Friday, 31 January 2014

Rafizi: Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami

Rafizi: Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami

Ahmad Fadli KC |

Sebaliknya, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata ia satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

Rafizi: Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami

Rafizi: Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami

Ahmad Fadli KC |

Sebaliknya, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata ia satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

Thursday, 30 January 2014

Ucapan Gong Xi Fa Cai dari Malaysiakini

Ucapan Gong Xi Fa Cai dari Malaysiakini

Malaysiakini mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca. Semoga Tahun Kuda akan membawa keamanan, keadilan dan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia.

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Abdul Rahim Sabri |

Pemimpin PAS itu memberi tempoh sehingga 10 Februari depan kepada Noh untuk mengatur debat menerusi mana-mana saluran televisyen dengan tajuk dan moderator sama.

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Abdul Rahim Sabri |

Pemimpin PAS itu memberi tempoh sehingga 10 Februari depan kepada Noh untuk mengatur debat menerusi mana-mana saluran televisyen dengan tajuk dan moderator sama.

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Abdul Rahim Sabri |

Pemimpin PAS itu memberi tempoh sehingga 10 Februari depan kepada Noh untuk mengatur debat menerusi mana-mana saluran televisyen dengan tajuk dan moderator sama.

Wednesday, 29 January 2014

Badi kerusi MB Selangor

Badi kerusi MB Selangor

Ram Anand |

Sekurang-kurangnya empat menteri besar sebelumnya terpaksa berundur ekoran kontroversi dan tekanan parti politik mereka sendiri.

Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib

Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib

Ahmad Fadli KC |

"Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib


Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib

Ahmad Fadli KC |
"Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ribut melanda, pejabat MB masih tenang


Ribut melanda, pejabat MB masih tenang

Aidila Razak & Radzi Razak |
WAWANCARA Keadaan di pejabat menteri besar masih tenang, berbeza dengan ribut taufan kata-kata dan spekulasi di luar.

Tuesday, 28 January 2014

Nasrudin: Main-main kosongkan kerusi Kajang

Nasrudin: Main-main kosongkan kerusi Kajang

Anggota Parlimen Temerloh berkata, meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah langkah “khianat” pada amanah.

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'

Radzi Razak |

WAWANCARA "Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'

Radzi Razak |

WAWANCARA "Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pemuda PAS S'gor ancam boikot kempen Kajang

Pemuda PAS S'gor ancam boikot kempen Kajang

dikemaskini Pemuda PAS Selangor berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen PKR.

Monday, 27 January 2014

MB: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang

MB: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang

Ahmad Fadli KC |

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid: Tukar MB mesti muafakat bersama

Khalid: Tukar MB mesti muafakat bersama

Abdul Rahim Sabri |

dikemaskini Beliau juga menjelaskan beliau "tidak terkejut" dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini ada "ura-ura" mengenainya.

Khalid: Tukar MB mesti muafakat bersama

Khalid: Tukar MB mesti muafakat bersama

Abdul Rahim Sabri |

dikemaskini Beliau juga menjelaskan beliau "tidak terkejut" dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini ada "ura-ura" mengenainya.

Anwar Ibrahim to be Selangor MB? [THE STAR]


Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim is believed to have agreed to step down from his post.
Khalid is expected to announce his decision to go this Wednesday, according to party insiders.
They said that PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was on course to become the next Mentri Besar.
A by-election in a state seat is expected to be held to enable Anwar to join the Selangor Legislative Assembly and take over the top job.
Khalid, who has been under heavy fire from his party over his mishandling of the PKNS issue and the JAIS bible raid, agreed to the dramatic move at a meeting with Anwar on Sunday.
Urgent discussions are still taking place behind the scenes but Anwar is believed to have secured the endorsement of his DAP and PAS partners for the changeover.
The developments are coming on the heels of Anwar’s olive branch offer Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to find national consensus on various issues confronting Malaysians.

Whom do you want as Selangor MB? [THE STAR]



(Clockwise, from top left), Azmin, Khalid, Anwar, Rafizi and Iskandar.
(Clockwise, from top left), Azmin, Khalid, Anwar, Rafizi and Iskandar.

