Wednesday, 24 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: JANGAN MENGONGKONG MINDA PENDIDIK!


Pertubuhan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan [PENDIDIK] hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang mencuba untuk memaksa, mengongkong minda dan mengugut para pendidik untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional menjelang hari pengundian Pilihanraya Pengkalan Kubor pada 25 September 2014 esok.


Guru bukanlah 'robot' yang boleh diarah sewenang-wenangnya sehingga menafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia dalam membuat keputusan bagi memilih siapa yang mereka mahukan untuk diangkat sebagai pemimpin atau wakil rakyat. Tiada sesiapa pun boleh memaksa mana-mana guru untuk mengikut arahan yang tidak bertamadun seperti itu.


Guru merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat. Gajinya dibayar oleh rakyat dan bukannya dari duit poket UMNO dan Barisan Nasional. Jadi, jangan memaksa warga pendidik untuk mengikut telunjuk pemimpin politik yang cuba untuk mencampuradukkan 'pendidikan' dengan 'politik kepartian' yang akhirnya akan merosakkan masa depan pendidikan negara.


Seperti sedia maklum, guru telah memposisikan diri sebagai penjawat awam dan menjadi 'pelaksana dasar' dalam apa juga program pendidikan yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. Namun demikian, dari segi hak untuk mengundi dan memilih pemimpin yang mereka mahukan, tiada sesiapa yang boleh mencampuri atau merampas hak tersebut daripada mereka. Hak ini dijamin dalam perlembagaan selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita. Cukuplah hampir 57 tahun guru menjadi mangsa percaturan politik oleh pemimpin yang rakus kuasa hingga memperlakukan guru secara zalim termasuk sengaja menukarkan guru lokasi kerja sehingga berjauhan daripada keluarga hanya kerana dendam politik semata-mata.


PENDIDIK menyeru agar semua warga pendidik untuk membuat satu kebangkitan dengan penuh keberanian agar dapat 'merobohkan tembok kezaliman' yang telah lama membelenggu mereka setelah ini sekian lama. Hanya dengan memahami hak mereka sebagai warganegara Malaysia, berumur 21 tahun keatas yang bebas menyokong mana-mana pertubuhan politik yang sah dan berdaftar di negara ini, maka guru dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih pemimpin yang mereka mahukan demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta.


PENDIDIK membuat saranan kepada mana-mana warga pendidik yang diugut sedemikian agar segera membuat laporan polis dan membuat pengaduan kepada pihaknya atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia [SUHAKAM]. PENDIDIK juga tidak akan teragak- agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] sekiranya menerima laporan jika terdapat adanya bukti salahguna kuasa yang mengongkong jiwa pendidik kerana ia bercanggah dengan Artikel 1 [Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat] yang memetik bahawa 'semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak- hak'.


PENDIDIK juga menyokong penuh kenyataan Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan [KPPK], Sdra Hashim Adnan dalam PRK Kuala Besut tahun lepas yang mengingatkan parti-parti politik bahawa guru tidak harus diancam dan diugut untuk mengundi mana-mana calon parti yang bertanding sebagai pulangan 'buah keras' kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Idris Jusoh yang ketika itu menyeru agar para guru menyokong Barisan Nasional di dalam pilihanraya tersebut.


PENDIDIK ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas pendirian tegas yang pernah dibuat oleh Sdra Hashim Adnan yang dipetik dari sebuah portal berita The Malaysian Insider. Ini merupakan satu kenyataan terbuka yang berani dan belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum itu termasuk Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah yang berkhidmat di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebaliknya, apa yang selalu didengai ialah ugutan dan pemaksaan agar semua guru mesti mengundi UMNO dan Barisan Nasional samada dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil.


PENDIDIK berharap agar warga pendidik akan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan konsisten menjalankan tugas walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran dan ugutan seperti ini. Kita juga ingin melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan penggunaan sekolah-sekolah milik kerajaan yang masih digunakan sebagai lokasi kempen oleh UMNO dan Barisan Nasional. Sehingga hari ini, perkara seperti ini masih dilakukan setiap kali pilihanraya berlangsung dan terang-terang bahawa ini telah mencampuradukkan politik kepartian dengan soal pendidikan masa depan anak bangsa.


NORMALA BINTI SUDIRMAN
Presiden,
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan [PENDIDIK]
24 September 2014.

PELANTIKAN MB SELANGOR : HENTIKAN POLEMIK, TUMPU MASA BEKERJA UNTUK RAKYAT


Krisis Isu Menteri Besar Selangor hampir terlerai dengan pelantikan YAB Sdr Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu semalam bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.  Bagi saya dan ramai pemimpin PAS beranggapan pelantikan YAB Azmin bukan sesuatu yang mengejutkan, dijangkakan bahkan diharapkan bagi menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Tan Sri Abdul Khalid. Legasi kejayaan Tan Sri Khalid serta nama besar yang ditinggalkan oleh beliau perlu diisi oleh tokoh hebat yang setara dengan beliau, dan YAB Azmin dilihat mempunyai kebolehan itu.


Sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), diharapkan beliau mampu menjadi jambatan penghubung antara Pakatan Rakyat di semua peringkat bagi mengukuhkan persefahaman PR. YAB Azmin diharap dapat membawa suara Pakatan Rakyat dengan tidak meminggirkan mana-mana pihak serta mengangkat tinggi prinsip persefahaman melalui kesepakatan dalam PR. Kejayaan beliau adalah lambang keutuhan PR, tanpa ada pihak yang boleh merasa diperkecil atau dilebihkan kerana masing-masing mempunyai jasa, peranan dan tanggungjawab bagi memenangkan PR di Selangor.

