Friday, 28 February 2014

Debat calon ketua AMK malam ini

Debat calon ketua AMK malam ini

Tiga calon tersebut ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amiruddin Shari dan Nazree Yunus.

Sah: Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Sah: Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Radzi Razak |

dikemaskini 9.50pm Menteri besar Selangor itu berkata telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR.

Sah: Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Sah: Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Radzi Razak |

dikemaskini 9.50pm Menteri besar Selangor itu berkata telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR.

Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR

Menurut sumber, beliau akan bertemu pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya 8 malam ini.

Thursday, 27 February 2014

Anwar menang RM800,000 dalam kes Papagomo

Anwar menang RM800,000 dalam kes Papagomo

Hafiz Yatim |

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi

MCA puji Khalid sebagai MB

MCA puji Khalid sebagai MB

Merujuk MoU Putrajaya-Selangor dalam isu air, Ka Siong berkata, Khalid sedia mengetepikan perbezaan politik demi rakyat.

MCA puji Khalid sebagai MB

MCA puji Khalid sebagai MB

Merujuk MoU Putrajaya-Selangor dalam isu air, Ka Siong berkata, Khalid sedia mengetepikan perbezaan politik demi rakyat.

Mahathir: Saya pula dituduh anti-hadis, kafir

Mahathir: Saya pula dituduh anti-hadis, kafir

Beliau mengakhiri penulisan tersebut dengan keyakinan terhadap keadilan Allah.

Monday, 24 February 2014

Penduduk, polis bersemuka di jirat

Penduduk, polis bersemuka di jirat

Lee Long Hui |

Penduduk bergegas ke perkuburan Cina di Pengerang ketika ia sedang dikira untuk persediaan memindahkannya.

Penduduk, polis bersemuka di jirat

Penduduk, polis bersemuka di jirat

Lee Long Hui |

Penduduk bergegas ke perkuburan Cina di Pengerang ketika ia sedang dikira untuk persediaan memindahkannya.

Risalah BM Kristian didakwa diedar di S'gor

Risalah BM Kristian didakwa diedar di S'gor

Warga asing didakwa mengedarkan risalah BM mengandungi ajaran Kristian sekitar Pinggiran USJ.

Sunday, 23 February 2014

Guru tak perlu teruskan PBS sehingga diberitahu

Guru tak perlu teruskan PBS sehingga diberitahu

Bernama |

Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam masa terdekat.

Versatiliti politik Anwar di Kajang

Versatiliti politik Anwar di Kajang

Radzi Razak |

Tinjauan Malaysiakini sepanjang dua minggu, walaupun Anwar menggunakan mesej sama di hampir semua program beliau, pendekatan beliau dapat disesuaikan mengikut keadaan.

Versatiliti politik Anwar di Kajang

Versatiliti politik Anwar di Kajang

Radzi Razak |

Tinjauan Malaysiakini sepanjang dua minggu, walaupun Anwar menggunakan mesej sama di hampir semua program beliau, pendekatan beliau dapat disesuaikan mengikut keadaan.

Versatiliti politik Anwar di Kajang

Versatiliti politik Anwar di Kajang

Radzi Razak |

Tinjauan Malaysiakini sepanjang dua minggu, walaupun Anwar menggunakan mesej sama di hampir semua program beliau, pendekatan beliau dapat disesuaikan mengikut keadaan.

Thursday, 20 February 2014

DUN S'gor siasat Azmin, Khalid

DUN S'gor siasat Azmin, Khalid

Ram Anand |

Selcat memutuskan mengadakan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar PKNS.

DUN S'gor siasat Azmin, Khalid

DUN S'gor siasat Azmin, Khalid

Ram Anand |

Selcat memutuskan mengadakan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar PKNS.

DUN S'gor siasat Azmin, Khalid

DUN S'gor siasat Azmin, Khalid

Ram Anand |

Selcat memutuskan mengadakan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar PKNS.

Wednesday, 19 February 2014

Penduduk luah sengsara 10 hari tanpa air

Penduduk luah sengsara 10 hari tanpa air

Farah Noor Samat |

"Saya rasa nak keluar daripada taman ini, nak duduk di rumah kakak yang di taman lain," kata seorang kakitangan awam.

Jakim mahu Kassim dikenakan tindakan bersesuaian

Jakim mahu Kassim dikenakan tindakan bersesuaian

Jakim mahu berdialog dengan pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad serta penganjur seminar pemikirannya.

Jakim mahu Kassim dikenakan tindakan bersesuaian

Jakim mahu Kassim dikenakan tindakan bersesuaian

Jakim mahu berdialog dengan pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad serta penganjur seminar pemikirannya.

Jakim mahu Kassim dikenakan tindakan bersesuaian

Jakim mahu Kassim dikenakan tindakan bersesuaian

Jakim mahu berdialog dengan pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad serta penganjur seminar pemikirannya.

Jakim: Pandangan Kassim Ahmad bercanggah dengan akidah

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini membuat pendirian bahawa pandangan yang dikemukakan Kassim Ahmad dalam satu seminar di Putrajaya minggu lalu adalah bercanggah dengan prinsip ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.


Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" itu.

"Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. 

"Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru itu katanya, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. 

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam, jelasnya.

Berikut kenyataan penuh beliau.


1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad s.a.w..

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

iv. Mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadis sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an.

v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu.

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadis.

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad.

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv. Hadis adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an.

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.

7. Justeru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.

’Saya Yang Menurut Perintah’

Datuk Haji Othman Mustapha

Pemikiran Kassim Ahmad lebih bahaya dari klip ONEderful



IPOH: PAS Perak mendesak kerajaan melalui Jabatan Agama Islam negeri-negeri khususnya di negeri itu mengambil tindakan undang-undang kepada Kasim Ahmad yang telah membuat kenyataan biadab dan mengguris sensitiviti hati seluruh umat Islam baru-baru ini. 

Ketua Penerangannya, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, tindakan undang-undang ini adalah selaras dengan fatwa terhadap kesesatan Kasim Ahmad dan bukunya “Hadis : Satu Penilaian Semula” yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syariah negeri-negeri yang diwartakan pada tahun 90-an.

Menurutnya, Kenyataan Kassim baru-baru ini yang mengkritik ulama sebagai 'kasta paderi', pendewaan terhadap Nabi Muhammad saw dan mendakwa rambut bukan aurat bagi wanita merupakan kenyataan yang tidak berasas dan menzahirkan sikapnya yang anti hadis dan anti ulama sejak dahulu lagi. 

"Isu ini sepatutnya tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam di negara ini, kenyataan ini lebih bahaya dan biadab berbanding isu penggunaan kalimah Allah dan video klip Teresa Kok. 

Pimpinan BN khususnya Umno, beberapa mufti dan Ngo tertentu dilihat begitu sensitif terhadap isu yang dimainkan sebelum ini, malahan berebut-rebut membuat kenyataan dalam akhbar serta membuat laporan polis, tetapi tidak pula sensitif apabila Kasim Ahmad mempertikai dan menghina para ulama dan hukum Islam," katanya kepada Harakahdaily.

Misbahul menyatakan, PAS Perak turut kesal terhadap penganjuran seminar pemikiran seorang tokoh kontroversi yang sesat lagi menyesatkan ini yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya baru-baru ini. 

Sedangkan kata beliau sudah ada fatwa dari beberapa buah negeri terhadap pemikiran tokoh ini yang difatwakan sesat dan penulisnya pula murtad. 

Tegas beliau, tidak sepatutnya sebuah intitusi atas nama Kepimpinan Perdana Putrajaya menjadi platform untuk Kasim Ahmad mempertahankan pendapatnya yang sesat itu.

"Sepatutnya kerajaan boleh bertindak ke atas Kasim Ahmad sejak fatwa ini diwartakan sebagaimana kerajaan bertindak ke atas penganut ajaran sesat yang difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Syariah negeri-negeri.  

"Akibat tidak ada sebarang tindakan undang-undang yang diambil dan sekian lama isu ini tenggelam,  Kasim Ahmad muncul semula dengan mengundang kontroversi lama," jelasnya. 

PAS Perak katanya berpandangan, tokoh seumpama ini tidak wajar diangkat sebegitu tinggi sehingga diseminarkan pemikirannya dan lebih mengecewakan ianya telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kami mempersoalkan adakah pemikiran yang anti hadis, hukum Islam dan anti ulama ini setaraf dengan pemikiran Prof Dr Naquib Al Attas, Prof Dr Kamal Hasan, Abuya Hamka, tokoh pendakwah Pak Natsir, Dr. Burhanuddin Al Hilmi, Dr Zulkifli Mohammad dan lain-lain lagi sehingga sampai tahap diseminarkan.