PETALING JAYA: Speculation is rife concerning the successor for the Kajang state seat, following the resignation of its PKR assemblyman Lee Chin Cheh.

It is said if Pakatan Rakyat wins the by-election, slated to be held within 60 days from Monday, the winner will become the next Selangor Mentri Besar.

Tan Sri Khalid Ibrahim, who has been MB since 2008, is now reportedly under pressure from his colleagues in PKR due to his various unpopular decisions.

According to party insiders, Khalid will agree to the takeover as long as it is not his rival, PKR deputy president Azmin Ali.

The resignation of Lee is believed to be related to speculation that Datuk Seri Anwar Ibrahim is being lined up to replace Khalid, but Anwar needs to be part of the Selangor State Legislative Assembly in order take over the top job.

Other names from Pakatan have however surfaced as the next possible MB, apart from Anwar.
This includes PAS' Iskandar Abdul Samad and Azmin, who are already legislators in the state.

Whom you think should be Selangor's Mentri Besar? Please participate in our poll here.

Kajang state rep resigns, stage set for by-election in Selangor [THE SUN]



PETALING JAYA (Jan 27, 2014): Lawyer Lee Chin Cheh (pix) today tendered his resignation as the state assemblyman for Kajang, paving the way for a third by-election to be held since the 13th general election in May last year.
The resignation was confirmed by Selangor state assembly speaker Hannah Yeoh, who said that Lee did not give a reason for his resignation and that the Election Commission (EC) would be informed today that the seat was vacated.
“Yes, (he) resigned today; I will inform the EC tomorrow,” Yeoh said in a text message to theSun.
“No reason (was) stated in the letter; according to (clause 68) of the state constitution, assemblymen can tender resignation (without specifying reasons).”
The last two by-elections were for the Kuala Besut state seat in Terengganu in July last year, which was retained by the Barisan Nasional and the Sungai Limau state seat in Kedah last November which was retained by PAS.
Speculation is rife that Lee, 42, vacated the seat for Pakatan Rakyat de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to contest and eventually replace Tan Sri Khalid Ibrahim as Selangor mentri besar.
It could also be an extension of the long-standing feud between Khalid and PKR deputy president Azmin Ali.

MUTAKHIR Saya boleh berundur jika pakatan pembangkang capai konsensus - Khalid [BERITA HARIAN]


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini, hari ini.

Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kajang.

Ini berikutan peletakan jawatan Anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh hari ini.

Mengulas peletakan jawatan Lee, Abdul Khalid berkata perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini.
"Saya tidak terkejut dengan tindakan Adun (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya. - BERNAMA

Letak Jawatan Demi Kepentingan Pakatan Rakyat - Chin Cheh [MSTAR]




Lee Chin Cheh.
PETALING JAYA: Tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dibuat demi kepentingan Pakatan Rakyat di Selangor.
Malah, beliau berkata, keputusan tersebut turut dilakukan bagi membolehkan ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu mengukuhkan kemampuan mereka dalam berkhidmat kepada rakyat di negeri berkenaan.
"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN 25 (Kajang) adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," katanya menerusi satu kenyataan media pada malam Isnin.
Pada masa sama, Chin Cheh turut mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Kajang yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.
"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, kerusi DUN Kajang menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Lee Ban Seng calon Barisan Nasional (BN-MCA), Mohd Khalid Kassim (bebas), Mohamad Ismail (Berjasa), Ong Yan Foo (bebas), Ir Mohd Iwan Jefry Abdul Majid (bebas) dan Lee Chin Cheh sendiri daripada PKR.
Chin Cheh memenangi kerusi itu selepas mendapat 19,571 undi meninggalkan calon BN dengan majoriti 6,824 undi.
Terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Chin Cheh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe, Shah Alam pada petang Isnin.
Tindakan mengejut itu dilihat sebagai membuka laluan kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membolehkan beliau dilantik sebagai menteri besar yang baharu jika memenangi kerusi tersebut.

Anwar akan bertanding di Kajang?



Peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang membuka persoalan sama ada tempat itu akan ditandingi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad (kiri) berkata, walaupun hanya mengetahui pengunduran itu melalui media, beliau difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil,” katanya

Menjawab SMS Malaysiakini hari ini, beliau berkata, beliau akan membincangkan perkembangan itu dengan PAS negeri dan pusat dan merasakan ia masih memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

“Perkara seperti ini sepatutnya dibincang dengan semua parti,” katanya ketika ditanya sama ada PAS Selangor bersetuju dengan pengunduran Lee itu.

Spekulasi itu timbul ekoran laporan The Star Online bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar.
 
Portal itu melaporkan bahawa Khalid bersetuju melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.
 
Anwar bagaimanapun menafikannya.

DAP: Tak pernah bincang

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua (kanan) berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan atau persetujuan dibuat untuk menggantikan menteri besar Selangor dibuat.

“Tidak pernah dibincangkan,” katanya menjawab soalanMalaysiakini.

Sementara itu, Yeoh yang juga ADUN DAP bagi kawasan Subang Jaya jari ini turut ditanya berhubung kemungkinan calon untuk kawasan itu.

“Saya tidak mahu cakap perihal calon dan saya tidak mahu mengulas khabar angin. Agak awal untuk membuat spekulasi. Sehingga hari ini kerusi ini kosong. Itu sahaja,” katanya.

Yeoh juga berkata, oleh kerana ia kerusi PKR, parti itu yang akan mengumumkannya.

Penganalisis: Anwar jadi PM? Mustahil

Sementara itu, penganalisis politik James Chin (kiri) pula beranggapan mustahil Anwar akan menjadi menteri besar Selangor kerana kedudukannya sekarang sebagai pemimpin nasional.

"Jika beliau jadi menteri besar dia akan berada di kedudukan sama dengan Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang. Itu mustahil," kata beliau ketika dihubungiMalaysiakini.

Chin menganggap cerita 'kurang senang' mengenai PKR itu berkaitan dengan pemilihan parti itu April depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kajang.

Undang-undang menetapkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Sunday, 26 January 2014

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain

Nigel Aw |

Pendirian perdana menteri berhubung penyelesaian 10 perkara dalam isu penggunaan kalimah Allah disifatkan sebagai menolak isu itu kepada pihak lain.

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain

Nigel Aw |

Pendirian perdana menteri berhubung penyelesaian 10 perkara dalam isu penggunaan kalimah Allah disifatkan sebagai menolak isu itu kepada pihak lain.

Saturday, 25 January 2014

MP selar polis nafi dera kontraktor

MP selar polis nafi dera kontraktor

Ditemui di rumahnya di Alor Setar pada Rabu, Zul Hilmi berkata, beliau tidak lagi dapat bekerja atau hidup seperti biasa, malah mungkin tidak dapat memiliki zuriat.

Perhimpunan TURUN: NGO tak endah nasihat Guan Eng

Perhimpunan TURUN: NGO tak endah nasihat Guan Eng

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan NGO-NGO yang membantah kenaikan harga supaya menangguhkan perhimpunan yang mereka dirancang di Seberang Jaya esok.

Perhimpunan TURUN: NGO tak endah nasihat Guan Eng

Perhimpunan TURUN: NGO tak endah nasihat Guan Eng

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan NGO-NGO yang membantah kenaikan harga supaya menangguhkan perhimpunan yang mereka dirancang di Seberang Jaya esok.

PERKASA hentam Najib berhubung isu "Allah"

PERKASA hentam Najib berhubung isu "Allah"

NGO pendesak Melayu, PERKASA berkata ia tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan perdana menteri selaku presiden Umno serta ahi Majlis Teringginya untuk mempertahankan Kalimah Allah daripada terus digunakan oleh penganut Kristian.

Friday, 24 January 2014

Dr M: Cubaan guna kalimah Allah ada agenda tersendiri

Dr M: Cubaan guna kalimah Allah ada agenda tersendiri

Bernama |

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam, dan cubaan puak-puak tertentu untuk menggunakan kalimah itu di Semenanjung mempunyai agenda tersendiri.

Reputasi dipertaruh, mampukah Puteri Reformasi bertahan?

Reputasi dipertaruh, mampukah Puteri Reformasi bertahan?