Pelantikan YAB Azmin diharapkan dapat menjernihkan kembali hubungan antara kesemua pemimpin PR di samping menyembuhkan luka yang di alami. Apa yang menyedihkan, drama tembak menembak sesama sendiri banyak mencederakan pemimpin dan yang menjadi mangsa serangan paling kuat adalah kepimpinan PAS termasuk Presiden PAS, Majlis Syura Ulama', ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ketua-Ketua Dewan PAS Pusat. Bahkan mereka yang berdiam diri tanpa melibatkan diri dalam krisis ini turut terpalit dengan pelbagai persepsi negatif serta tohmahan liar daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Sudah tiba masanya kita semua bekerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Polemik tiada berkesudahan ini meletihkan, dan rakyat menjadi bosan dengan politiking dalaman. Rakyat mahu melihat kita bersatu dan membuktikan bahawa PR lebih baik daripada BN dalam menghadapi cabaran semasa serta bersedia menjadi kerajaan persekutuan dalam tempoh terdekat. 

Apa yang penting, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah kepimpinan YAB Azmin Ali perlu buktikan bahawa kerajaan PR terlalu jauh lebih baik, telus, amanah, kompetensi dan cemerlang berbanding kerajaan negeri di bawah BN. Malah, beliau juga perlu buktikan era kepimpinan beliau lebih hebat daripada legasi tinggalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Monday, 15 September 2014

Rugi Jika Tolak Wan Rosdi - Presiden PAS



TUMPAT:
 Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan pengundi di Dun Pengkalan Kubor sebagai orang yang rugi sekiranya menolak calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim pada 25 September ini.

Katanya, Wan Rosdi bukan sahaja seorang calon yang setia kepada parti, sebaliknya telah menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sejak dua penggal lalu iaitu selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU13.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Markas Besar PAS Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Menurutnya, calon Pakatan Rakyat itu juga seorang yang setia kepada parti yang sering mengikut keputusan parti.

"Ketika tidak dicalonkan sebagai calon PRU, beliau tidak bersungut dan menjalankan kerja-kerjanya sebagaimana biasa.

"Bila calon PKR kalah pada PRU12 dan 13, beliau menerima pula jawatan Penyelia Dun dan menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sebagaimana biasa," ujarnya.

Katanya, calon yang paling layak untuk dipilih oleh pengundi di Dun Pengkalan Kubor sememangnya Wan Rosdi, seorang yang bersifat sederhana dan berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Menyentuh tentang peringkat awal Wan Rosdi menolak apabila namanya dicalonkan, beliau berkata Islam menggalakkan memilih orang sedemikian.

Menurut beliau lagi, orang yang tidak meminta jawatan itu sebenarnya yang lebih layak berbanding mereka yang meminta untuk mendapatkan jawatan.

"Nabi s.a.w. sendiri berpesan supaya memilih mereka yang tidak meminta jawatan kerana mereka itulah yang sebenarnya lebih layak berbanding daripada orang yang meminta-minta jawatan.

"Yang terbaik ialah calon kitalah, Pakatan Rakyat kerana Pengkalan Kubor dari segi sejarahnya PAS telah menguasi Dun tersebut sejak tahun 1959," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya lagi, mengikut keputusan PRU13 lalu, peringkat parlimen calon Pakatan Rakyat Datuk Kamarudin Jaffar menang, namun di Dun sahaja tewas.

Beliau bagaimanapun mengingatkan anggota parti seluruhnya agar tidak over confident untuk meraih kemenangan dengan mudah.

Ini, ujarnya kerana PAS bukan sahaja melawan parti Umno dan BN, sebaliknya turut berlawan dengan agensi kerajaan Pusat yang datang dari pelbagai arah dengan tidak malu-malu lagi.

"Demokrasi di tempat kita berat sebelah dan kita bertanding tidak di padang yang sama rata," ujatnya lagi. - HARAKAHDAILY 14/9/2014

Hari Malaysia Disambut Pendaratan Tentera AS



1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah membenarkan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan eksesais bilateral di negara ini. 

2. GAMIS meluahkan rasa kebimbangan dan kerisauan di sebalik apa yang terjadi. Walaupun dimaklumkan oleh Angkatan Tentera Darat Malaysia bahawa tujuan pendaratan mereka adalah untuk latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun ia sungguh mencurigakan. 

3. Pendaratan tentera Amerika ini juga sebagai satu simbolik pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap keganasan Amerika dan sekutunya Israel terhadap umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Gaza melalui Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) selama tujuh minggu.

4. Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya. Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia. Seribu satu kemungkinan bakal berlaku. 

5. Justeru itu, GAMIS begitu kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menyambut Hari Malaysia, 16 September dengan mencetuskan kebimbangan dilubuk hati rakyat akan keselamatan tanah air tercinta. Negara dalam keadaan bahaya selepas menjadi mangsa pertembungan kuasa besar dunia dengan tragedi pesawat MH370 dan MH17 serta di sebalik kedatangan Barack Obama yang mempunyai seribu satu persoalan. 

6. GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.

7. GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa dengan tegas mahu kerajaan Malaysia bertindak segera dengan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 15/9/2014

Abdul Malik Ab Razak ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Harga Minyak Naik Lagi Dengan GST



KUALA LUMPUR: Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

"Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Katanya, pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. 

Menurutnya, jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan. 

Pada masa yang sama, ujarnya kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain. 

Akhirnya, kata beliau bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan dianggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar. 

"Saya juga telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan. 

Beliau dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.

Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, katanya bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi. 

Tambahnya, pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Najib masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia. 

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Najib mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat. 

Pada masa yang sama, beliau seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar. - HARAKAHDAILY 15/9/2014

Tuesday, 2 September 2014

UNIT AMAL KEBANGGAAN PAS


"Beramal Kerana Allah!" Demikian tema tersemat kuat menjadi cinta disanubari setiap anggota 'Tentera Merah' Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS atau masyhur dikenali sebagai Unit Amal.


