TAKZIAH KELUARGA DATUK ALI MAMAK
(27 Mac 2014)
Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Datuk Ali Mamak di atas kembalinya beliau ke rahmatullah pada jam 4.30 pagi tadi kerana komplikasi paru-paru. PPM menganggap pemergian almarhum adalah suatu kehilangan kepada industri hiburan negara khususnya kepada dunia komedi.
Almarhum Datuk Ali Mamak berjaya menghidupkan dunia seni dengan komedi dan lawak jenaka yang bersahaja sehingga menjadi terkenal suatu ketika dahulu. Beliau juga membawa watak-watak yang membina dan lakonannya menjadi ikutan masyarakat. Perwatakannya yang sederhana dalam dunia lakonan juga adalah kehidupannya yang sebenar di alam realiti dan beliau dikenali ramai sebagai mudah didekati, mesra dan merendah diri. Beliau berjaya membuktikan dunia lakonannya adalah untuk sumbangan dan jasanya kepada masyarakat, bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.
PPM mengharapkan keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini dan mendoakan semoga roh Almarhum tergolong sebagai insan soleh dan di redhai disisi Allah SWT.
ZULKARNAIN ZAKI
Pengarah DACS (Department of Arts, Culture & Sports)
Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment