Friday, 7 March 2014

Anwar didapati bersalah liwat Saiful Bukhari - Mahkamah Rayuan

Sumber: Berita Harian 

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. 


Sejurus keputusan dibacakan, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilihat meluru kepadanya. 

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, memohon mahkamah memberi tempoh seminggu bagi melakukan mitigasi. 

Bagaimanpun, permohonan itu dibantah Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memaklumkan bahawa pihaknya sudah menunggu sejak Julai untuk membuat rayuan. 

Mahkamah Rayuan kemudian memberi tempoh satu jam bagi membolehkan pihak pendakwaan melakukan mitigasi. Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan.

Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan. 
Keadaan Mahkamah Rayuan turut bertukar riuh apabila penyokong Anwar tiba-tiba menjerit.

No comments:

Post a comment