Di mana jua program PAS, anggota Unit Amal setia menjalankan tugasannya mengkoordinasi kawalan sekitar tempat aturcara dijalankan dan bekerja di bawah kepatuhan serta ketaatan disiplin tinggi. Hingga apabila mereka 'dilepaskan' untuk berada di medan masyarakat, anggota Unit Amal baik secara individu mahupun pasukan sentiasa mudah dan sedia menghulurkan khidmat mereka.


Tanpa biaya, tidak menghitung masa, biarpun ditimpa hujan dan panas, pada sebarang tekanan dan hambatan, mereka adalah murabitun yang menyerahkan segala keringat demi terlaksananya amanah parti ke atas rakyat. Merekalah pejuang tanpa nama yang menjulang PAS untuk diterima setiap lapisan masyarakat. Selayaknya mereka itu dikait dengan pujian Nabi SAW sebagaimana sabda Baginda:

"Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendalian kudanya di jalan Allah, rambutnya kusut kedua kakinya berdebu, jika sedang mengawal tetap dalam pengawasan, jika di bahagian perbekalan tetap di menjaga perbekalan…" (Riwayat Bukhari)


Dalam melaksanakan rutin tugasan, kolaborasi bersama pihak lain diatur serapinya sebagai pasukan sokongan yang menyempurnakan hingga terlahir damai dan sistematik pada setiap program berkaitan. Di mana, pada satu uniform meroon itu, merekalah doktor, jurutera, bomba mahupun pekerja bandaran. Serba serbi mesti mahupun boleh dilakukan dalam rangka meninggikan kalimah Allah menerusi kerja-kerja parti.


Seluruh organisasi PAS sangat berbangga memiliki Unit Amal sebagai tenaga yang padu, cekal dan gagah lagi mesra. Kini mereka bakal diuji dengan label naif musuh-musuh politik PAS yang cuba mencampakkan mereka dengan kesalahan rekayasa. Inilah masanya seluruh ahli PAS menzahirkan kebersamaan kasih sayang kepada Unit Amal.


Saya menyeru kita menyokong mereka dengan memakai tshirt meroon Unit Amal secara kerap setiap masa dan tempat sepanjang bulan ini. Disamping itu kita meningkatkan doa kita kehadrat Ilahi agar Dia melindungi dan merahmati atas keikhlasan yang anggota Unit Amal telah, sedang dan akan berikan untuk negara dan dunia ini.


BERAMAL KERANA ALLAH

Salam Perjuangan,

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, 28 August 2014

Sarawak Perlu Penambahan Kerusi DUN dan Parlimen


Kami ingin memberikan pandangan mengenai kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Datu Takun Sunggah untuk memulakan pelaksanaan persempadanan pada bulan Disember, yang terakhir pada tahun 2001 menghasilkan 9 kerusi tambahan. "Kali ini, mungkin ada lebih daripada sembilan (kerusi), atau ia boleh menjadi kurang. Ia semua bergantung kepada SPR, "katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen dan 71 Kawasan (DUN) Dewan Undangan Negeri dan luas kawasan Sarawak ialah 124,449 Kilometer Persegi hampir sebesar semenanjung Malaysia.

 


SPR akan memulakan persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi parlimen dan DUN di seluruh Malaysia bermula awal tahun 2014. Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu persempadanan bahagian pilihan raya perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN dan parlimen

 


Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan 

Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti.

 


[Persempadanan semula bahagian-bahagian Negeri Sarawak seperti yang dicatit oleh SPR]

Tahun 1968 P 24 N 48

Tahun 1977 P 24 N 48

Tahun 1987 P 27 N 56 Tambahan P 3 N 8

Tahun 1996 P 28 N 62 Tambahan P 1 N 6

Tahun 2005 P 31 N 71 Tambahan P 3 N 9

 


Kalau mengikut rujukan diatas, Sarawak memang memerlukan lebih banyak kawasan Parlimen dan kawasan (DUN) Dewan Undangan Negeri yang baru untuk memudahkan pentadbiran dijalankan dengan baik dan lancar. Walaupun penduduk Sarawak tinggal secara bertaburan dan  jauh dari kawasan bandar,  perkara ini perlu dikaji semula untuk memenuhi keperluan penduduk tersebut agar mereka juga dapat menunaikan hak mereka sebagai pemilih.

 


Kita ambil contoh kawasan DUN Senadin yang mempunyai penduduk yang padat dan pengundi melebihi 30 ribu orang perlu dipisah menjadi dua kawasan DUN.  DUN Senadin yang meliputi kawasan lokaliti Kuala Baram, Senadin, Tudan, Permyjaya termasuk juga kawasan Lopeng, Tanjung Lobang, Luak dan Riam sepatutnya dipisahkan mengikut lokaliti kawasan masing-masing. Lokaliti kawasan Lopeng, Riam dan Luak adalah terpisah oleh DUN Piasau dan DUN Pujut. Kepadatan penduduk di kawasan Lopeng, Riam, Luak termasuk kawasan perumahan baru di jalan lapangan terbang Miri sudah cukup untuk menjadi ianya sebuah DUN baru bagi Sarawak.

 


Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR untuk menjadikan kawasan yang ramai penduduk dipecahkan mengikut lokaliti dalam kawasan yang padat dengan penduduk agar memudahkan pihak berkuasa memberi kemudahan asas kepada kawasan tersebut. Mungkin banyak lagi kawasan-kawasan baru bagi DUN dan Parlimen untuk Sarawak dikaji semula sebelum Pilihanraya umum ke-11 yang akan tamat tempohnya dalam bulan Jun 2016.

 


Dengan penambahan kerusi untuk DUN dan Parlimen akan menjadikan Sarawak mempunyai DUN dan Parlimen terbanyak dalam Malaysia sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. Kita mengesa pihak SPR dapat menjalankan tugas dengan amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik agar rakyat dapat memilih wakil rakyat tanpa sebarang unsur yang boleh memecah belahkan perpaduan dalam negara ini. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk melaksanakan tugas ini dengan berkesan amat dihargai.

