang negara

SHAH ALAM: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 bukanlah penyelesaian terhadap masalah hutang dan defisit fiskal yang dialami negara sejak sekian lama.

 

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata masalah itu tidak akan selesai sekiranya tabiat berbelanja besar, pembaziran, ketirisan serta bocor dengan amalan rasuah tidak diatasi.

 

Sebaliknya kata beliau kebocoran pada 'tempayan' kerajaan yang seharusnya ditangani dahulu bagi memastikan kewangan negara berada dalam keadaan stabil.

 

Berdasarkan laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7 peratus daripada jumlah KDNK.

 

"Banyak mana pun yang bakal dipungut (melalui GST) yang dikatakan kerajaan antara RM20 hingga RM27 bilion peningkatan hasil cukai, namun hutang dan defisit tetap tidak akan dapat diatasi kerana 'kebocoran tempayan' mesti ditangani dahulu," katanya.

 

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyelar program Wacana Nasional bersama wakil kerajaan yang disiarkan di televisyen baru-baru ini dengan menganggap ia gagal menjawab persoalan berhubung GST secara tuntas dan khusus.

 

Katanya wakil kerajaan yang terdiri daripada Pengarah GST Kastam dan Ahli Parlimen Titiwangsa daripada Barisan Nasional (BN) semasa wawancara itu didakwa tidak bersungguh-sungguh dalam memastikan kepentingan rakyat selaku pengguna dipertahankan.

 

"Dalam wacana yang disiarkan selama satu jam itu banyak isu tidak dapat digarap secara tuntas dan muktamad.

 

"Antara asakan saya adalah untuk membuktikan bahawa GST tidak akan membebankan khasnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara tidak adil dan ganas atau 'Regressive'.

 

"Pengarah GST Kastam cuba sedaya upaya meyakinkan penonton tetapi fakta dan sokongan hasil penyelidikan pihak Kastam belum atau tidak kukuh untuk mempertahankan dakwaannya," katanya lagi.

 

Dr Dzulkefly berkata hujah beliau adalah bersandarkan kepada kenyataan Kluster Ekonomi dan Kewangan serta Majlis Profesor Negara bahawa perlaksanaan GST nanti akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana meskipun ada barangan asas 'dikecualikan' daripada cukai. - Selangor Kini

Zailah saran wanita semarakkan Himpunan 501

SAIDAH HAIRAN | 29 April 2014.

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof menyeru para wanita khususnya ahli Dewan Muslimat PAS seluruh negara supaya turun ke himpunan 1 Mei ini bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan BN untuk melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang cukup tinggi dan jika GST dilaksanakan pada April 2015 nanti, pasti nasib rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terus terhimpit.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, Rang Undang-Undang GST telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu walaupun mendapat bantahan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu beliau menyifatkan himpunan aman 1 Mei nanti cukup penting terutama kepada golongan wanita dan anak muda yang paling terkesan dengan pelaksanaan GST.

Katanya, golongan wanita yang mengurus perbelanjaan seharian keluarga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran perlaksanaan GST.

Tambah beliau, bagaimana mungkin mereka mampu menjimatkan perbelanjaan dapur sedangkan harga barang-barang terus naik.

Nasib serupa bakal dihadapi golongan muda yang terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi sedangkan pendapatan mereka masih belum stabil dan banyak keperluan hidup yang belum dimiliki.

"Saya menyeru wanita seluruh negara tanpa mengira bangsa termasuk penyokong Umno-BN mesti turun pada 1 Mei untuk membantah tindakan kerajaan BN melaksanakan GST," tegasnya.

Himpunan 501 bagi membantah GST itu bermula di lima lokasi sekitar ibu kota iaitu Dataran Maybank, KLCC, pusat membeli belah SOGO, Brickfileds dan Masjid Negara.

Para peserta kemudian akan berjalan kaki ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan mereka sehingga jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY, 29/4/2014


Saturday, 19 April 2014

MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal

MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal

Ahmad Fadli KC |

Berhubung jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu.

MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal

MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal

Ahmad Fadli KC |

Berhubung jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu.

Friday, 18 April 2014

MP: Tiada 'common sense' dalam penghakiman Liwat II

MP: Tiada 'common sense' dalam penghakiman Liwat II

N Surendran menyifatkan penghakiman itu bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)".

PAS akan bincang fatwa RIP

PAS akan bincang fatwa RIP

Susan Loone |

dikemaskini 8.59pm Perkara itu sensitif kerana pemergian negarawan seperti Karpal layak mendapat penghormatan.

Ngauman terakhir Harimau Jelutong di Parlimen

Ngauman terakhir Harimau Jelutong di Parlimen

Karpal tegaskan keutamaan perlembagaan berbanding peraturan tetap dan mempersoal sama ada dewan takut pada hakim.