Aidila Razak |

ANALISIS Walaupun ia soal peribadi, namun keputusan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan petisyen untuk membatalkan perkahwinannya mungkin mencetuskan kesan politik dan situasi yang rumit.

Reputasi dipertaruh, mampukah Puteri Reformasi bertahan?

Reputasi dipertaruh, mampukah Puteri Reformasi bertahan?

Aidila Razak |

ANALISIS Walaupun ia soal peribadi, namun keputusan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan petisyen untuk membatalkan perkahwinannya mungkin mencetuskan kesan politik dan situasi yang rumit.

'Fokus dapat sokongan, bukan lawan retorik pembangkang'

'Fokus dapat sokongan, bukan lawan retorik pembangkang'

Radzi Razak |

TEMUBUAL Taktik menakut-nakutkan rakyat dengan retorik kaum dan agama tidak akan memenangi pilihan raya, kata ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Thursday, 23 January 2014

Polis: Tiada 'double standard', himpunan pro-Najib pun disiasat

Polis: Tiada 'double standard', himpunan pro-Najib pun disiasat

Susan Loone |

Polis akan menggunakan standard yang sama terhadap penyokong BN dan Pakatan Rakyat yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit polis, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi .

'Barangan pengguna jadi mahal dengan kenaikan tol'

'Barangan pengguna jadi mahal dengan kenaikan tol'

Persekutuan Pekilang Malaysia ( FMM) memberi amaran bahawa kenaikan kadar tol akan meningkatkan harga barangan pengguna.

Pembuat baju untuk demo 31 Dis disiasat polis

Pembuat baju untuk demo 31 Dis disiasat polis

Farah Noor Samat |

dikemaskini 10pm Seorang pembuat dan penjual kemeja-t himpunan 31 Disember hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang hari ini untuk memberikan keterangan.

Nurul Izzah dilapor fail penceraian

Nurul Izzah dilapor fail penceraian

dikemaskini 3.54pm Bagaimanapun, menjawab soalan sama ada beliau menuntut fasakh di Twitter, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjawab "Nope".

Wednesday, 22 January 2014

Aktivis anti-Lynas bergelut dengan pengawal di KLCC

Aktivis anti-Lynas bergelut dengan pengawal di KLCC

Abdul Rahim Sabri |

dikemaskini Berlaku 'drama' antara keselamatan KLCC dan aktivis Himpunan Hijau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang mana akan berlangsungnya sambutan Hari Australia malam ini.

Aktivis anti-Lynas bergelut dengan pengawal di KLCC

Aktivis anti-Lynas bergelut dengan pengawal di KLCC

Abdul Rahim Sabri |

dikemaskini Berlaku 'drama' antara keselamatan KLCC dan aktivis Himpunan Hijau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang mana akan berlangsungnya sambutan Hari Australia malam ini.

'Artis bertudung tak sesuai untuk acara kami'

'Artis bertudung tak sesuai untuk acara kami'

dikemaskini Pengarah kewangannya Yong Pey Ling berkata, Marinatasha tidak sesuai kerana majlis itu mengkehendakinya berinteraksi dan bercampur dengan tetamu.

Tuesday, 21 January 2014

Kanak-kanak separuh bogel ditemui mati

Kanak-kanak separuh bogel ditemui mati

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di Dungun semalam.

'Kerana tudung, penyanyi diarah turun pentas'

'Kerana tudung, penyanyi diarah turun pentas'

Radzi Razak |

dikemaskini Setelah 12 tahun bergelumang sebagai anak seni, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar bersuara lantaran dikriminasi yang dihadapi.

Muhyiddin jelas langkah k'jaan bendung kenaikan harga

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah dan strategi untuk mengurangkan kenaikan harga dan kos hidup.
  
Beliau berkata satu daripadanya ialah penubuhan jawatankuasa kabinet, dipengerusikan beliau sendiri, untuk memantau kenaikan kos hidup di dalam negara.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada majlis makan malam dengan Majlis Penuntut Malaysia di United Kingdom dan Eire (Ireland) di sebuah hotel di sini pada Isnin malam.
  
