PAS Sabah mohon sumbangan bantu mangsa banjir
KUALA LUMPUR: PAS Sabah merasa amat simpati terhadap ujian Allah SWT kepada mangsa banjir di negeri itu, kata Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling.
Beberapa kawasan di Sabah telah dilanda banjir yang merupakan di antara yang terburuk.
Daerah-daerah utama yang dilanda banjir tersebut adalah Beaufort, Sipitang, Keningau dan Tenom.
"Misi bantuan PAS Sabah sudahpun digerakkan ke kawasan-kawasan malang tersebut," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, Pemuda PAS Sabah dan Jabatan Amal PAS Sabah telah mula menghantar misi bantuan ke kawasan-kawasan tersebut khususnya di daerah Beaufort bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.
Beliau berkata, beberapa siri bantuan ke kawasan lain juga akan terus digerakkan dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, ujarnya PAS Sabah memohon sumbangan orang ramai melalui akaun Bank Islam atas Nama PAS Negeri Sabah bernombor 10016010082855.
Tambahnya, PAS Sabah juga akan membuat tinjauan ke kawasan-kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan sebenar oleh mangsa banjir tersebut.
"PAS Sabah juga mengharapkan semua mangsa banjir akan terus bersabar dengan ujian ini," ujarnya lagi

No comments:
Post a Comment