Thursday, 17 April 2014

'Kebebasan agama bukan seperti pilih Coke, Pepsi'

'Kebebasan agama bukan seperti pilih Coke, Pepsi'

Abdul Rahim Sabri |

Forum 'panas' apabila wakil ISMA berdepan dengan kritikan oleh penalis dan penonton yang menghadirinya.

Lepas kecaman bertalu-talu, Zul Noordin tukar nada

Lepas kecaman bertalu-talu, Zul Noordin tukar nada

“Selamat tinggal kawanku!" tweet beliau dalam bahasa Inggeris kira-kira jam lima petang tadi.

Lepas kecaman bertalu-talu, Zul Noordin tukar nada

Lepas kecaman bertalu-talu, Zul Noordin tukar nada

“Selamat tinggal kawanku!" tweet beliau dalam bahasa Inggeris kira-kira jam lima petang tadi.

ADUN asak MB bertalu-talu isu MOU air

ADUN asak MB bertalu-talu isu MOU air

Ahmad Fadli KC |

Yeo Bee Yin, Azmin Ali dan Lau Weng San seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid.

Wednesday, 16 April 2014

PAS rakam takziah buat keluarga Karpal

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah buat seluruh anggota keluarga Karpal Singh dan ahli DAP di atas kehilangan mendiang yang terlibat dalam kemalangan maut pada awal pagi ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mendiang adalah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.

"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin meyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.

"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.

Karpal, 74, yang juga Pemimpin veteran DAP maut dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.

Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.

Menurut laporan, kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara.

Ekoran itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal Singh: Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip

oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.

Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.

Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Bertarikh : 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M

Karpal maut dalam nahas dekat Kampar

Karpal maut dalam nahas dekat Kampar

Radzi Razak & Susan Loone |

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan itu maut dalam kemalangan awal pagi ini.

PAS Perak Ucap Takziah Kepada Seluruh Ahli Keluarga YB Mediang Karpal Sigh


PAS Perak ucap takziah kpd seluruh ahli keluarga YB mediang Karpal Sigh yang meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi tadi.

Rakyat di negara ini kehilangan seorang tokoh politik paling berpengalaman juga seorang peguam kanan terkemuka. Ketokohan sebagai seorang politikus yang sangat berperinsip sukar dicari ganti.

Ketokohannya juga digeruni dan dihormati oleh rakan dan lawan. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh dengan prinsip yang terdapat dlm perlembagaan negara. Seorang yg tidak menyembunyikan sikap dan pandangannya terhadap rakan apatah lg lawan politiknya bahkan berani mengkritik raja-raja melayu.

PAS Perak turut bersedih atas pemergiannya dan ucap takziah kepada ahli keluarganya. PAS Perak turut merakamkan penghargaan atas sumbangan dan peranannya dlm mengembalikan semangat demokrasi yang dilihat semakin pincang dan menentang segala bentuk rasuah serta salah guna kuasa.

Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak.

Karpal maut dalam nahas dekat Tapah

Karpal maut dalam nahas dekat Tapah

Radzi Razak |

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan itu maut dalam kemalangan awal pagi ini.

'Jangan halang hudud, DAP tak wujud di Kelantan'

'Jangan halang hudud, DAP tak wujud di Kelantan'

PERKASA mengkritik keras DAP dan PKR yang didakwa menghalang PAS daripada melaksanakan hudud di Kelantan.

MH370: 'Panel antarabangsa bukti ketelusan Malaysia'

MH370: 'Panel antarabangsa bukti ketelusan Malaysia'

Kabinet akan saiz panel itu dan akan membuat pengumuman berkaitan.

Tuesday, 15 April 2014

IGP: Polis sudah siasat kes, tahan mualaf

IGP: Polis sudah siasat kes, tahan mualaf

Nigel Aw |

Polis telah menahan Izwan sebelum ini dan membebaskannya dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lengkap.

IGP: Polis sudah siasat kes, tahan mualaf

IGP: Polis sudah siasat kes, tahan mualaf

Nigel Aw |

Polis telah menahan Izwan sebelum ini dan membebaskannya dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lengkap.

IGP: Polis sudah siasat kes, tahan mualaf

IGP: Polis sudah siasat kes, tahan mualaf

Nigel Aw |

Polis telah menahan Izwan sebelum ini dan membebaskannya dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lengkap.

Pas tetap akan laksana hudud

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini hari ini.

"Kita (Pas) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya lagi.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang.

Sementara itu di KOTA BHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan.

"Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa.

"(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen Pas Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak.

Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam.

"DHPP dari awal lagi dia sokong Pas dan dia tahu Pas ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong Pas, makna dia bersedia menerima perjuangan Pas... jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud)," katanya. - Bernama


Bekas ketua polis Sabah: Esscom tak masuk akal

Bekas ketua polis Sabah: Esscom tak masuk akal

Aidila Razak & Hafiz Yatim |

WAWANCARA Esscom menyebabkan pertindihan kerja, kata bekas ketua polis Sabah.