Muhyiddin berada di sini untuk lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom dari Isnin untuk menghadiri Forum Pendidikan Sedunia 2014, perhimpunan terbesar menteri-menteri pendidikan dan kemahiran di dunia yang dihadiri 97 menteri mewakili 100 negara dari 20 hingga 22 Jan.
  
Menjelaskan isu menjejaskan rakyat itu telah diperdebat secara meluas di tanah air, Muhyiddin berkata antara langkah diambil jawatankuasa kabinet ialah turun padang untuk mengenai pasti punca kenaikan harga berkenaan.

"Kami turun padang untuk meninjau kenaikan harga dan mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang.
  
"Banyak faktor menyebabkan harga naik. Apa yang menyebabkan kos meningkat - adakah disebabkan dasar-dasar kerajaan atau peniaga tidak bertanggungjawab?" katanya.
  
Muhyiddin berkata kenaikan harga tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Memberikan contoh London, beliau berkata disebalik menjadi antara bandar raya paling mahal di dunia untuk dihuni, ia masih mempunyai banyak tempat  menarik untuk membeli-belah.
  
Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan mengkaji harga berkenaan dan akan campur tangan untuk memastikan rakyat mendapat keadilan.
  
"Isu ini perlu dikendalikan secara holistik," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata Malaysia perlu terus mempunyai dasar-dasar fiskal yang baik untuk membolehkannya menguruskan situasi itu.
  
"Kami mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima dan 5.5 peratus. Kami mempunyai dana-dana dan banyak peluang kerja yang telah menarik lebih dua juta pekerja asing ke negara, dengan antara 500,000 dan satu juta daripada mereka pendatang tanpa izin," katanya.
  
Beliau berkata Malaysia turut menikmati kadar inflasi rendah, antara 2.5 dan 3 peratus, dan telah hampir mencecah tenaga kerja penuh.
  
"Disebalik kejayaan negara dalam menguruskan ekonomi, Malaysia masih perlu berhemah dalam perbelanjaannya dan sepatutnya mencapai defisit fiskal kurang daripada 30 peratus, kata Muhyiddin sambil menjelaskan kerajaan baru-baru ini  mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan.
  
"Jika tidak, situasi ekonomi akan memberi kesan kepada rakyat biasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga terbuka kepada idea dan cadangan pihak lain.
  
Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) atau UKEC secara rasminya diasaskan pada 1995 dan berperanan sebagai platform kepada penuntut Malaysia di rantau ini, di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan, untuk berinteraksi. - Bernama

Rumah: Henti sebar sms palsu, jangan permainkan rakyat

AMPANG: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad menyifatkan penyebaran sms palsu berkaitan skim pembiayaan perumahan kerajaan negeri itu untuk 'undermind' kerajaan negeri, selain cuba memainkan sentimen rakyat.

Sehubungan itu, beliau menegur dan menasihati pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sms palsu itu agar berhenti berbuat demikian.

"Jika tidak puas hati dengan kerajaan negeri, serang sahaja kerajaan negeri. Tapi jangan babitkan rakyat yang menaruh harapan tinggi. Perbuatan ini jelas sengaja dilakukan bagi mempermain-mainkan rakyat, selain cuba 'undermind' kerajaan negeri," kata beliau pada satu sidang media, di pusat khidmatnya, petang tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penyebaran sms palsu yang diterima pihaknya bermula semalam, yang dikenalpasti mula tersebar kepada rakyat di sekitar Shah Alam.

Sebelum ini, sms palsu berkaitan bantuan persekolahan anak di Selangor turut disebarkan dan susulan itu satu laporan polis turut dibuat bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menyebarkan sms terbabit.

Dalam pada itu, Iskandar melahirkan kebimbangan jika situasi begini berterusan kerana akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri dan tidak mempercayai setiap apa yang dilakukan kerajaan negeri.

"Hakikatnya, orang yang membuat kerja ini (sebar sms palsu) dia tahu apa yang kerajaan negeri buat, tapi memanipulasi bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat negeri Selangor. Contohnya, kerajaan negeri memang ada beri bantuan persekolahan, tapi kita beri voucher untuk pembelian kasut.  Begitu juga dengan skim pembiayaan perumahan yang dalam peringkat akhir perbincangan dengan pihak bank," tegas beliau.