 


Jofri Jaraiee

PAS Sarawak

Wednesday, 27 August 2014

Kemenangan HAMAS di Gaza adalah Kemenangan Seluruh Umat Islam


" Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. " Surah Al-Ahzab: 33


Alhamdulillah berakhirnya bulan Syawwal dan masuknya bulan Zulkaedah diserikan dengan kemenangan dengan tercapainya perjanjian damai antara HAMAS dan Regim Zionis Israel yang memaksanya tunduk dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh HAMAS.


Perang Gaza yang terbaru ini adalah perang yang paling lama disertai oleh Zionis Israel yang berlalu selama 52 hari. Dalam perang-perang sebelum ini menentang negara-negara Arab; Zionis Israel telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, Bukit Jolan, Sinai dan lain-lain lagi. Akan tetapi dalam perang menentang HAMAS di Gaza tentera Zionis Israel tidak berjaya menawan walaupun seinci bumi Gaza.


Kemenangan ini bukan sahaja kemenangan bersejarah HAMAS ke atas tentera Zionis Israel tetapi ianya juga adalah kemenangan kepada seluruh umat Islam.


Kemenangan ini insyaallah akan membuka satu lembaran baru ke arah pembebasan bumi Palestin secara keseluruhannya.


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar !


MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi PACS
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

PENGHARAMAN PUKAT TUNDA PERLU OBJEKTIF


27 Ogos 2014

Masyarakat antarabangsa telah lama membincangkan pengharaman pukat tunda kerana ia menjejaskan ekosistem dan kerosakan habitat ikan.


Seorang penyelidik di Institut Zoologi London, Dr. Alex Rogers pernah membentangkan hasil kajiannya di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekitar tahun 2006 untuk menyeru negara-negara mengharamkan aktiviti pukat tunda tersebut. Daripada hasil kajian beliau, Amerika Syarikat, Australia, Brazil dan Jerman adalah antara negara yang menyokong pengharaman tersebut.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga telah menyuarakan gesaan yang sama kepada kerajaan sejak tahun 2011. Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah bersetuju untuk menjalankan kajian terperinci berhubung perkara ini pada tahun 2013. Kemudian, pada awal bulan yang lalu, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan pula menyatakan bahawa pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelia kajian mengenai pemasalahan ini.


Mengapa perkara ini lewat diselesaikan oleh pihak kementerian walhal kita sedang berhadapan dengan masalah bekalan ikan di pengairan yang semakin mengecil dan krisis makanan ekoran daripada kegiatan pukat tunda tersebut? Terdapat beberapa isu utama yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini dengan segera bagi memastikan kelangsungan bekalan ikan di negara ini terjamin.



Pertama, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilakukan untuk menahan dan mengenakan tindakan terhadap kira-kira 600 vesel nelayan pukat tunda yang menceroboh Zon A setiap tahun kerana melanggar Akta 317 (Akta Perikanan 1985). Secara purata hampir 175,000 tan metrik anak ikan ditangkap dalam setahun oleh nelayan pukat tunda. Tindakan tegas juga perlu dilakukan terhadap vesel-vesel pukat tunda asing yang menceroboh kawasan pengairan khususnya di Sarawak.


Kedua, Kerajaan digesa untuk menguatkuasakan larangan vesel pukat tunda yang menggunakan saiz mata di bawah ukuran 38 milimeter khususnya di Zon B dan Zon C. Kita perlu mencontohi negara-negara ASEAN yang lain yang telah menetapkan penggunaan baru bersaiz 60 milimeter. Buat masa ini, agak sukar pengharaman dilakukan secara total kerana ia boleh menjejaskan industri perikanan negara. Pendaratan ikan yang disumbangkan oleh pukat tunda merangkumi kira-kira 47.96% daripada 1.47 juta tan metrik setahun.


Ketiga, siasatan perlu dilakukan secara terperinci mengenai korelasi permintaan terhadap anak-anak ikan dan keperluannya di dalam sektor industri akuakultur. Sekiranya hasil pengeluaran industri akuakultur yang digunakan untuk makanan mencecah hampir sejuta tan metrik setahun daripada sumber itu, maka sudah tentu permintaan terhadap anak-anak ikan juga akan tinggi. Ini secara tidak langsung menyukarkan proses pengharaman ini. Maka, mekanisme bio teknologi alternatif yang efisyen perlu diwujudkan bagi memenuhi permintaan industri akukualtur tersebut.


Pengharaman pukat tunda perlu dilakukan secara objektif. Perkara asas yang perlu dititikberatkan ialah bekalan ikan dan krisis makanan di negara ini. Ia perlu dikonservasi secara bijak tanpa menjejaskan pendapatan para nelayan di negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini perlu disegerakan tanpa bertangguh memandangkan lebih sedekad ia telah disuarakan oleh pelbagai pihak.


Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

BERSEDERHANA MENYAMBUT SAMBUTAN KEMERDEKAAN

27 Ogos 2014 / 1 Zulkaedah 1435H

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menghargai usaha pihak kerajaan khususnya Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia.


Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Penerangan Malaysia, terdapat enam program utama yang telah dan akan dianjurkan sempena Sambutan Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan agar pihak kerajaan membatalkan penganjuran program Memori Chow Kit Road 2.0 yang dijadual akan diadakan selama 3 hari bermula pada 29 hingga 31 Ogos 2014 bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman (hadapan SOGO).

Rentetan daripada rangkaian peristiwa menyayat hati telah berlaku baru-baru ini sehingga meragut nyawa rakyat Malaysia dalam tragedi MH17 dan nasib yang belum pasti dalam insiden MH370, maka adalah lebih baik program 3 hari tersebut dibatalkan. Kami turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas pembatalan Konsert Merdeka dan acara bunga api mega yang sinonim diadakan pada setiap tahun.