"Dengan usia yang sudah begitu tua, sebaiknya Kasim Ahmad dan rakan-rakan sealirannya dibimbing untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," tegasnya.

Tuesday, 18 February 2014

Isma tolak berdiskusi dengan Comango

Isma tolak berdiskusi dengan Comango

Radzi Razak |

dikemaskini Isma berkata perkara yang dilakukan Comango itu dianggap memudaratkan negara dan mahu ahli gabungan NGO itu 'bertaubat' dan kembali kepada agenda perpaduan nasional.

Dr M: Tentu saya takut Anwar jadi MB

Dr M: Tentu saya takut Anwar jadi MB

Radzi Razak |

dikemaskini 7.15pm "Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau," kata Mahathir.

Kassim Ahmad: Dewan Ulamak PAS WP gesa Jawi bertindak

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS wilayah Persekutuan (DUPWP) hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan Kassim Ahmad yang disifatkan sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad saw.

Kassim sewaktu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian anjuran Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Perdana, Putrajaya pada Ahad lalu didakwa jelas mengeluarkan pandangan bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau mengkritik masyarakat Islam yang dikatakan mendewa-dewakan Nabi Muhammad, menyatakan rambut wanita bukan aurat serta wujud kasta paderi dikalangan ulamak.

Menurut Ketua DUPWP, Ustaz Azhar Yahya, semua pendapat Kassim Ahmad jauh terpesong dan nyata menyesatkan pemikiran ummat Islam daripada memahami Islam yang sebenar malah mendatangkan syak wasangka buruk bukan Islam kepada Islam.

Justeru beliau mahu Jawi menyiasat Kassim di bawah Seksyen dan 8 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas beliau.

"Saya percaya, kenyataan-kenyataan Kassim Ahmad tersebut merupakan satu usaha untuk mengdoktrin pemikiran masyarakat Islam secara salah dan ianya ternyata suatu kesalahan di dalam undang-undang yang telah dikanunkan di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan," kata beliau kepada Harakahdaily selepas menyerahkan surat aduan kepada Ketua Unit Perhubungan Awam Jawi, Mohammad Kori di pejabat Jawi, dekat sini.

Azhar juga berkata, DUPWP yakin kenyataan-kenyataan biadab Kassim pada program tersebut dan di dalam pelbagai media yang diusahakan sendiri olehnya adalah suatu jenayah dan berbahaya kepada Islam, ummatnya dan harus disekat. 

"Saya merasa bimbang dengan keselamatan aqidah ummat ini dan khuatir tindakan biadab seumpama ini akan menjadi dorongan kepada pihak-pihak lain untuk mempersenda dan menghina Islam dan institusinya," katanya lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad yang turut hadir ke Jawi berkata, DUPWP bersedia untuk berdebat dengan Kassim namun tetap mahu Jawi menyiasat Kassim.

"Pihak kami setuju dengan cadangan sesetengah pihak agar mengadakan debat dengan Kassim Ahmad jika tidak bersutuju dengan pandangan beliau.

"Tapi ini bukan soal perbezaan pendapat tetapi kenyataan yang ternyata menghina Islam dan Nabi Muhammad. Debat satu perkara tapi dalam masa yang sama Jawi perlu menyiasat Kassim," katanya.

Ops Banjir: PAS tubuh Rangkaian Radio Amatur

KUALA LUMPUR: PAS telah melancarkan penubuhan Rangkaian Radio Amatur (RRA) dalam melancarkan lagi operasi bantuan banjir di beberapa daerah terjejas di Sabah.

Rangkaian RRA ini bertujuan untuk melancarkan komunikasi semasa kecemasan dan bencana alam seperti yang sedang dihadapi kini.

Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Alam Malaysia (MEDM) PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pelancaran itu dibuat pada 18 Februari sebaik anggota MEDM tiba di sana bagi menyelaraskan misi bantuan banjir yang berpengkalan di Beuford.

"Kita sedia maklum beberapa daerah di sini antaranya Keningau, Tenom mengalami masalah komunikasi, justeru perkara yang asanya kita bentuk adalah jaringan komunikasi.

"Masih ramai mangsa yang terputus hubungan, dan kita memerlukan perkembangan semasa mereka dalam misi bantuan ini," ujarnya kepada Harakah pada 18 Februari lalu.

Beliau berlepas ke Beuford pada 17 Februari bersama Timbalannya, Husin Ismail serta Pengarang Logistik, Affandi Mohamed serta Pengarah Komunikasi, Zulkifli Mohd Akin.