Iskandar turut mengingatkan rakyat, khususnya di Selangor untuk mendapatkan pengesahan dengan setiap sms yang diterima bgi memastikan sama ada ianya sah atau sebaliknya.

Ekoran penyebaran sms palsu itu, satu laporan polis dibuat pegawai khas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad iaitu Mohamad Jamil Abdul Rahim, semalam, di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

Namun, Iskandar berkata sehingga hari ini masih ramai menghubungi beliau untuk bertanyakan berhubung skim pembiayaan perumahan tersebut.

Justeru, beliau mengharapkan pihak berkuasa untuk segera membuat siasatan bagi mengenalpasti pihak yang tidak bertnggungjawab menyebarkan sms palsu terbabit.

Kelantan bantu lebih 9,300 OKU sejak 2010

KOTA BHARU: Sejak 2010 sehingga tahun lepas kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.8 juta bagi membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, peruntukan diberi dalam bentuk bantuan bulanan kepada 9,331 OKU.

“Ini secara jelas menggambarkan kerajaan Kelantan tidak pernah menyisihkan golongan berkenaan. Malah kerajaan negeri mempelbagaikan usaha murni untuk kebajikan mereka.

“Kita juga setiap tahun meraikan golongan OKU pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri, di samping mengadakan bengkel ibadah OKU,” katanya pada sambutan Hari OKU Peringkat Negeri di sini hari ini.

Hadir sama pada program julung kali diadakan itu anggota Exco, Dr Ramli Mamat, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar, wakil-wakil rakyat, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Zainiah Halim.

Selain itu Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyrakat, Norazman Abdul Manaf dan Yang Dipertua Majlis Persefahaman Persatuan OKU Kelantan, Mohamad Faizal Yusof.

Mumtaz juga berkata, usaha lain dilaksanakan termasuk melantik Penyelaras Pembangunan OKU Negeri, Skuad Kita Cakna membantu OKU terlantar dan program Takaful Ihsan berkelompok.

Beliau turut mengingatkan masyarakat tidak mengasingkan golongan OKU kerana mereka sebahagian daripada anggota masyarakat yang wajib disantuni.

“Mereka yang mengejek OKU merupakan orang yang tidak berilmu. Malah perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Pencipta-Nya,” ujarnya.

Sementara itu Naib Johan Program Realiti TV ‘Adik-Adikku’ musim pertama 2010, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi diberi Anugerah Khas OKU berdasar kecemerlangan dan pencapaiannya sempena program berkenaan.

Beliau mengungungi beberapa anugerah peringkat negeri dan kebangsaan sejak 2010 sehingga akhir tahun lalu. Qayyim pernah muncul Johan Tilawah Al-Quran Braille 2011-2012.

Selain ituj johan Majlis Tilawah al Quran Peringkat Negeri kategori sekolah menengah. Manakala Allahyarham Mat Darus Sulaiman atau M Hayat pula disampaikan Anugerah Khas Tokoh Aktivis OKU.

Allahyarham yang cacat penglihatan aktif dalam bidang penulisan khususnya skrip drama radio dan puisi sekitar tahun 1970-an. Allahyarham meninggal dunia 11 Disember lalu.

Kerajaan negeri juga menyampaikan anugerah kepada empat lagi tokoh OKU iaitu Tokoh Atlit OKU, Sharifah Raudzah Syed Akil, Razani Ramli (Tokoh Aktivis OKU), Mohd Rajuna Yahya (Tokoh Usahawan OKU) dan Amy Suzaimi Mohd Ainuddin (Tokoh Akademik OKU).

Mumtaz turut menyampaikan cenderahati kepada pelajar OKU cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR.

Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.

Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab.

"Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun.

"Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara.

Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama.

"Tindakan memperlekehkan seseorang individu di atas sebab-sebab yang tidak munasabah sebegini amatlah dikesali dan pastinya memberi impak yang amat negetif jika ianya dipanjangkan.

"Semua pihak disarankan mempelajari dan meraikan perbezaan fahaman dan warna kulit demi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman.