Seharusnya, pihak kerajaan membawa idea-idea baru dan lebih segar untuk menyuntik semangat kecintaan terhadap negara terutama dikalangan anak muda. Malah, ini adalah platform terbaik untuk menonjolkan solidariti bersama seluruh pemimpin utama dan rakyat di negara ini untuk menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar.

Nurul Islam Mohammed Yusoff

Timbalan Ketua 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

____________________________

Like Page Rasmi Nurul Islam Mohamed Yusoff | Timbalan  Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan  
                                     
www.facebook.com/nislammyusoff

Like page rasmi Dewan Pemuda PAS  Wilayah Persekutuan

www.facebook.com/pemudawilayah

Tuesday, 19 August 2014

PAS SANGAT BERTOLERANSI DALAM PAKATAN RAKYAT

PAS telah mencapai tahap toleransi tertinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat melalui persetujuan sebulat suara mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos 2014  baru-baru ini.


Kemelut ini menjadi pengajaran sangat berguna kepada kita semua dalam mengemudi hubungan komponen Pakatan Rakyat supaya lebih terarah dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih harmoni dan rasional serta diputuskan secara bersama.


Keputusan ini juga menyebabkan UMNO BN terus terlopong sambil mengigit jari dalam penantian hampa mereka selama ini untuk melihat kemelut ini berakhir dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.


Toleransi dan kebersamaan dalam tindakan ini menjadi asas utama dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan agenda murni rakyat Selangor khususnya.


PAS Selangor menyeru semua pihak agar lebih menumpukan kepada gerak kerja berkhidmat kepada rakyat daripada terlampau berpolitik. Rakyat sudah semakin muak dengan permasalahan politik yang bagai tiada penghujungnya.


Sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen PAS adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama PAS sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Kurangkan ketegangan, rapatkan saf dan jangan terus menyalahkan dan mempertikaikan kesetiaan PAS dan rakan komponen PR yang lain apatah lagi melakukannya dalam keadaan yang terbuka.


Oleh itu, kita menasihati semua pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih menghormati PAS dan sesama rakan Pakatan Rakyat dalam perbezaan pendapat sekaligus berusaha untuk mencapai persetujuan bersama.


Pas Selangor mengharapkan agar rakan-rakan PR menghormati keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat yang sebulat suara ingin mengekalkan 4 orang Exco PAS di dalam kerajaan negeri Selangor ketika ini dan mencalonkan Yb Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail  dan Yb Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Semoga Selangor terus maju di bawah kepimpinan yang berjiwa besar serta fokus dalam melunaskan amanah dan harapan besar rakyat kepada PR.


YB. Hj. Zaidy Abdul Talib
Ketua Penerangan
Pas Selangor

Wednesday, 13 August 2014

Sambutan Kemerdekaan: PAS Kecewa Sikap MPT

KHAIRIL ABDUL RAHIM | 14 Ogos 2014.



TEMERLOH:
 Semua wakil rakyat PAS Pahang melahirkan rasa kecewa terhadap sikap tidak profesional Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) kerana tidak meluluskan penggunaan dua lokasi awam di bandar ini bagi pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014. 

Wakilnya, Andansura Rabu berkata lebih mengecewakan lagi surat permohonan untuk menyewanya yang dihantar sejak lebih sebulan lalu itu tidak diberi jawapan rasmi penolakan tetapi cuma dijawab secara lisan. 

Katanya lokasi tersebut ialah padang awam Kubang Gajah dan Dataran Temerloh, akibatnya program pada 16 Ogos itu dengan pelbagai acara yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang dipindahkan ke padang awam Taman Temerloh Jaya. 

"Kami rasa sikap tidak profesional MPT itu sunggup tidak patut. Selain mengecewakan kami ia turut menyusahkan orang ramai selaku pembayar cukai. 

"Berdasarkan objektif untuk meraikan sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia sepatutnya tempat-tempat awam ini boleh diberikan kelulusan tempat yang kami mohon ini. 

"Kedua-dua lokasi strategik yang kami mohon itu  pertamanya memudahkan orang ramai untuk hadir, kedua kawasannya luas dan yang ketiga ada prasarana lengkap untuk orang awam," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabat PAS Pahang, sempena pelancaran sambutan anjuran PAS Pusat itu dan jamuan Aidilftri Pejabat PAS Pahang semalam.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Pengarah sambutan Md Jusoh Darus, Bendahari Musaniff Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Hasenan Haron. 

Andansura berkata, mana-mana parti politik serta orang ramai berhak untuk sama-sama meraikan hari bersejarah itu kerana monopoli parti politik pemerintah sahaja. 

"Untuk himpunan ini kita ikut saluran dan peraturan termasuk memaklumkan kepada pihak polis. Kita tidak ada masalah, jika pihak berkuasa tempatan itu ada masalah dengan kita sepatutnya dinyatakan kehendak dia dan kita akan penuhi. 

"Tapi mereka tidak luluskan dengan alasan tidak munasabah secara lisan dan bersikap langsung tidak profesional," katanya. 

Sementara itu, semua wakil rakyat PAS Pahang iaitu Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan, Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Andansura sendiri akan membuat pameran setahun wakil rakyat PAS dalam program sambutan tersebut. - HARAKAHDAILY 14/8/2014

Tuesday, 12 August 2014

Segera Tubuhkan Suruhanjaya Khas, Kemuka Syor Pemulihan MAS

kuala lumpur ir khairil nizam khirudin dipilih sebagai ketua dewan ...

12 Ogos 2014 / 14 Syawal 1435H

Kerajaan diminta segera memaklumkan keputusan semasa berhubung Pelan Pemulihan Penerbangan Malaysia (MAS) yang kini mendapat perhatian utama dikalangan pemegang saham minoriti syarikat penerbangan itu.

Semalam, laporan akhbar memaklumkan saham MAS meningkat 8.33 peratus ekoran tindakan syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional yang menguasai 69.3 peratus kepentingan dalam MAS membeli baki saham yang tidak dimilikinya.