"Saya telah mengadakan mesyuarat dengan Badan Perhubungan PAS Sabah yang diketuai Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling dan kita telah merencanakan beberapa pelan tindakan untuk membantu mangsa di sini.

"Sebelum ini kerja bantuan dilakukan oleh Pemuda PAS Sabah yang dikepalai pengarah operasi, Lahirul Latigu dan Unit Amal," katanya.

PAS Pusat menyusul kemudian untuk memperkemaskan lagi operasi bantuan mangsa banjir dengan saluran bantuan yang lebih besar termasuk dana yang disediakan oleh Harakah.

Ditanya mengenai keadaan mangsa banjir, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, setakat ini lebih 3000 mangsa banjir berada di beberapa buah pusat pemindahan.

PAS antara pihak yang paling awal memberi bantuan, sebelum jabatan kerajaan menyusul kemudian, katanya.

Menurut Salahuddin, misi bantuan banjir ini akan berterusan sehingga pasca banjir termasuk untuk membantu mangsa kembali ke rumah masing-masing.

Dr M: Tentu saya takut Anwar jadi MB

Dr M: Tentu saya takut Anwar jadi MB

Radzi Razak |

dikemaskini 7.15pm "Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau," kata Mahathir.

Mahathir pertahan Kassim Ahmad

Mahathir pertahan Kassim Ahmad

Radzi Razak |

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Monday, 17 February 2014

Zahid digesa lulus pendaftaran Pakatan sebelum 8 Mac

Zahid digesa lulus pendaftaran Pakatan sebelum 8 Mac

Ahmad Fadli KC |

"Sudah lima kali kita berkonvensyen dan sekurang-kurangnya sudah tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS," Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.

Anwar: Rasa kasihan, nak gelak pada Dr M

Anwar: Rasa kasihan, nak gelak pada Dr M

Farah Noor Samat |

dikemaskini Anwar juga menolak tanggapan beliau berminat dengan kekayaan Selangor dengan mahu menjadi ADUN negeri itu.

Zaid: Tak perlu betulkan yang tak rosak

Zaid: Tak perlu betulkan yang tak rosak

Selepas 'menyokong' Anwar menjadi menteri besar Selangor, Zaid Ibrahim kini bertukar arah.

Sunday, 16 February 2014

PKR persoal sama ada Zaid proksi Umno di Kajang

PKR persoal sama ada Zaid proksi Umno di Kajang

Nigel Aw |

PKR mempersoalkan sama ada Umno di sebalik keputusan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim yang secara tiba-tiba menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

PAS Sabah mohon sumbangan bantu mangsa banjir

PAS Sabah mohon sumbangan bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: PAS Sabah merasa amat simpati terhadap ujian Allah SWT kepada mangsa banjir di negeri itu, kata Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling.

Beberapa kawasan di Sabah telah dilanda banjir yang merupakan di antara yang terburuk.

Daerah-daerah utama yang dilanda banjir tersebut adalah Beaufort, Sipitang, Keningau dan Tenom.

"Misi bantuan PAS Sabah sudahpun digerakkan ke kawasan-kawasan malang tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Pemuda PAS Sabah dan Jabatan Amal PAS Sabah telah mula menghantar misi bantuan ke kawasan-kawasan tersebut khususnya di daerah Beaufort bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Beliau berkata, beberapa siri bantuan ke kawasan lain juga akan terus digerakkan dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, ujarnya PAS Sabah memohon sumbangan orang ramai melalui akaun Bank Islam atas Nama PAS Negeri Sabah bernombor 10016010082855.

Tambahnya, PAS Sabah juga akan membuat tinjauan ke kawasan-kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan sebenar oleh mangsa banjir tersebut.

"PAS Sabah juga mengharapkan semua mangsa banjir akan terus bersabar dengan ujian ini," ujarnya lagi

KJ: Zaid Ibrahim jejaskan peluang PKR

KJ: Zaid Ibrahim jejaskan peluang PKR

Nigel Aw |

KJ membangkitkan gesaan Zaid supaya pemilih menguncinya bagi memastikan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

KJ: Zaid Ibrahim jejaskan peluang PKR

KJ: Zaid Ibrahim jejaskan peluang PKR

Nigel Aw |

KJ membangkitkan gesaan Zaid supaya pemilih menguncinya bagi memastikan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