"Karyawan menawarkan jalan penyelesaian atas konfliks yang berlaku agar perkara ini dapat diredakan secepat yang mungkin," sambungnya.

Sementara itu, Marinatasha turut kesal dengan apa yang berlaku dan ia merupakan insiden keempat ke atas dirinya yang menyuruh beliau membuka tudung jika mahu membuat persembahan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, suatu yang amat memalukan, tapi ini bukan kali pertama berlaku dan ia merupakan kali keempat berlaku sebelum ini sudah ada yang suruh saya buka tudung jika ingin menyanyi.

"Dalam industri tidak sepatutnya berlaku sedemikian, wanita yang berhijab juga mempunyai hak mereka dan sepatutnya hak itu dihormati.

"Saya harap agar ia tidak berlaku lagi terhadap wanita berhijab dan insiden ini perlu menadi pengajaran kepada pihak-pihak lain," jelasnya.

Beliau yang sepatutnya mengadakan persembahan pada majlis makan malam tahunan sebuah syarikat pada 18 Januari lalu telah diarahkan turun dari pentas ketika ingin memulakan persembahan.

Selain itu juga, beliau turut dimarahi kerana terus mengadakan persembahan setelah dijemput oleh rakan artis lain yang turut bersimpati atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

DAN: Satu lagi dasar tidak capai keperluan sebenar

KUALA LUMPUR: Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan baru-baru ini adalah dasar yang sepatutnya datang lebih awal bagi memastikan industri automobil negara dapat dirombak bersesuaian dengan keperluan EEV atau kenderaan bertenaga efektif dan keperluan lain berkaitan dengan kesannya kepada industri, pengeluar dan pengguna.

“Walaupun kita menyambut baik namun ada beberapa perkara yang tidak disebut dalam dasar ini yang ada kaitan dengan penstrukturan semula dasar automotif negara,” tulis Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam blognya.

Menurutnya, dasar itu masih memperlihatkan flip-flop apabila isu menghapuskan AP (permit import) yang dijadualkan pada 2015 tidak digarap dengan bijak sehingga terbentuk orang tengah yang mengaut keuntungan besar dari harga kereta yang dijual kepada rakyat.

Beliau berkata, AP yang sepatutnya menjana pendapatan jika diapungkan akan memberi keuntungan kepada kerajaan namun selama ini industri automotif negara dicemari dengan penyalahgunaan AP yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak kroni tertentu.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, kualiti bahan api tahap Euro 4 mesti dilaksanakan segera seperti yang termaktub dalam DAN 2009.

Tegas beliau, tidak ada gunanya memenuhi kehendak  EEV jika jenis bahan api yang ada sekarang iaitu Euro 2 masih digunakan memandangkan tahap penjimatan tenaganya tidak berapa efektif.

Menurutnya, sukar untuk para industri melahirkan kereta bertenaga efisyen di pasaran Malaysia jika bahan apinya masih lagi di tahap Euro 2. Satu mekanisma harga dan subsidi diperlukan dalam DAN untuk memperkenalkan Euro 4.

“Perlu dijelaskan kepada rakyat apakah penurunan harga kereta kerana cukai eksais dihapuskan ataukah ia harga promosi yang dibuat oleh syarikat penjual kereta, lalu rakyat terkeliru antara penurunan sebenar atau penurunan kerana pihak penjual mengadakan promosi,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata, bagi pemeriksaan kenderaan  secara sukarela, kerajaan harus bersikap terbuka dengan memberi peluang kepada berbagai syarikat syarikat lain dan bukan dimonopoli oleh Puspakom semata-mata.

Tambahnya, tanpa melihat keseluruhan kesan DAN kepada rakyat dan kepada keberkesanan sebenar tenaga dalam industri automotif DAN hanya akan menjadi satu lagi dasar yang tidak mencapai keperluan sebenar.

Monday, 20 January 2014

Pemecatan Azmin kekal, bos PKNS dipindah keluar

Pemecatan Azmin kekal, bos PKNS dipindah keluar

Radzi Razak |

dikemaskini 7.10pm Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, siasatan itu dibuat kerana surat pemecatan Azmin yang dikeluarkan oleh Othman dibuat pada 8 Januari lalu tanpa pengetahuan beliau.