Tindakan ini masih menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya motif utama pemilikan sepenuhnya saham MAS dan menyusun semula syarikat penerbangan itu. Berdasarkan kenyataan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, MAS masih mempunyai modal yang mencukupi untuk kelangsungan 12 bulan operasinya, namun pelan seterusnya masih belum dijelaskan.

Khazanah perlu memperincikan opsyen-opsyen yang telah diambil bagi memulihkan syarikat berkenaan. Ini kerana ia mungkin akan melibatkan lebihan suntikan dana oleh kerajaan terhadap MAS atau syarikat itu akan memfailkan kebangkrapan.

Sepertimana yang kita maklum, MAS berhadapan dengan kerugian besar tiga tahun berturut-turut. Malah, sepertimana yang dilaporkan MAS mengalami kerugian bersih RM 443 juta dalam suku tahun pertama 2014 dan dianggarkan kini mencecah RM 7 juta sehari. Maka, perkara ini perlu dijelaskan secara telus dan yakin termasuk opsyen untuk menswastakan syarikat itu.

Sementara itu, saya turut mencadangkan agar pembentukan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh subject matter experts (SMEs) dari pihak kerajaan dan pembangkang bagi mengkaji dan mengemukakan syor-syor yang konkrit bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Ini kerana usul untuk membahaskan MAS pernah ditolak di Dewan Rakyat pada bulan Jun yang lalu. Malah, pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara enggan menyiasat kerugian yang dialami oleh syarikat penerbangan itu.

Suruhanjaya Khas ini dijangka boleh meneliti faktor sebenar pemasalahan yang berlaku meskipun MAS mampu mencatatkan perolehan yang tinggi tahun lalu. Walaupun, tren kerugian ini turut dialami oleh syarikat-syarikat penerbangan serantau, saya menjangkakan terdapat beberapa kos operasi yang boleh dipertikaikan.

Penubuhan Suruhanjaya Khas ini juga diharap mampu menjadi medium yang efektif untuk menyelesaikan kemelut MAS dan Kesatuan Sekerja Kakitangan MAS (MASEU). Ini penting kerana nasib 20,000 kakitangan masih belum dapat dipastikan menerusi Pelan Pemulihan Penerbangan Malaysia ini.

Yang Benar,   
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, 
Naib Ketua Pemuda, 
Dewan Pemuda PAS Malaysia

______________________________

Like Page Rasmi Ir Hj Khairil Nizam Khirudin | Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan  
                                        
www.facebook.com/ir.khairilnizamkhirudin
                                    
Like page rasmi Dewan Pemuda PAS  Wilayah Persekutuan

www.facebook.com/pemudawilayah

Sunday, 10 August 2014

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI SEPTEMBER 2014 KINI DIBUKA

web_lg_kuizm

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM)


PENGAMBILAN PELAJAR BARU BAGI SESI SEPTEMBER 2014 
* Khas untuk lepasan SPM  atau SMU atau Sahadah Tahfiz 30 Juzuk

PROGRAM YANG DITAWARKAN :  
1. Diploma Muamalat & Kewangan Islam 
2. Diploma Dakwah & Komunikasi 

Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di : 
1. Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden, Fatah, Palembang
2. Universiti Of Science & Technology (UST), Yaman
3. Jama'ah Al- Quran Wal Ulum Al- Islamiyah, Yaman

Dapatkan borang pendaftaran di Pejabat KUIZM atau hubungi nombor  yang tertera untuk maklumat lanjut :
1. Yazid (011-29118995)
2. Rauf (013-3007442)
3. Hafiz (014- 5221840)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH 25 OGOS 2014 


MOHON SEGERA

JOM MASUK KUIZM

Thursday, 7 August 2014

KETETAPAN MAJLIS SYURA ULAMA' PAS (MSU): MANIFESTASI KETEGUHAN POLITIK ISLAM SELESAI KRISIS

PAS tersangat istimewa memiliki Majlis Syura Ulama' (MSU) sebagai institusi tertinggi. Sebagai sebuah jamaah Islam, PAS di medan politik sudah tentu mengamalkan politik Islam yang berlandaskan kepada nas syara' dan tidak semata-mata bergantung kepada logik dan strategi politik bersumber kekuatan akal yang tetap mempunyai keterbatasan.


Dalam isu kemelut jawatan Menteri Besar Selangor, ketika ada pihak mendakwa ketidakupayaan Tan Sri Khalid Ibrahim berpolitik sebagai alasan untuk menurunkan beliau dari kerusi Menteri Besar Selangor, PAS mengemukakan ketetapan untuk mengekalkan beliau di posisi sekarang bagi penggal kedua selepas PRU13.


Majlis Syura Ulama' yang terikat dengan nusus qat'iyah dan murunah (flexible) dalam mengkaji ijtihad para Ulama' yang lalu dan peranan berijtihad secara jamaa'i (collective) dalam menangani masalah-masalah semasa adalah bertanggungjawab untuk memastikan dasar PAS (rujuk Fasal 3) dan tujuan-tujuannya (rujuk Fasal 6) terpelihara sehingga ia telah diberi kuasa oleh Perlembagaan PAS untuk mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS (rujuk Fasal 8(1)(b)).


Keputusan mengekalkan TSKI yang telah dibuat berasaskan hukum syara' serta mendahului kepentingan rakyat dan parti itu mengangkat tema amanah sebagai kayu ukur dalam menyelesaikan krisis kedudukan MB Selangor ini.


Demikianlah Politik Islam mengajar bahawa seseorang yang telah dilantik menjadi pemimpin secara sah berkelayakan (qualified) mengikut lunas perundangan dan amalan politik serta pandangan syara' tidak boleh digugurkan. Seharusnya seseorang yang telah dilantik itu tadi dikekalkan pada jawatannya selagi dia tidak disabitkan dengan sebarang pelanggaran terhadap amanah.


