TERUS BERDOA MH370 SELAMAT
JERAI: Seluruh masyarakat di negara ini diseru supaya terus mendoakan bagi keselamatan para penumpang dan kru kapal terbang MH370 yang didakwa hilang di selatan Lautan Hindi.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menaruh harapan agar seluruh penumpang dan kru MH370 masih berada dalam keadaan selamat serta kembali semula ke pangkuan keluarga.
Menurutnya, ini kerana maklumat yang disahkan sehingga kini adalah kapal terbang tersebut dirampas.
Katanya, sungguhpun begitu, seandainya mereka ditemui meninggal dunia, ahli keluarga diminta bersabar dan reda kerana akan beroleh syafaat dari mereka itu di akhirat kelak.
“Seandainya mereka mati dalam keadaan begitu, kita berdoa Allah mengampunkan mereka kerana menerima kematian luar biasa dari orang lain.
“Dalam Islam, mati sebegitu dikira syahid akhirat, dengan syarat keluarganya mesti sabar. Jika keluarga nya sabar, orang yang syahid akhirat ini dapat memberi syafaat kepada keluarganya di akhirat kelak. Keluarga kena reda menerima,” nasihatnya.
Bercakap pada sidang media selepas Ijtimak Ulama PAS Negeri Kedah di Padang Lumat, 26 Mac lalu, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, atas perikemanusiaan, segala teknologi dan terus berdoa MH370 selamataset canggih yang ada di seluruh dunia mesti dimanfaatkan untuk mencari kapal terbang tersebut.
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi lagi, kerajaan bertanggungjawab untuk terus membantu keluarga serta me neruskan usaha pencarian.
Turut serta pada ijtimak tersebut, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dato’ Mahfuz Omar.
No comments:
Post a Comment