KJ: Zaid Ibrahim jejaskan peluang PKR

KJ: Zaid Ibrahim jejaskan peluang PKR

Nigel Aw |

KJ membangkitkan gesaan Zaid supaya pemilih menguncinya bagi memastikan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Saturday, 15 February 2014

Daging, disyaki babi, dibaling ke masjid

Daging, disyaki babi, dibaling ke masjid

Susan Loone |

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

Prof: Persempadanan semula tak adil boleh makan diri

Prof: Persempadanan semula tak adil boleh makan diri

Koh Jun Lin |

Cara persempadanan semula kawasan pilihan raya di Malaysia dilakukan adalah berunsur diskriminasi dan memecahbelah, dan akhirnya boleh jejaskan legitimasi kerajaan jika berterusan, kata ahli akademik, Bridget Welsh.

Prof: Persempadanan semula tak adil boleh makan diri

Prof: Persempadanan semula tak adil boleh makan diri

Koh Jun Lin |

Cara persempadanan semula kawasan pilihan raya di Malaysia dilakukan adalah berunsur diskriminasi dan memecahbelah, dan akhirnya boleh jejaskan legitimasi kerajaan jika berterusan, kata ahli akademik, Bridget Welsh.

Dr M: Anwar turut main peranan penting jaya Ops Lalang

Dr M: Anwar turut main peranan penting jaya Ops Lalang

"..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," kata mantan perdana menteri itu.

Friday, 14 February 2014

Anwar beritahu MCA jangan jadi hamba Umno

Anwar beritahu MCA jangan jadi hamba Umno

Kow Gah Chi |

Sebaliknya, ketua umum PKR itu berkata MCA harus berani bersuara untuk masyarakat Cina.

GERAMM: Alasan k'jaan kelirukan isu akhbar

GERAMM: Alasan k'jaan kelirukan isu akhbar

ULASAN RSF meletakkan Malaysia di tangga 147 daripada 180 negara - kedudukan itu paling buruk dalam tempoh 12 tahun terakhir. Tetapi Putrajaya mengeluarkan kenyataan sebaliknya.

Zaid bertanding di Kajang jika isteri beri restu

Zaid bertanding di Kajang jika isteri beri restu

Bekas menteri undang-undang itu mahu bercakap secara bersemuka dengan rakyat sebenar,  mendengar apa yang mereka mahu katakan.

Thursday, 13 February 2014

Siswa gerak jentera kempen di PRK Kajang

Siswa gerak jentera kempen di PRK Kajang

Farah Noor Samat |

SMM akan menggerak jentera seramai lebih 200 orang antara lain membangkitkan isu konsensus nasional, kenaikan kos hidup dan isu pendidikan percuma dalam kempen pilihan raya itu.

Kenapa Teresa keberatan namakan Rosmah

Kenapa Teresa keberatan namakan Rosmah

Aidila Razak |

WAWANCARA Setelah darah ayam terpercik di gambar Teresa Kok, ini kisah yang pengkritik MP Seputeh itu tidak suka dengar.

Lukisan finalis 'ABU' ditarik balik dari Balai Seni

Lukisan finalis 'ABU' ditarik balik dari Balai Seni

Aidila Razak |

Ia ditarik balik sebelum berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi peraduan Bakat Muda Sezaman 2013.

Lukisan finalis 'ABU' ditarik balik dari Balai Seni

Lukisan finalis 'ABU' ditarik balik dari Balai Seni

Aidila Razak |

Sebuah lukisan yang memaparkan perkataan 'ABU=ASHES' telah ditarik balik daripada pameran di Balai Seni Visual Negara di Kuala Lumpur semalam.

Wednesday, 12 February 2014

PKR: Ayam sudah disembelih, k'jaan masih lembab

PKR: Ayam sudah disembelih, k'jaan masih lembab

Abdul Rahim Sabri |

PKR menggesa kerajaan segera memberi respon terhadap gesaan dialog ke arah 'konsensus nasional' berhubung isu-isu dalam negara.

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru

Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat pengumuman itu selepas menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 28 Februari kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru

Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat pengumuman itu selepas menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 28 Februari kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Tuesday, 11 February 2014

PPIM jarakkan diri dengan tawaran tampar Teresa

PPIM jarakkan diri dengan tawaran tampar Teresa

Ahmad Fadli KC |

PPIM menafikan terlibat dengan tawaran wang tunai bagi sesiapa yang dapat menampar wakil rakyat DAP Teresa Kok.