Alhamdulillah, kini kita semua telah memiliki panduan yang jelas dan benar untuk berpendirian dalam isu ini.


Mewakili Pemuda PAS Malaysia, saya menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama'.


MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tarikh : 8 OGOS 2014.

Wednesday, 6 August 2014

Kekal Khalid Selagi Tidak Disabit Langgar Amanah - Majlis Syura

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

Salam ukhuwwah & Salam EidulFitri.
Diemailkan untuk mohon pertimbangan dipublish.
Jika ada perlu diperbaiki atau idea membina ,sangat dialu-alukan.
Syukran..

Hubungi saya jika ada kemusykilan :
No hp: 019-7268937
No. Whassap : 018 383 9167

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAKATAN RAKYAT

(7 Ogos 2014)

"PERTEMUAN 8 MATA"

Krisis dalaman Pakatan Rakyat(PR) rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor berada pada tahap membimbangkan. Kami dari Pemuda PR berpendapat isu ini boleh merosakkan masa depan PR dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

Kami berpendapat krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang. Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam PR diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera.

Kami berpandangan, penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata di antara Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang Presiden PAS, Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan, Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP dan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.  Berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang mereka miliki kami penuh yakin pertemuan ini mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Kami yang mewakili sayap anak muda juga mengharapkan para pimpinan tertinggi PR khususnya PAS untuk  menjadi pemudahcara pertemuan 8 mata ini. Pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan Menteri Besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua.

Kami juga berharap pertemuan yang dicadangkan ini berlaku dalam  suasana mahabbah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami di masa akan datang. Kami mengesa semua pihak yang bersimpati  seperti NGO, pimpinan, tokoh agama dan  masyarakat agar menyokong usaha murni yang kami cadangkan ini.

SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

TEO KOK SEONG
KETUA DAPSY

Monday, 4 August 2014

KENYATAAN MEDIA IKATAN ILMUAN NASIONAL (ILMUAN) KEMELUT POLITIK SELANGOR – JADIKANLAH RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN TERTINGGI

Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada tenaga akademik dan profesional yang memartabatkan budaya ilmu di dalam masyarakat, merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berkaitan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Berlaku satu senario mutakhir ini dilihat berlaku berikutan ada beberapa orang kepimpinan parti politik khususnya di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat – PKR, PAS dan DAP – seperti tidak mencapai kata sepakat, bahkan mewujudkan suatu persepsi adanya pertelagahan dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor, iaitu usaha untuk menggantikan menteri besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Senario ini, tidak dapat tidak, akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan Negeri terpenting di Malaysia ini, yang mana menyumbang lebih 23% kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dan sudah tentu menimbulkan keresahan para pegawai kerajaan, para pelabur dan rakyat awam. Persepsi ini merupakan suatu kemelut politik yang memerlukan penyelesaian segera agar kepentingan masyarakat bukan hanya di dalam Selangor, bahkan juga di luar Selangor tidak mengganggu-gugat sehingga menjadi permasalahan yang semakin membesar.

Maka Ilmuan merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan sebagai panduan kearah menyelesaikan kemelut ini menggunakan kaedah yang berasaskan kelimuan (data dan fakta) sebagaimana berikut;

Menggesa dengan penuh ketegasannya agar pimpinan parti-parti politik berkenaan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan yang tertinggi, mengatasi kepentingan organisasi masing-masing, apatah lagi kepentingan peribadi mana-mana tokoh.

Menjadikan Saranan 1 diatas sebagai premis, maka hasil pelbagai kajian yang dilakukan pelbagai pihak mengikut kaedah pengkajian yang betul, antaranya ialah Kajian oleh Astro-Awani, Kajian PBT Selangor, Kajian UNISEL, Kajian UMCEDEL, Universiti Malaya serta kajian media sosial yang boleh diterima seperti pollsurvey.com,
serta beberapa kajian terdahulu yang berkaitan, seperti contoh oleh Merdeka Center, perlu dijadikan sebagai asas utama dalam pengambilan sebarang keputusan oleh pihak parti politik berkenaan.

Maklumat kajian-kajian tersebut menunjukkan kedudukan populariti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat konsisten dan seiring dengan kehendak rakyat awam Selangor. Oleh sebab itu, ILMUAN menggesa agar maklumat kajian tersebut tidak dikesampingkan, malah perlu diterima dengan sejujur-jujurnya dalam mempertimbang untuk mengganti atau mengekalkan MB sedia ada.

(Ilmuan tidak berhasrat memperincikan hasil-hasil kajian tersebut dalam Kenyataan Media ringkas ini)

Menggesa pihak pemimpin pembangkang di Selangor, khususnya di kalangan UMNO, agar tidak mengambil kesempatan yang hanya membawa kepada kerugian di pihak rakyat sekalipun keuntungan di pihak mereka, dengan menambahkan lagi kecelaruan dalam kalangan masyarakat.

Benar-benar merayu kepada pihak-pihak berkenaan agar tidak sekali-kali memilih langklah penyelesaian melalui sebuah pilihan raya semula atau snap election. Jika pilihan raya semula Negeri Selangor berlaku, pasti menyusahkan rakyat awam dan menimbulkan beban kewangan kerajaan, malah tidak menghormati mandat rakyat yang baru berusia setahun lebih itu. Harus diingat, pilihan berpilihan raya semula mungkin akan menyemarakkan budaya politik gelojoh dan emosional yang menjauhkan masyarakat Malaysia dari bergerak ke arah sebuah masyarakat yang matang dalam bersosio-politik.

Pimpinan politik hendaklah merasa bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat ke arah budaya bersosio-politik yang matang, dan tenang berasaskan budaya keilmuan, yang sepatutnya menjadi amalan dalam sebuah masyarakat sivil.

