Pemuda PAS Sarawak kesal dengan dakwaan kuasa besar China yang menceroboh masuk ke perairan laut Sarawak sehingga ke James Shoal menghampiri 80km ke persisir pantai Sarawak.
Ini merupakan suatu pencerobohan serius yang dilakukan oleh China yang masuk ke perairan Sarawak dengan kapal perang.
Pemuda PAS Sarawak menggesa kerajaan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada negara China atas dakwaan pencerobohan tersebut.
Ini jelas merupakan suatu tindakan tidak wajar keatas kedaulatan negara Malaysia dan negeri Sarawak.
"Kami sebagai rakyat Sarawak berasa sangsi akan kesungguhan kerjaan pusat dalam usaha mengawal perairan Sarawak. Perkara seperti ini pasti tidak akan terjadi sekiranya dengan keupayaan ketenteraan laut yang dimiliki oleh Malaysia digunakan seoptimum mungkin bagi menjaga perairan Sarawak yang bukan sahaja strategik sebagai laluan dagang dunia malah menjadi sumber hasil galian yang bernilai tinggi. Pelaburan dana awam untuk membiayai pembelian kapal-kapal selam sepatutnya memadai untuk mengawal kedaulatan perairan Sarawak. Sebanyak RM2.4 billion telah diperuntukkan melalui Belanjawan 2014 untuk membeli kelengkapan dan peralatan ATM, adakah dana ini telah digunakan seoptimum mungkin?"
Pemuda PAS Sarawak dan rakyat Sarawak menuntut ketegasan Putrajaya dalam perkara ini.
Pemuda PAS Sarawak tidak mahu kesibukan pemimpin negara dalam berpolitik sehingga menggadaikan kedaulatan Sarawak."
Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Ketua Pemuda PAS Sarawak
No comments:
Post a Comment