Jika pilihanraya Negeri Selangor terpaksa diadakan juga, maka kami Ilmuan menggesa rakyat Selangor amnya dan para pengundi khasnya agar mengambil iktibar dari senario kemelut yang ada sekarang ini dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka sebagai pemilih yang sah, dengan memilih parti politik pemerintah serta kepimpinannya yang benar-benar meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka, yang amanah, berani dan jujur berkhidmat untuk rakyat tanpa budaya politik melampau.

Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) berharap agar sedikit pernyataan di atas dapat menjadi salah satu panduan berguna untuk kesemua pihak terlibat khasnya Parti Politik Pemerintah Selangor, dan Rakyat Awam Selangor, dalam mengambil sebarang keputusan serta tindakan seterusnya, berkaitan kemelut kepimpinan kerajaan Negeri Selangor yang sedang berlaku mutakhir ini.

MAZLI NOOR
Timbalan Presiden, Ilmuan
Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Briged Al-Qassam Hancurkan Pasukan Pemusnah Terowong Israel

... ...

Video Penembak Sniper Al-Qassam

.. ..

Sunday, 3 August 2014

Palestin Ditindas Dengan Bantuan Kuasa Besar Dunia; Apa Sumbangan Kita?


1. Sejak 28 hari Gaza diserang oleh Zionis Yahudi seramai 1,726 rakyat Palestin telah terkorban Syahid kebanyakannya kanak kanak dan 9,323 cedera.


2. Kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat menerusi Obama secara jelas dan tanpa malu dan segan berbohong kepada dunia kononnya Yahudi hanya mempertahankan diri bagi merasionalkan tindakan ganas Yahudi.


3. Tindak balas rakyat Palestin menerusi Hamas dan lain-lain briged pejuang mempertahankan diri pula dianggap sebagai keganasan dan pengganas. 
Tidak sedikit di kalangan orang Islam yang terpengaruh dengan proganda Amerika dan Yahudi ini. Pejuang Jihad dianggap pengganas dan pengganas dianggap mempertahankan diri.


4. Bantuan Amerika Syarikat terhadap Zionis Yahudi bukanlah sesuatu yang pelik. AS telah menyumbang AS$210 Bilion kepada Israel sejak 1948. Terkini, Amerika lulus AS $255 juta untuk membangunkan projek Iron Dome Israel. Gesaan oleh Obama agar  Hamas membebaskan askar Zionis Yahudi adalah petanda jelas hubungan baik mereka.


5. Kalau Amerika Syarikat bersekongkol dengan Zionis Yahudi apakah umat Islam dan dunia hanya sekadar melihat?


6. Jihad bersenjata yang dilancarkan oleh Hamas dan penduduk Palestin perlu dibantu oleh negara umat Islam. Bantuan kewangan untuk mereka sama ada untuk keperluan kemanusiaan atau persenjataan pejuang Palestin adalah satu keperluan yang patut dilakukan oleh negara Islam.


7. Boikot syarikat-syarikat perniagaan yang terbukti menyumbang untuk dana Zionis Yahudi menjadi sebahagian jihad ummah. 1 sen yang kita sumbangkan itulah yang membunuh seorang anak kecil Palestin.


8. Demonstrasi rakyat dan tekanan masyarakat antarabangsa perlu digembeleng sebagai satu bantuan moral untuk pejuang Palestin.


9. Menulislah siapa yang mampu menulis. Bercakaplah siapa yang mampu bercakap. Hulurkanlah sumbangan kewangan walaupun dengan nilai yang kecil. Sebarkanlah tulisan simpati dan motivasi bagi para pejuang. Pokoknya marilah kita menyumbang.


10. Ayuh kita lakukan sesuatu untuk umat Islam yang tertindas ini walaupun hanya bertaraf seumpama burung yang membawa air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar. 


وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ

Maksudnya: "Dan berjihadlah kamu demi Allah sebenar-benar jihad. Dia menguji kamu" (surah al-Hajj 78).


Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 4hb Ogos 2014

PAS Masih Bersama Pakatan Rakyat


PAS hari ini menafikan telah mengeluarkan sepucuk surat rasmi kononnya parti itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.


Photo: Parti Islam Semalaysia menafikan sekerasnya surat ini dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung.    Tiada mesyuarat tergempar diadakan semalam.  Surat ini di keluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Beliau berkata, surat layang itu, yang menggunakan kepala surat rasmi PAS, dan kononnya ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, adalah permainan jahat pihak tertentu untuk terus memecahbelahkan komponen dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS sehingga hari ini masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Dan pendirian itu tidak pernah berubah setakat hari ini.

"Jadi saya menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berhubung penyebaran surat dalam alam siber adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab untuk cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, taktik seperti itu merupakan lumrah dalam permainan politik sekarang dan beliau tidak menganggap tindakan penyebaran surat palsu itu akan memberi kesan kepada keutuhan parti mahupun Pakatan Rakyat sendiri.

Surat palsu itu, bertarikh 1 Ogos 2014, mendakwa kononnya mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kononnya akibat perbuatan DAP yang tidak menghormati rakan komponennya.

Selain meminta kesemua anggota parti menghormati keputusan itu, surat itu turut menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan BN dalam memperjuangkan agenda Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata, surat itu dipercayai sengaja disebarkan pihak tertentu ekoran hubungan yang agak dingin antara kedua-dua parti itu, berpunca daripada krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

"Saya rasa memang yang penting bagi mereka yang ingin melihat perpecahan itu, mereka akan cuba untuk melihat PAS sebagai puncanya... permainan itu saya cukup faham," katanya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat sebilangan pemimpin kanan PAS, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menganggap keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak wajar.

Hubungan dingin parti dalam Pakatan Rakyat turut diburukkan lagi dengan penyebaran sedutan perbualan kontroversi dalam kumpulan Whatsapps di kalangan anggota Jawatankuasa PAS Pusat apabila Dr Mohd Zuhdi Marzuki didakwa telah membentangkan senario sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.